Header Ads

ads header

Flash News

Taib Mahmud sudah ‘dibersihkan’ oleh Pejabat Peguam Negara


Parlimen, 19 Julai : Gabenor Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud sudah dibersihkan dari semua salah laku oleh Pejabat Peguam Negara, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Liew Vui Keong, lapor Malaysiakini.
“Suruhanjaya Pencegahan rasuah Malaysia (SPRM) talah melakukan beberapa siasatan terhadap bekas ketua menteri Sarawak itu. Semua hasil penyiasatan telah dirujuk kepada Dewan Peguam Negara untuk keputusan selanjutnya. Selepas meneliti bukti-bukti sedia ada, Dewan Peguam Negara memutuskam bahawa semua kertas siasatan berhubung isu tersebut ditutup pada 2013” – Liew Vui Keong-
Peguam negara ketika itu, pada 2013 adalah Abdul Gani Patail.

Liew menjawab perkara terebut  sebagai respon terhadap Kelvin Yii (Harapan- Bandar kuching) yang bertanya sama ada SPRM akan mengutamakan dan memulakan siasatan terhadap Taib kerana dakwaan salah guna kuasa dan korupsi yang telah dilaporkan oleh media asing bertahun-tahun.

Sebelum ini,  Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir atau lebih dikenali sebagai Tun Det mengatakan tindakan tidak boleh diambil terhadap Gabenor Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud diatas dakwaan salah laku korupsi kerana tiada aduan rasmi dilakukan.

“Bagi kami untuk mengambil tindakan mesti ada laporan daripada seseorang, sehingga saat ini terdapat banyak yang diperkatakan, tetapi tidak ada sebarang laporan yang diterima. Jadi, kami belum mengambil sebarang tindakan, tetapi jika rakyat Sarawak mahu kami mengambil tindakan, mereka boleh membuat pertuduhan atau aduan dan kami akan meneliti laporan mereka,”– Tun Det

Kenyataan Tun Det ini bercanggah dengan satu kenyataan yang dikeluarkan oleh ketua PKR Sarawak,  Baru Bian pada 19 Mei lepas di facebook beliau.

111.PNG
“Telah didedahkan beberapa tahun lepas, bahawa SPRM telah memeriksa 500 fail dan membuka sekurang-kurangnya 10 kertas siasatan yang dikaitkan kepada Taib Mahmud, tetapi tiada keputusan apapun keluar.” – Baru Bian.
Untuk rekod,  Abdul Taib yang juga bekas Ketua Menteri Sarawak telah dikaitkan dengan pelbagai dakwaan rasuah semasa beliau menjawat jawatan berkenaan dari 1981 hingga 2014. Antara tuduhan yang dikaitkan termasuk salah guna kuasa, rampasan tanah dan menerima sogokan.

Pada Februari, Abdul Taib menerima suratcara pelantikan bagi menyambung khidmatnya selama empat tahun daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V di Istana Negara.

Pada 1 Mac 2014, Abdul Taib mengangkat sumpah sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak ketujuh setelah meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Sarawak pada 28 Februari 2014.

a5eddc7c6c08d403e8df24e8469b06a0-43.jpg
Tun Det sewaktu PM ke 4
Ketika Tun Det menjadi PM ke 4 dulu, beliau mempunyai hubungan yang baik dengan Taib Mahmud.

Sebaik sahaja Tun Det menjadi Perdana Menteri ke 7 pada 10 Mei lepas, beliau dilihat telah melakukan pertemuan dengan Taib Mahmud di Kuala Lumpur. – TTKM –


MR : Mudah sahaja keadilan bagi Mahathir, Najib engkau tak dengar cakap aku engkau bersalah pada rakyat dan engkau bapa kleptokrasi, Taib Mahmud engkau akur dengan aku engkau bersih, engkau pemimpin rakyat....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

3 ulasan:

  1. Ini menunjukkan bahawa Pandi Dhobi bukanlah Doj yang pertama yg mencipta files "NFA". File NFA telah dicipta lama sebelumnya. Cumanya di mana kelibat Bar Choccolate Council, Sincere C4 dan Dll dalam isu ini tak dapat dipastikan. Mungkin zzzz.

    BalasPadam
  2. rakyat tertipu lagi,mengapa ya ?

    BalasPadam