Header Ads

ads header

Flash News

Persatuan Melayu Murtad atau IFC International forum council sudah diluluskan register


Berita yg amat menyedihkan : Persatuan Melayu Murtad atau IFC International forum council sudah diluluskan register dan tidak keluar kat newz. Sila cari majalah millenium:

DUNIA SUDAH AKHIR ZAMAN...
ALLAHHUAKBAR
Pertubuhan Melayu Murtad telah diluluskan!!!
persatuan Melayu Kristian telah SAH ditubuhkan di Malaysia!!!
Injil telah dicetak & diedar...

IFC buat Roadshow besar-besaran sokong kebebasan beragama...

Bersedialah wahai saudara - saudari ku yang amat disayangi...
BERDOALAH SEMOGA UMAT ISLAM SELAMAT
tolong sebarkan kepada yang cintakan AGAMA ALLAH (Agama Islam)...

Baca sama-sama...
Dunia akhir zaman semakin menakutkan bila
berkait dengan soal akidah. Nak jadi apa dah ni??
Patut laa ada yang kata tak nak ada anak.
Bukan takut nak beranak, tapi takut
ada anak yang terpesong akidah... baik tak de anak langsung!!!

Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria bangkit dalam isu ini dengan membuat kenyataan akhbar bahawa umat Islam wajib isytihar perang terhadap pertubuhan IFC itu dan minta 50 ahli politik Islam yang menurunkan tandatangan sebagai menyokong penubuhan IFC itu bertaubat kepada Allah swt
kerana dibimbangi aqidah mereka sudah terbatal.

Datuk Harussani juga minta kepada semua penceramah, semua ustaz-ustaz yang mengajar
kuliah-kuliah dan semua khatib-khatib, supaya jangan lupa cakap benda ni dalam kuliah-kuliah dan di atas mimbar-mimbar Jumaat bahwa pertubuhan IFC ini adalah musuh Islam di Malaysia.

Tuan-tuan tau depa IFC minta apa kat PM?...
Depa hantar memorandum kepada PM meminta 15 perkara berhubung dengan Islam supaya dimasukkan dalam perlembagaan Malaysia.

Antaranya:

1) Setiap anak yang baru dilahirkan di Malaysia jangan dikaitkan dengan mana-mana agama sehinggalah anak itu berusia 18 tahun  - Tu dia tuan-tuan. Ini apa cerita ni? Maknanya, anak-anak kita langsung tidak boleh dididikkan dengan cara Islam. Kita tak boleh bubuh nama Islam kat
anak-anak. Sampai umur 18 tahun, baru boleh duduk bincang di mahkamah, tanya kat anak kita, 'Hang nak ikut ugama apa?'...Kalau dia kata nak jadi hindu, maka jadi hindulah dia. Kita tak boleh nak buat apa sebab dah digazetkan dalam Perlembagaan Negara.

2) Di dalam dokumen pengenalan mykad dan passport dihapuskan kolum identiti agama - maknanya, perkataan 'Islam' yang ada kat mykad kita itu,depa minta di'tiada'kan.

3) Mana-mana orang bukan Islam kalau nak kahwin dengan orang Islam, dia  tidak perlu masuk Islam.

4) Mana-mana orang Islam yang nak kahwin dengan orang bukan Islam, mestilah dia tukar agama kepada bukan Islam.

5) Sebagaimana kerajaan Malaysia menyalurkan dana kepada masjid-masjid, begitu juga kerajaan Malaysia mesti menyalurkan dana kepada semua rumah ibadat orang bukan Islam.

6) Peraturan sekolah yang mengizinkan anak orang Islam menutup aurat hendaklah dimansuhkan, kerana ia menghina agama bukan Islam.

7) Hapuskan mahkamah syariah kerana ia juga menghina agama-agama lain - mahkamah syariah kalau takdak, habih la kita tuan-tuan. Walaupun la ni bukannya perfect, tapi itulah satu-satunya mahkamah yang defence agama kita. Kalau mahkamah syariah disingkirkan, masalah faraid pusaka, masalah nikah kahwin, cerai talak apa semua tu macamana?...Kalau tak dak mahkamah syariah, maknanya, perkahwinan tidak akan berjalan di atas akad nikah, sebaliknya, perkahwinan akan dibuat secara berdaftar

8) Mana-mana orang bukan Islam yang masuk Islam, semua hartanya dikembalikan kepada waris yang tidak beragama Islam.

9) Mana-mana pasangan yang bukan Islam, apabila masuk Islam, maka hak penjagaan anak tidak boleh diberikan kepada mereka.

10) Sebagaimana program-program di radio dan tv yang menerangkan tentang ajaran Islam dalam bahasa ibunda masing-masing, begitu juga ajaran-ajaran lain daripada Islam juga perlu diberi ruang.

11) Sepertimana Quran, hendaklah kerajaan Malaysia turut mencetak bible dalam bahasa Melayu untuk diedarkan di seluruh negara.

12) Apa istimewanya Islam sehingga ditabalkan sebagai agama rasmi di Malaysia? ...lagi 3 ana tak ingat, anta boleh refer dalam Majalah Millenium Muslim Ini dia tuan-tuan, Islam diludah depan mata kita sendiri, so mana sensitiviti kita terhadap agama kita sendiri?...Datuk Harussani tegur PM dan 50 ahli politik Islam yang sokong pertubuhan tersebut supaya  dibatalkan pertubuhan itu.

Tau 50 orang Islam tu kata apa?... Depa kata kat Mufti Perak, 'Ni lah kalau dah terlalu tua jadi mufti, tak open minded langsung!'...

