Header Ads

ads header

Flash News

Najib mohon maaf dan memperingatkan tentang penghakiman di akhirat sebelum tangkapan


KUALA LUMPUR: Beberapa jam sebelum tangkapan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini, bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak memohon maaf kepada rakyat Malaysia, tetapi memberi amaran kepada pengkritiknya tentang balasan Tuhan di tengah-tengah liputan media ke atas wang dan barangan mewah yang dirampas dari rumahnya sedang hangat dilakukan.



“Saya ingin memohon ampun dan maaf kepada rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia berhak mendapat pimpinan yang terbaik. Saya sudah melakukan sedaya upaya saya. Namun, saya sedar ia tidak mencukupi kerana saya akui ada banyak kelemahan,” katanya dalam pesanan yang dirakam beberapa jam sebelum meninggalkan rumahnya di Taman Duta pagi tadi.

Beliau hari ini disoal oleh SPRM berhubung sejumlah wang lebih kurang RM42 juta yang diterimanya menerusi entiti dikaitkan dengan 1MDB.

Jumlah itu dipercayai dipindahkan dari SRC International, bekas anak syarikat 1MDB, kepada akaun bank peribadi Najib.

Najib yang mana pimpinannya selama 9 tahun berakhir bersama kejatuhan kerajaan Barisan Nasional yang mentadbir selama 6 dekad, merayu orang ramai membiarkan siasatan ke atasnya dijalankan dahulu.

Dalam pesanannya, Najib berkata walaupun beliau tidak sempurna, beliau menjadi mangsa spekulasi dan khabar angin, yang mengandungi tuduhan yang menurutnya “tidak semuanya benar”.

“Memang rumah kami digeledah selama berhari-hari. Memang saya disiasat, dan ada barang yang dirampas. Namun, semua ini belum konklusif. Ada banyak berita, gambar yang tersebar, bersifat khabar angin, palsu, putar belit dan fitnah,” katanya.

Najib berkata semua orang sama rata di sisi undang-undang, tetapi beliau mengingatkan, balasan Tuhan menanti sesiapa yang memfitnahnya selepas kejatuhannya.

“Tiada sesiapa yang akan terlepas, termasuklah yang penguasa di dalam kerajaan hari ini dan mereka yang menyebar khabar angin serta mengaibkan orang lain,” katanya.

Sejak kekalahannya 2 bulan lepas, Najib dan ahli keluarganya menjadi sasaran serbuan polis, ditambah pula dengan gambar-gambar mengejutkan menunjukan barangan mewah dan beg-beg berisi duit bernilai jutaan dolar dirampas dari hartanah yang dikaitkan dengannya.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berikrar siasatan itu itu “tidak boleh dirunding” bagi memenuhi janjinya untuk menjalankan siasatan ke atas dakwaan berbilion dolar digelapkan dari 1MDB.

Dalam mesejnya, Najib berkata beliau bersyukur kerana dapat menjalani “dugaan dunia”.

“Saya tetap bersyukur, kerana tidak semua yang berpeluang menjalani dugaan dunia. Kita semua tahu bahawa dugaan di akhirat adalah jauh lebih perit. Saya akan hadapi dengan tabah.”

“Sesungguhnya Allah maha mengetahui, maha mengasihani dan maha penyayang.”


MR : Duni ini penuh dengan kekajaman.. perpatah yang sering kali kita dengar, Sebelum ini Anwar, Hari ini Najib entah esok kalau sempat Mahathir pula....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

3 ulasan:

  1. Sedihnya...Doa orang teraniaya tanpa hijab.Moga Allah akan membalas didunia dan diakhirat juga untuk ketua munafik yang bersetongkol dengan golongan kafirun.

    BalasPadam
  2. Walaupun najib bersalah kita umat islam wajib tolah kerajaan ph kerana anda semua tahu sapa sebenarnya yg memerintah dan sapa yg dalam tekanan dan apa agenda pemerintahan mereka. Yg tahu sebarkan rapatkan saf kuatkan keimanan kita tunggu pru15 dan pada yg tak tahu ambil tahu cari ilmu jng buang politik kerana org melayu lalai dan lemah dalam pengetahuan politik itu yg mudah dipermainkan. Melayu mejoriti tapi sekarang dihina islam ditentang secara halus buta ke kita pekak ke kita tak reti baca ke kita. Banyakkan berdoa mohon pada allah moga islam akan terus kekal kukuh dan tersebar sebagai amalan hidup kita didunia untuk menuju akhirat. Biarkan kes najib jangan kita tsksub dngannya tapi kita perlu taksub dalam memperjuangkan agama suci islam dan maruah bangsa melayu. Kes najib dijadikan sebagai candu untuk rakyat leka akan agenda sebenar mereka. Moga islam terus bersinar dibumi allah malaysia. Ameeeen

    BalasPadam
  3. Sudah dipesan dari dulu lagi. Fitnah yg paling cepat merebak di akhir zaman ini adalah fitnah yg berpaksikan teknologi.. Kalo zaman dulu, fitnah mula tersebar dgn lidah, kemudian dgn penulisan surat, masuk pula ke era media sosial tv dan radio.. Dan skrg, lihat lah teknologi yg diambil kesempatan oleh sesetengah org utk membuat fitnah dan menokok tambah cerita dari asal. Ibarat pengarah filem mengubahsuai jalan cerita dari novel yg dipilihnya utk membuat filem @ drama. Mereka juga diistilahkan sbg hakim yg tidak dilantik @ pengulas peguam pendakwa yg mengurus kes seseorang. Ingatlah.. Mati itu PASTI dan ANYTIME TO GO.

    BalasPadam