Header Ads

ads header

Flash News

Permohonan Sajat ubah status jantina dalam KP tetap ditolak


BANGI, 14 Zulkaedah 1439H, Jumaat – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tetap menolak permohonan mengubah status jantina dalam kad pengenalan, daripada mana-mana individu yang sudah disahkan jantinanya sejak dilahirkan, seperti tertera pada sijil lahir.

Ketua Pengarah JPN, Datuk Mohammad Razin Abdullah berkata, sebelum ini pun, JPN pernah menolak permohonan sedemikian daripada individu yang mahu menukar status asal jantina pada dokumen mereka, kerana bertentangan dengan dasar jabatan itu.

“Kalau dalam sijil lahir mereka, jantina adalah lelaki, maka kami tidak akan menerima permohonan individu berkenaan untuk menukar jantina sebagai perempuan dalam sebarang dokumen,” katanya.

Memetik laporan NSTP beliau berkata, pihaknya tidak menghalang mana-mana individu yang mahu membuat permohonan menukar jantina mereka pada kad pengenalan, namun perkara itu akan diteliti terlebih dulu mengikut prosedur ditetapkan.

“Dalam proses permohonan penukaran jantina (pada kad pengenalan), ada beberapa aspek yang akan dilihat, iaitu dokumen kelahiran yang disahkan oleh doktor. Di dalam sijil kelahiran terdapat tiga kategori jantina yang diletakkan iaitu lelaki, perempuan dan diragui.

“Sekiranya jantina individu berkenaan (yang memohon menukar jantina pada kad pengenalan) disahkan oleh doktor sebagai kategori diragui, mereka boleh mengemukan permohonan untuk memilih salah satu jantina yang lebih dominan apabila sudah dewasa,” katanya hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas isu yang mendakwa usahawan kosmetik bergelar selebriti, Nur Sajat Kamaruzzaman memohon mengubah status jantina dalam kad pengenalannya.

Mohammad Razin mengesahkan JPN tidak menerima sebarang permohonan dibuat individu terbabit seperti dakwaan bahawa usahawan itu membuat permohonan di Ibu Pejabat JPN Putrajaya, Jumaat lalu.


MR : Golongan ini makin terbuka jika umat Islam tidak memperkemaskan politik Islam di negara ini....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

9 ulasan:

  1. Tidak baik menghina namun pandangan ikhlas lagi berterus terang tidak dapat tidak harus terbuka untuk diterima apabila isu ini kini di bawa masuk ke laman umum.

    1. Relakah di sahkan keberadaan atau ketiadaan anunya.

    2. Tiada anu, bila masuk ladies toilet, tak timbul isu menyamar

    3. Ada anu, pakai skirt masuk gent... haru-biru

    Justeru tindakan JPN menarik benang dalam tepung dalam berdepan isu ini harus diberikan markah yang tinggi.

    BalasPadam
  2. Tahniah Jakim. Teruskan pertahankan Islam. Moga panjang umur

    BalasPadam

  3. Dia nak tukar ke pompuan tak boleh le.... Apa kata kalo tukarkan saja statusnya kepada "kunza".

    Kedua lelaki yang mengahwini teraniaya kerana menjangka dia ada faraj.... Padahal ada Konet kecil yang tak berfungsi. Nak cerai dah berbelas2 ribu habis kenduri.

    Ko fikir le sendiri

    BalasPadam
    Balasan
    1. Anon 27 Julai 2018 9:04 PTG,

      Gelaran khunsa adalah untuk orang yg mempunyai dua alat kela­min lelaki dan perempuan. Maka pondan @ bapuk tidak termasuk dalam kategori khunsa kerana mereka mempunyai zakar sahaja.

      Padam
  4. Secara terus terang LGBTQ adalah pesakit mental iaitu Dysphoria yang dikelaskan dalam obsessive–compulsive spectrum yang disebabkan oleh sikap negatif puak LGBTQ sendiri yang tidak bersyukur pada Allah kerana mereka tidak mahu menerima jantina yang telah diberikan oleh Allah kepada mereka.

    Akibatnya mereka mengalami tekanan, kebimbangan, kemurungan ( bipolor disorder @ manic depression) dalam kehidupan mereka sendiri yang berpunca dari konflik identiti diri kerana keengganan mereka sendiri untuk menerima identiti mereka sebagai lelaki atau perempuan yang telah dikurniakan oleh Allah.


    Allah telah mencipta Nabi Adam A.S. sebagai lelaki dan Hawa sebagai perempuan yang bererti puak LGBTQ bukanlah sesuatu yang bersifat semula jadi tetapi puak LGBTQ mewujudkan sendiri amalan seksual yang di luar tabii manusia normal.

    Puak LGBTQ juga bertanggungjawab sebagai di antara kumpulan utama yang menyebarkan dan merebakkan penyakit kelamin yang sangat berbahaya kepada manusia seperti AIDs, HIV, chlamydia, gonorrhea, hepatitis, herpes, syphilis dan human papillomavirus (HPV) dll.

    Amalan LGBTQ digalakkan, diskong dan diperjuangkan oleh puak munafik sekular liberal dan puak kafir harbi untuk memusnahkan ajaran Islam dan prinsip moral, untuk melemahkan dan menyesatkan umat Islam dan meruntuhkan keluarga, masyarakat dan negara.

    Semua fakta di atas menunjukkan puak LGBTQ adalah berbahaya kepada manusia kerana aktiviti LGBTQ boleh melenyapkan manusia dalam jangka pangjang.

    Oleh sebab puak LGBTQ adalah kemungkaran yang sangat berbahaya kepada manusia, Allah telah menurunkan siksaan yang amat dahsyat ke atas kaum Nabi Lut dan puak LGBTQ di Pompeii dll.

    Puak LGBTQ dan penyokong-penyokong mereka di Malaysia mungkin sedang menunggu siksaan dari Allah kerana sebilangan LGBTQ dan penyokong-penyokong mereka berani mencabar Allah dan menghina atau mengingkari ajaran Islam @ perintah Allah dan RasulNya.

    Puak LGBTQ lupa bahawa siksaan Allah ini datang dalam pelbagai bentuk di dunia ini sebelum mereka mati.

    BalasPadam
  5. Malaysia haru biru kerana ramai perdana menteri,
    1.tun mahathir
    2.husam musa (alam jin)
    3.anwar Ibrahim (in waiting)
    4.lim kit sing (taiko,perdana menteri sebenar,pakai remote control Je)

    BalasPadam
  6. Tukar jantina dalam KP bolehkah mengubah hakikat yang dia tu Transgender ? Sudah tentu tidak. Jadi apa gunanya melayan bapok ni.

    BalasPadam
  7. Walaupun kita tentang mereka dalam masa yang sama kita kena selamatkan mereka...bimbang puak siti kassim jadikan aset dan wakil suara mereka. Bila jumlah semakin ramai 100k org macamni mampu menawan separuh negeri melalui peti undi

    BalasPadam
  8. GET PINJAMAN INSTANT ANDA SEKARANG:
    ** Pembiayaan semula
    *Pembaikan rumah
    ** Pinjaman Pelaburan
    * Penyatuan Hutang
    * Pinjaman Perniagaan
    * Pinjaman Peribadi
    * Pinjaman Antarabangsa.
    CITICORPFINANCE01@GMAIL.COM
    WHATSAPP: + 91-9971176533

    BalasPadam