Header Ads

ads header

Flash News

Sejak bila Zawawi jadi jurucakap ahli Pas?


SHAH ALAM – Ahli Pas membidas kenyataan calon PKR, Mohd.  Zawawi Ahmad Mughni bahawa 7,000 ahli parti itu akan mengundinya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) 4 Ogos ini.

Dr. Rani Osman yang juga bekas Pesuruhjaya Pas Selangor menafikan wujud sokongan terhadap wakil Pakatan Harapan itu. 

“Itu kata dia, dia bukan presiden Pas pun. Itu tidak betul,” katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette hari ini.

Rani yang juga bekas Ahli Dewan Undangan (DUN) Meru itu menempelak Zawawi yang hanya mengeluarkan kenyataan atas kepentingan politik.

“Dia nak political mileage sahaja. Sejak bila dia jadi jurucakap 7,000 ahli Pas itu?,” tambahnya lagi. 
Zawawi ketika sidang media di Bilik Gerakan Utama parti itu di Bukit Kemuning hari ini berkata, cara pemikiran Islam yang dimilikinya merupakan salah satu faktor pengundi Pas di kawasan DUN Sungai Kandis memilih dia.-MalaysiaGazette


MR : Bila nak kepada PAS, PH mula buat baik kepada PAS... kalau tidak hari-hari injak PAS....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

8 ulasan:

  1. Diorg ph x perlukan pas pon.. diorg cuma psiko secara jauh ahli2 pas, biar rasa bersalah nk sokong mn.
    Umno masih terkesan dgn kes lama, dia pula berimej islam jd senang la psiko org pas.

    BalasPadam
  2. macam mana org yg berimage agama boleh tak nampak tindakan ph masin boleh berbangga lagi lagi pon janji belum dapat ditunaikan ashik u turn masa buat janji tak fikir matlamatnya hanya nak jatuhkan bn apa nak jadi malaychinasia wake up

    BalasPadam
  3. TURUN ke Himpunan Kebangkitan Ummah Sabtu ini 28 Julai


    Jom teman - teman, kita bersama nyatakan sikap kita terhadap isu masa depan ummah ini.

    UMMAH PERLUKAN SOLIDARITI ANDA!

    UMMAH (Gabungan NGO-NGO Islam) akan mengadakan himpunan rakyat pada tarikh dan tempat seperti berikut;

    "Himpunan Kebangkitan UMMAH: Malaysia Baru Pasca PRU14 - ISLAM Melayu Terancam!"

    Tarikh: Sabtu 28hb Julai 2018

    Masa: 9.00pagi - 2.00ptg

    Tempat: Padang Kelab Sultan Sulaiman Kg. Baru KL.

    Pakaian: Putih

    Mari kita turun beramai-ramai bersama rakan-rakan seAgama kita yg lain untuk melahirkan rasa kegusaran kita terhadap perkembangan2 terkini yg mengancam Islam dan hak Melayu, anak watan Negara tercinta ini.

    Sekian dan terima kasih.

    Hj Aminuddin Yahaya
    Ketua Sekretariat UMMAH

    BalasPadam
  4. Orang beriman tidak bersubahat dengan kerajaan pemungkir janji manifesto dan penyokongnya LGBT,LTTE,

    BalasPadam
  5. Umat islam wajib sokong islam bukan berlatarbelakang islam tapi membela dap yang jelas anti islam.

    BalasPadam
  6. "Zawawi ketika sidang media di Bilik Gerakan Utama parti itu di Bukit Kemuning hari ini berkata, cara pemikiran Islam yang dimilikinya merupakan salah satu faktor pengundi Pas di kawasan DUN Sungai Kandis memilih dia".

    apo lah.. pilihanraya ni kita nak pilih pemimpin bukannya nk pilih agama... katanya tok garu nik omar

    BalasPadam
  7. Puak pakatan suka menggunakan taktik politik persepsi untuk memperdayakan penyokong dan ahli PAS sepertiman mereka gunakan kaedah persepsi yang sama dalam PRU14 sehingga sebilangan penyokong dan ahli PAS telah ditipu untuk menyokong pakatan dan menolak PAS.

    Akibatnya sekarang agama Islam dan umat Islam sedang ditindas oleh puak liberal dan puak kafir harbi yang bercita-cita menjadikan negara Islam sebagai negara kristian. Adakah anda sudah lupa tentang slogan kristian seperti KL for Jesus, Subang for Jesus, Johor for Jesus dll?

    Wah orang Melayu mudah lupa seperti mana yang didakwa oleh Mat Dir sendiri.

    Calon Islam yang cintakan Allah dan RasulNya tidak akan bersekongkol dengan puak liberal dan puak kafir harbi yang telah menghina Islam dan menafikan hak umat Islam secara terbuka.

    BalasPadam