Header Ads

ads header

Flash News

SPRM nafi tarik balik dua kes rasuah Guan Eng


BANGI, 12 Zulkaedah 1439H, Rabu – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menafikan dakwaan kononnya akan menarik balik dua pertuduhan kes rasuah terhadap Menteri Kewangan, Lim Guan Eng seperti dilaporkan sebuah portal berita, hari ini.

Dalam satu kenyataan, SPRM menjelaskan bahawa badan itu tidak mempunyai kuasa untuk melaksanakan tindakan demikian bagi mana-mana kes pendakwaan.

Sebaliknya, suruhanjaya itu berkata, tindakan penarikan kes hanya tertakluk kepada kuasa Pejabat Peguam Negara.

“Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan dakwaan kononnya akan menarik balik dua pertuduhan kes rasuah terhadap Menteri Kewangan, YB Lim Guan Eng seperti yang dilaporkan oleh sebuah portal berita, hari ini.

“Dimaklumkan bahawa SPRM tidak mempunyai kuasa untuk melaksanakan perkara seumpama itu bagi mana-mana kes pendakwaan sebaliknya ia tertakluk kepada kuasa Pejabat Peguam Negara,” katanya.

Sebuah portal berita hari ini melaporkan dakwaan bahawa SPRM akan menarik balik dua pertuduhan kes rasuah terhadap Guan Eng.

Pada 30 Jun 2016, Guan Eng mengaku tidak bersalah terhadap dua tuduhan rasuah.

Bagi pertuduhan pertama, beliau didakwa menggunakan kedudukannya sebagai penjawat awam, untuk mendapatkan kepentingan kepada diri sendiri dan isterinya dengan meluluskan permohonan oleh Magnificent Emblem Sdn Bhd bagi menukar tanah pertanian menjadi tanah kediaman.

Dia didakwa mengikut Seksyen 23, Akta SPRM 2009, yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda sehingga lima kali jumlah suapan, atau RM10,000, yang mana lebih tinggi.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa menggunakan kedudukannya untuk membeli rumah di Jalan Pinhorn daripada Phang dengan harga RM2.8 juta, yang berada di bawah nilai pasaran hartanah berjumlah RM4.27 juta.

MR : Kalau tak tarik balik bermakna ada kes dan perlu perbincaraan untuk menentukan salah atau tidak....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

5 ulasan:

  1. Maksud "SPRM tiada kuasa..." ialah ada pihak lain yang ada kuasa. Siapa? Hahaha TST.

    BalasPadam
  2. Kalau rumors itu benar maka tiada bezanya pandi doby dan tomby tomoi. Dan dengan itu PH = BN 2.0 bertambah jelas hubungkaitnya. Hah benarlah bagai disangka... cempedak nak jadi nangka.

    BalasPadam
  3. Pemuja tokong guan eng tetap teguh d belakang pemimpin kesayangan."biar tokong lge luluk lumah busar tak pa..kita olang cina malaisia sendili talak mampu bili lumah di penang pun tak pa..bukan suma cina pandai belit2 lalu jadi kaya mcm tokong lge ma..".

    BalasPadam
  4. SPRM taknak tarik balik pun takpe, sebab AGC sebelum naik jd AGC pun dah tarik balik dah. Case closed.

    BalasPadam
  5. Usah tunggu PRU15... apa2 pun boleh berlaku pada pasca PRU15. Pentadbir boleh bertukar... Doj juga boleh bertukar. Adalah lebih 'selamat' berdepan pendakwa sekarang daripada berdepan pendakwa baru pasca PRU 15. Pilih, pilih.

    BalasPadam