Header Ads

ads header

Flash News

Terengganu akan tempatkan pesalah jenayah syariah di pusat rehabilitasi


KUALA TERENGGANU: Pesalah jenayah syariah di Terengganu mungkin akan ditempatkan di pusat rehabilitasi dan tidak dalam penjara bagi memulihkan akidah dan akhlak mereka.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Negeri, Satiful Bahri Mamat berkata ia adalah satu alternatif dan langkah terbaharu kerajaan PAS dalam usaha mendidik pesalah syariah untuk kembali ke jalan Allah dan Islam tanpa dipenjarakan.

Katanya ia lebih sesuai kerana mereka akan menjalani hukuman lebih ringan seperti khidmat sosial dalam tempoh yang ditetapkan dan mendalami ilmu agama bagi memperbaiki akhlak dan akidah mereka.

“Mungkin hukuman berbentuk khidmat sosial atau khidmat masyarakat selama 3 bulan akan dikenakan kepada pesalah (jenayah syariah)..sebab kita tak nak, sikit-sikit masuk jel (penjara) sebab ia ada pro dan kontra.

“Bila dia dikenakan hukuman khidmat sosial dia sedikit sebanyak boleh kembali mendekati Islam (bagi kesalahan ajaran sesat).. Hukuman berkaitan kesalahan syariah tidak sesuai dengan hukuman sivil.. contoh dalam penjara banduan kena pakai seluar pendek… sedangkan dalam Islam sendiri tidak menggalakkan hukuman penjara, jadi kita akan mempertimbangkan untuk mewujudkan pusat rehabilitasi agar mereka boleh pulih dan kembali ke pangkal jalan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Persidangan DUN Terengganu di Wisma Darul Iman hari ini.

Terdahulu ketika menjawab soalan lisan Ridzuan Hashim (PAS – Buluh Gading) mengenai usaha dan perancangan kerajaan dalam memperkasakan pelaksanaan syariah di Terengganu, Satiful berkata kerajaan kini sedang meneliti beberapa langkah penambahbaikan bagi memperkasakan institusi mahkamah syariah di negeri ini.

Adun Paka itu menambah, ketika ini langkah pengasingan telah dibuat membabitkan bahagian pendakwaan dari Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) sekali gus dinaik taraf sebagai sebuah jabatan agar dapat memperkasakan lagi pelaksanaan undang-undang syariah.

“Di samping itu, kita juga akan menambah bilangan penguat kuasa syariah (sukarelawan) hingga ke peringkat kampung dan DUN agar masyarakat turut berperanan kerana jumlah yang ada pada masa ini hanya lebih kurang 100 orang di seluruh Terengganu,” katanya.

Katanya kerajaan juga meningkatkan kempen kesedaran di kalangan masyarakat khususnya dalam soal etika berpakaian dan menutup aurat bagi mendidik masyarakat mengamalkan kehidupan yang menuju ke arah kebaikan dan meninggalkan larangan dalam Islam.


MR : Penjara kerajaan kena tanggung makan minum persalah. Bagaimana pula anak isterinya. Islam menghukum dan persalah boleh kembali kepada keluarga dan melaksanakan tanggungjawabnya tapi malang cerdik pandai Islam dalam PH seolah-olah buta dengan agama mereka sendiri.....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan