Header Ads

ads header

Flash News

Ringgit dijangka terus lemah, turun ke 4.05 berbanding dolar AS


KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka terus lemah dan turun kepada paras 4.05 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dalam jangka pendek, berikutan kebimbangan berterusan terhadap potensi perang perdagangan antara AS dan China.

Ketua Strategi dan Penyelidikan Pasaran Mata Wang FXTM Global, Jameel Ahmad berkata pergerakan ringgit pada jangka pendek akan terus dipengaruhi faktor luaran, termasuk pengukuhan berterusan mata wang AS serta ketegangan geopolitik antara AS dan China.

“Gabungan kedua-dua faktor ini menjejaskan pasaran pesat membangun di seluruh dunia, sehingga kini hanya 2 mata wang negara pesat membangun yang sebenarnya meningkat berbanding dolar AS bagi 2018, iaitu ringgit dan peso Columbia.

“Hanya penurunan permintaan dolar AS disebabkan pengambilan untung bagi mata wang negara maju itu dapat meningkatkan semula nilai mata wang pasaran pesat membangun. Ini bermakna dolar AS perlu mengalami pengambilan untung untuk ringgit mendapatkan semula asas pergerakan,” katanya semalam.

Berasaskan Jumaat ke Jumaat, nota tempatan ditutup rendah berbanding dolar AS pada 4.0380/0410 daripada 4.0010/0040 minggu lepas.

Ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding kumpulan mata wang utama, kecuali pound Britain apabila mata wang tempatan meningkat kepada 5.3092/3147 daripada 5.3189/3245 yang dicatatkan minggu lepas.

Nota tempatan susut berbanding dolar Singapura kepada 2.9624/9650 daripada 2.9484/9511 minggu lepas serta rendah berbanding yen Jepun kepada 3.6487/6524 daripada 3.6323/6360.

Ringgit turut lemah berbanding euro kepada 4.7043/7082 daripada 4.6644/6683 minggu lepas.


MR : Ekonomi makin teruk kerana PH tak tahu mengawal dan ditambah pula dengan Menteri yang 'keras kepala'....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. Mat Invouge ada banyak pengalaman dalam menguruskan ekonomi korperat. Ia akan jauh lebih mampu dari Apex Peneng untuk mentadbir Mofin. Hairan jugak kenapa Mamat ini disisihkan. Bila Apex itu yang diangkat, siang-siang lagi dah boleh agak hinggit akan menjunam. Bila projek yang ada kaitan dengan Bijing diteruskan, lagilah ia (hinggit) menjunam.

    BalasPadam