Header Ads

ads header

Flash News

Subjek agama lain akan diajar kepada pelajar sekolah?


Maszlee Malik (Menteri Pendidikan dari PH) sejak dahulu lagi telah berhasrat untuk mewujudkan subjek agama lain (selain Pendidikan Islam) kepada para pelajar sekolah.

Kemungkinan antara alasan popular mereka adalah untuk memupuk sikap toleransi antara agama kepada umat Islam di Malaysia (yang dilihat keras oleh golongan liberal?).

Kononnya juga untuk mengenali agama lain secara lebih dekat?

Hakikatnya, para ulama Islam telah mengharamkan pengajian agama lain kepada umat Islam yang tidak memiliki asas yang kukuh tentang ajaran Islam. Subjek berkaitan Islam perlu diperkasa terlebih dahulu.

Kita tiada masalah jika subjek ini diajar kepada pelajar jurusan agama di universiti, kerana pada peringkat umur tersebut, majoriti mereka telah menguasai asas agama Islam.

Tetapi yang kita pertikaikan adalah kerana diajar kepada pelajar sekolah. Apakah pada peringkat umur ini, mereka telah menguasai asas (fardhu ain) agama Islam dengan baik?

Kita boleh tanya guru-guru Pendidikan Islam di sekolah, bagaimanakah keadaan pelajar kita pada hari ini? Masalah akidah? Masalah sosial? Dan pelbagai masalah lagi.

Ramai yang tidak sedar agenda halus non-Muslim dan golongan liberal. Slogan toleransi agama dan lain-lain alasan hanya sekadar wayang sahaja. Pluralisme agama?

Jika perkara ini berjaya dilaksanakan oleh Maszlee Malik, kita akan melihat kesan buruknya terhadap generasi umat Islam di Malaysia pada masa akan datang.

Sumber
https://m.facebook.com /story.php?story_fbid=453991281680211&id=293947157684625


MR : KPM pernah dicadang mewujudkan subjek ‘interfaith understanding’ kononnya bagi membolehkan para pelajar sekolah lebih memahami dan menghormati pelbagai fahaman agama di negara ini...tapi malang pengerusi JKMPKA Datuk Azman Amin Hassan tidak boleh menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh ahli forum antara Agama.


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

6 ulasan:

  1. Apakah yang kita boleh harapkan dari seorang pemimpin Islam liberal yang pernah menghina Nabi dan bersekongkol dengan musuh-musuh Islam?

    BalasPadam
  2. Ribuan pekerja sementara ditamatkan atas alasan ekonomi dan dalam masa sama ribu2 pekerja baru yakni berganda2 lebih ramai akan digajikan. Apa ini?

    BalasPadam
  3. Perlu kah? Saya memang x setuju. Sedangkn untuk pelajar memahami asas fardu Ain pun begitu sukar apatah lg mmpljari agama lain . Bukankah ini akan mndtgkn kekeliruan kpd pljar Islam. Lebih banyak keburukannya kpd umat Islam. X payahlah nak popular sgt dgn cara ini Sedangkn musuh Islam senantiasa mencari jln utk merosakkan Islam.

    BalasPadam
  4. Adakah ini antara idea daripada para bijak pandai untuk mewujudkan masyarakat yang bersatu padu...?? Jangan nanti hanya cerdik atas kertas..

    BalasPadam
  5. Mantapkan pembelajaran Agama Islam.
    TAK perlu belajar agama lain...Haramkan.

    BalasPadam
  6. Umat Islam belum pun menguasai ilmua Islam telah disuruh belajar agama lain oleh kera jaan pakatan ! Bukankah ini salah satu cara untuk menyesatkan umat Islam?

    Jika umat Islam telah mengetahui dan menguasai ilmu Islam dan iman mereka mantap, barulah mereka boleh mempelajari perbandingan agama !

    BalasPadam