Header Ads

ads header

Perebutan dalam PKR makin Parah, hanya tunggu masa untuk pecah


Menjelang pemilihan parti bulan depan, Setiausaha Pemuda PKR Selangor Syed Badli Shah Syed Osman mengumumkan peletakan jawatan selepas mendakwa berlaku amalan kronisme dan nepotisme di kalangan pimpinan parti di negeri itu.

Syed Badli mendakwa sikap mementingkan kroni semakin parah apabila hanya 'pengikut kabilah' tertentu diberikan habuan dari segi jawatan lantikan politik.

"Saya menyelar sikap segelintir pemimpin PKR Selangor yang menjadikan habuan jawatan lantikan politik sebagai usaha untuk mengekalkan pengaruh dan kuasa.

"Secara jelas jawatan- jawatan lantikan politik hanya diberikan kepada mereka yang menunjukkan taat setia kepada kabilah tertentu dan tidak lagi menerusi merit," dakwanya dalam satu kenyataan media.

Syed Badli mendakwa dalam penentuan jawatan ahli majlis misalnya nama-nama mereka yang dicadang daripada peringkat cabang diketepikan walaupun sudah 'berjuang sekian lama' dalam parti itu.

"Sikap kuku besi terserlah dengan tidak meraikan perbezaan pendapat dan dianggap menderhakai kepimpinan negeri.

"Budaya tegur-menegur tidak lagi subur dalam Keadilan (PKR) Selangor akibat dari sikap angkuh dan sombong segelintir kepimpinan negeri.

"Mereka lebih gemar kepada ahli yang hanya tunduk dan patuh tanpa mengeluarkan sebarang pendapat yang bercanggah," dakwanya.

Justeru itu, Syed Badli berkata beliau meletakkan jawatan berkuat-kuasa serta merta sebagai setiausaha AMK Selangor kerana menganggap demokrasi telah mati dalam PKR Selangor.

"Saya juga menggesa kepimpinan utama Parti Keadilan Rakyat untuk campur tangan dalam isu pembahagian jawatan lantikan politik di Selangor yang jelas kelihatan berat sebelah," katanya.

MR : PKR ni berasal daripada UMNO, dulu keluar UMNO tak dapat kuasa, bila dapat kuasa perangai menjadi UMNOlah....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

6 ulasan:

  1. Nasib baik parti madey menang 13 kerusi je. Kalau tidak, lagi teruk bercekaunya.

    BalasPadam
  2. aku harap parti bapak rasis dap laknat akan hancur..semoga kapir laknat sedar diri

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aku harap bila parti dap ni kalah next pru, jgn diberi muka lg utk parti ni naik semula memerintah.
      Aku sgt2 brharap baik umno, pkr atau pas tak akan bergabung lg dgn dap ni.. biar sedar diri.

      Padam
  3. Konflik dalam parti mata satu (mata dajal?) adalah baru sebahagian kecil drpd yg sebenarnya, baru bunganya sahaja ! Konflik berskala besar dalam parti dan antara parti dalam pakatan mungkin akan berlaku sebaik sahaja Mat Dir meniggal dunia.

    Ini bererti KERAjaan pakatan mungkin akan runtuh sebelum berakhir tempoh 5 tahun.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Inshaallah.. amin.. amin.. amin

      Padam