Header Ads

ads header

Flash News

Ucapan Najib-Pak Lah ‘hilang’ dari web pejabat Perdana Menteri


Dr Kamarul Yusoff mendakwa hanya kenyataan PM Dr Mahathir dimuatkan di laman rasmi Pejabat Perdana Menteri manakala kenyataan bekas PM Pak dan Najib hilang.

Pensyarah Universiti Utara Malaysia Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata ucapan dan kenyataan Datuk Seri Najib Razak dan Tun Abdullah Ahmad Badawi tiada ketika menyemaknya di arkib laman web Pejabat Perdana Menteri (PMO).


Kamarul Zaman Yusoff berkata laman itu hanya ada ucapan dan kenyataan rasmi Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Saya tidak pasti apa yang telah berlaku dengan laman web rasmi PMO ini,” tulisnya  di Facebooknya hari ini.

Beliau juga menyifatkan kurang munasabah untuk menganggap perkara itu sebagai “cubaan memadam rekod Najib dan Abdullah”.

Kamarul berharap ucapan dan kenyataan media yang hilang itu akan muncul semula.
“Jika tidak, susah pelajar kedoktoran dan pelajar sarjana mengenai politik Malaysia mahu menulis tesis mereka nanti,” katanya.

Portal Malay Mail melaporkan kemungkinan bahagian komunikasi korporat PMO tidak menyedari masalah seperi didakwa Kamarul dan sedang cuba mendapat reaksi unit teknologi maklumat yang mengendali laman web tersebut.

Kamarul dikenali ramai terutama ketika pertembungannya dengan Tun Dr Mahathir dalam wacana Sinar Harian yang berakhir dengan insiden kerlingan maut.


MR : Mahathir jika dia dendam kepada musuh politik dia akan pastikan musuh yang jatuh akan terus lumpuh dan tak berdaya....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

3 ulasan:

  1. hampir menyamai modus operandi PM ke 4

    BalasPadam
  2. Memerintah bermakna mentadbir dengan cekap dan lurus dan memastikan semua pelaksanaan berjalan secara teratur dan ikut peraturan. Kalau arahan atau perbuatan menyimpang dari itu, ia satu penyelewengan.

    BalasPadam
  3. rekod didunia boleh padam tapi tidak diakhirat

    BalasPadam