Datuk Harussani balas dalam majalah 'Millenium Muslim', katanya, 'Di atas sikap open-minded rakyat Malaysia yang terlampau lebih, maka inilah hadiahnya!'...

Ini dia kata-kata seorang ulama di Malaysia. Yang lainnya sunyi sepi termasuklah akhbar-akhbar,
macam ada benda dalam mulut sampai  boleh nak buka!


MR : Dalam kita memerangi murtad kita juga kena berhati-hati dengan maklumat yang disebarkan, kadangkala maklumat yang salah boleh menjadi 'fireback' kepada gerakan kita....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

9 ulasan:

  1. Tidak perlu bermusuh dengan semua. Namun tak elok kalau defensif segala. Dan kalau menunjukkan reaksi, jangan terlalu reaktif sampaikan cabaran dari agama2 bukan berasaskan kitab2 pun seolah-olah mahu disama tarafkan dengan agama2 yang berasaskan kitab2. Yang bukan berasaskan kitab2 itu sepatutnya langsung tidak perlu diletakkan sebaris dengan agama-agama yang berasaskan kitab2. Akhir sekali, bagi agama2 yang berasaskan kitab2 pula, yang kedua terakhir itu jadi popular (diulangi: jadi popular) bukan kerana asas dan isinya tetapi kerana kulit dan gimiknya saja yakni hanya menarik bagi golongan2 kecil dan tertentu saja -- kurang upaya, lemah dan nipis pegangan.

    BalasPadam
  2. Hukum Islam telah menetapkan hukuman bunuh ke atas orang Islam yang telah murtad terutama sekali puak murtad yang memusuhi Islam dan umat Islam seperti menfitnah dan memburuk-burukkan Islam atau menghasut umat Islam untuk murtad dll.

    Dari Abdullah bin Mas’ud R.A. , bahawa Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud:

    لاَ يَحِلُّ دَمُ امْرِئٍ مُسْلِمٍ، يَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَنِّي رَسُولُ اللَّهِ، إِلَّا بِإِحْدَى ثَلاَثٍ: النَّفْسُ بِالنَّفْسِ، وَالثَّيِّبُ الزَّانِي، وَالمَارِقُ مِنَ الدِّينِ التَّارِكُ لِلْجَمَاعَةِ

    ”Tidak halal darah seorang muslim yang bersaksi laa ilaaha illallah dan bahwa aku utusan Allah, kecuali karena tiga hal: nyawa dibalas nyawa, orang yang berzina setelah menikah, dan orang yang meninggalkan agamanya, memisahkan diri dari jamaah kaum muslimin.” (HR. Bukhari 6878, Muslim 1676, Nasai 4016, dan yang lainnya).

    Dalam hadis lain, dari Ibnu Abbas R.A., Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud:

    مَنْ بَدَّلَ دِينَهُ فَاقْتُلُوهُ

    ”Siapa yang mengganti agamanya, bunuhlah dia.” (HR. Bukhari 3017, Nasai 4059, dan yang lainnya)

    Makna: ’Mengganti agama’: murtad, keluar dari islam.

    Musuh-musuh Islam termasuk puak liberal telah menggunakan ayat Qur'an "Tiada paksaan dalam agama" untuk menipu umat Islam kononnya Islam membenarkan umat Islam murtad sedangkan maksud sebenar ayat tersebut ialah orang kafir tidak boleh dipaksa memeluk Islam.

    Sebenarnya orang-orang Melayu yang murtad itu adalah disebabkan oleh sikap materialistik dan jahil murakkab mereka sendiri maka pendakwah kristian boleh menipu mereka untuk memeluk agama kristian dengan mudah.

    Memang terdapat perkara @ artikel dalam Perlembagaan Persekutuan yang melarang orang kafir dari memurtadkan umat Islam. Malangnya KERAjaan UMNo BN dan KERAjaan pakatan liberal-kafir harbi tidak memperdulikan parkara @ artikel tersebut.

    Maka musuh Islam tersangatlah gembira untuk memurtadkan umat Islam supaya negara ini boleh menjadi kristian berdasarkan impian pauk kristian seperti Johor for Jesus, KL for Jesus, Subang for Jesus dll.

    Hanya parti Islam PAS pimpinan ulama Islam dam NGO Islam yang aktif menentang aktiviti puak kafir memurtadkan umat Islam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya mencabar puak Melayu murtad dan pendakwah kristian ynag telah memurtadkan mereka tersebut berbahas dengan saya secara terbuka supaya saya boleh membuka minda mereka untuk menerima Islam kembali dengan izin Allah.

      Puak Melayu murtad pun jahil tentang agama kristian menyebabkan mereka memeluk agama kristian secara membabi buta.

      Padam
  3. Bukan ke dah disahkan berita ni palsu...harap lbh berhati2

    BalasPadam
    Balasan
    1. Fakta: Sebilangan orang Melayu jahil murakkab telah murtad dengan memeluk agama kristian dll. Bahkan terdapat gereja Melayu di PJ.

      Padam
  4. Mengikut perlembagaan Malaysia...Melayu adalah Islam jadi jika mereka murtad itu bermakna mereka bukan Melayu lagi....kita mesti pangil dengan dengan kelab Murtad sahaja

    BalasPadam
  5. semoga tertegaknya negara islam di malaysia ini berlandaskan hukum hakam ALLAH TA'ALA.

    BalasPadam
  6. Berita palsu. Tak mungkin diluluskan di Malaysia.

    BalasPadam