Header Ads

ads header

Flash News

Rupanya perangai menteri-menteri PH sama aje dengan BN.. Patut Agong kata duduk, jangan lari


Barisan kerusi kosong di sebelah kerajaan di Dewan Rakyat petang ini mengundang satu soalan daripada anggota parlimen BN: Mana pergi semua menteri?

Datuk Ahmad Maslan (BN-Pontian) berkata menteri dan timbalan menteri sudah beredar daripada Dewan Rakyat pada pukul empat petang, satu jam setengah lebih awal daripada waktu selesai sidang.

"Dulu mereka tanya mengapa kami selalu tak penuhi masa di Dewan Rakyat? Nampaknya mereka tak sehebat mana. Semoga ada perubahan selepas ini," katanya di Twitter.

Difahamkan kabinet mengadakan mesyuarat pada hari ini. Namun timbalan menteri tidak menyertai mesyuarat itu.

Bekas menteri belia dan sukan Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) pula berkata tiada seorang pun menteri dalam berada dalam dewan ketika ketua pembangkang Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membahaskan usul titah Yang di-Pertuan Agong.


Justeru beliau mencadangkan agar mesyuarat kabinet diadakan pada hari Jumaat ketika sesi sidang dewan rakyat memandangkan tiada persidangan pada hari itu.

"Ini untuk menghormati urusan parlimen. Ia juga amalan kerajaan terdahulu, apabila parlimen bersidang, mesyuarat jemaah menteri dibuat pada hari Jumaat.

"Apabila parlimen tidak bersidang, kabinet boleh kembali bermesyuarat pada hari Rabu seperti biasa," katanya lagi.


MR : Sebelum ini ada yang sindir kononnya Presiden PAS keluar dewan tapi rupanya PH hebat lagi keluar dewan berjemaah....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

3 ulasan:

  1. tapi ni bukan lari lagi dah ni dah cabut...terus

    BalasPadam
  2. sibuk tu...nak sapu projek,ada kroni yg perlu di balas jasa..

    BalasPadam
  3. Pembangkang tiada soalan yang perlu di jawab. PH ada bayak soalan yang perlu dijawab. Makanya PH ada banyak alasan untuk lari dari dewan.

    Lebih2 lagi bila bilangan pembangkang adalah tertinggi dalam sejarah dewan, ramai yang ketaq lutut termasuk MoI4.

    Apa tidaknya, meskipun 22 tahun menguasai dewan namun MoI4 sendiri tak pernah berdepan pembangkang sebegini dalam tempoh 22 tahun di puncak.

    **Untuk rekod: Pada masa itu hanya Mat Sabu dan Mahfuz saja yang nampak ada misai kucing. Karpal ada janggut dan LKS ada gigi kacip.

    BalasPadam