Header Ads

ads header

Flash News

Pepatah Baru Malaysia Baru


Bagai Menunggu Tol Simpang Renggam
Dimansuhkan Menggantikan pepatah lama "Bagai Menunggu Bulan Jatuh Ke Riba"
Bermaksud penantian yang tidak kunjung tiba.

Janji PH
Menggantikan pepatah lama "Janji Melayu".
Bermaksud janji yang tak semestinya ditepati

Bagai KJ Dalam Umno
Menggantikan pepatah lama "Bagai Gunting Dalam Lipatan"
Bermaksud orang yang menjadi musuh dalam sesebuah organisasi.

King Maker Malang
Menggantikan pepatah lama "Lebai Malang"
Bermaksud situasi yang sangat mengecewakan.

Bagai Membuat Manifesto Di Dalam PRU
Menggantikan pepatah lama "Bagai Menanam Tebu Di Tepi Bibir"
Bermaksud janji manis yang diberikan hanya untuk mengaburi mata orang lain

Macam PAS dengan AMANAH
Menggantikan pepatah "Macam Anjing Dengan Kucing"
Bermaksud dua pihak yang selalu bergaduh.

Macam AMANAH dengan DAP
Menggantikan pepatah lama "Macam Isi Dengan Kuku"
Bermaksud dua pihak yang begitu rapat.

Mat Sabu Masuk Istana
Menggantikan pepatah lama "Rusa Masuk Kampung"
Bermaksud keadaan yang sangat asing.

Bagai Umno rindukan PAS
Menggantikan pepatah lama "Bagai Pungguk Rindukan Bulan"
Bermaksud cinta yang tak kesampaian

Bagai Menunggu Harga Minyak Turun
Menggantikan; Bagai Menunggu Bulan Jatuh Ke Riba
Maksudnya penantian yang mustahil berlaku

Lompat Mulut BN, Masuk Mulut PH
Menggantikan; Lompat Mulut Harimau, Masuk Mulut Buaya
Bermaksud; Selamat dari satu bahaya, tapi ada bahaya lain menunggu.

Lidah Menteri
Menggantikan pepatah lama "Lidah Bercabang".
Inspirasi dari ucapan Sdra Rafizi suatu ketika dahulu Bermaksud percakapan yang berbelit-belit.

Pemimpin Kencing Berdiri, Macai  Kencing Berlari
Pepatah lama; Guru Kencing Berdiri, Murid Kencing Berlari
Maksudnya orang bawahan akan meniru apa yang orang atasan lakukan.

Bagai PAS Di Dalam Parlimen
Menggantikan pepatah lama: Bagai Melukut Di Tepi Gantang
Maksudnya; Kedudukan yang tidak mengubah keadaan.

Indah Manifesto Daripada Pelaksanaan
Menggantikan pepatah lama; "Indah Khabar Dari Rupa"
Maksudnya; Situasi yang tidak sama sebagaimana dijanjikan atau diceritakan.

Tun M Jadi PM Dua Kali
Menggantikan; Pisang Berbuah Dua Kali
Bermaksud; Kejadian yg jarang-jarang berulang

Seperti Macai Kepanasan
Menggantikan "Seperti Cacing Kepanasan"
Bermaksud; situasi yang sangat panas.

Sepandai-pandai Jamal Melarikan Diri, Akhirnya Ditangkap Polis Indonesia Juga
Menggantikan; Sepandai-pandai Tupai Melompat, Akhirnya Jatuh Ke Tanah Jua
Bermaksud; Sehangat mana pun kita akhirnya tewas juga kalau tak berhati-hati.

Sudah Kalah Ditinggalkan Parti Komponen
Menggantikan; Sudah Jatuh Ditimpa Tangga
Maksudnya; Malang bertimpa-timpa.

Bagai SST Menggantikan GST
Menggantikan; Bagai Tikus Membaiki Labu
Maksudnya; Situasi untuk membetulkan sesuatu tapi makin rosak.

Mendengar Manifesto Ditabur, Undi Pangkah PH
Gantikan; Mendengar Guruh Di Langit, Air Do Tempayan Dicurahkan
Maksudnya; Mendengar sesuatu berita yang tak pasti, terus tinggalkan apa yang ada di tangan.

PH Menang, Pembangkang Bertaut
Menggantikan pepatah lama; Biduk Lalu Kiambang Bertaut.
Bermaksud; Selepas berlalu sesuatu peristiwa yang tegang, keadaan kembali aman.

DAP Naik PH
Menggantikan; Kaduk Naik Junjung
Maksudnya; Situasi pihak yang asalnya kecil & lemah tapi semakin berkuasa apabila mendapat peluang

Alang-alang Menjadi PM, Biar Sampai Jadi Jutawan
Menggantikan; Alang-alang Menyeluk Pekasam Biar Sampai Ke Pangkal Lengan
Bermaksud; Buat kerja bersungguh-sungguh

Ke Mana Tumpahnya BN Jika Tidak Ke PH
Gantikan; Ke Mana Tumpahnya Kuah Jika Tidak Ke Nasi
Bermaksud, sedikit sebanyak perangai seseorang mengikut perangai ibu bapanya.

Jika ada cadangan tambahan, boleh berikan komen di bawah.

Afyan Mat Rawi
Guru Bahasa Melayu Baru


MR : Bagai babi terbang memberi maksud jika dengar hujah tegak PH oleh macai mereka....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

7 ulasan:

  1. Menteri pendidikan mesti suka sgt3 ni...pepatah pertama sekali UP nama dia...

    BalasPadam
  2. Siakap senohong gelama ikan duri,
    Bercakap bohong lama-lama jadi menteri.

    BalasPadam
  3. Harapkan AMANAH , AMANAH barua kafir.
    Harapkan Pagar , Pagar Makan Padi.

    BalasPadam
  4. Satu, dua , tiga lekuk,
    Rakyat sudah kena ketuk.

    Empat , lima , enam kancing ,
    Kamu semua kena kencing ,

    Ha undilah lagi Pakatan Hancing !

    BalasPadam
  5. Pergi ke laut untuk memancing,

    dapat seekor ikan tenggiri,

    Pengundi pakatan dikencing hancing,

    menangis tergolek menelan kahak sendiri !


    Ha ha ha ha ha ha Padan muka pengundi pakatan ! Kasihan !

    BalasPadam
  6. Pantun ditujukan kepada pengundi pakatan !! Kah kah kah kah kah ..... :

    Pak Mat suka memancing,

    Pergi ke laut bulan gerhana,

    Pemimpin kencing rakyat hancing,

    Barua tipu rakyat merana.

    BalasPadam
  7. Manifesto pakatan .... babi pun boleh terbang ! Ha ha ha ha kah kah kah ki ki ki ki

    BalasPadam