Header Ads

ads header

Flash News

Menjawab kekeliruan Nik Omar


Nik Omar Nik Aziz (TGNA) menulis Org Pas tanya Sy mana  agenda Islam dlm  manifesto PH. Yg tanya ni Pensyarah Universiti ada Phd. Sy tanya dia  balik sila buktikan di mana dlm manifesto PH yg tidak Islamic atau menentang Islam? Apakah menentang penyelewengan ekonomi itu bukan tuntutan Islam? Apakah membela rakyat yg dibebani hutang itu tidak disuruh oleh Islam?

Apakah menghapuskan cukai GST yg menindas kehidupan rakyat menyalahi Islam? Apakah menentang rasuah, penyalahgunaan kuasa dan institusi awam itu tidak dituntut oleh Islam? Islam Pas hanya terletak pada nama partinya saja. Islam Pas hanya hudud saja. Islam Pas hanya kafir, halal, haram dan lawan Dap saja. Saya tanya beliau lagi apakah Undang²  Jalan raya, speed limit, berat muatan dan pakai tali keledar yg bertujuan menyelamatkan nyawa bukan Islamic?

 Apakah berpuluh Undang²  utk melindungi  harta awam, harta negara dan rakyat tidak Islamik? Apakah Undang² rasuah itu bercanggah dgn Islam? Semua Undang² bertujuan baik, utk kebaikan rakyat dan negara, cuma perlaksanaannya barangkali  tempang dan perlu dipinda utk lebih adil.

 Inilah puncanya apabila Org Islam melihat Islam dari sudut politik sempit, sedangkan Islam itu panduan hidup yg syumul, lengkap dan inklusif.  Kita tidak perlu Undang² Islam, yg kita perlu Undang²  utk umatnya. Islam tidak perlu Undang² tetapi  Muslim, Ummah perlu Undang².

Sebenarnya umat Islam terlalu lama terperangkap dlm  kekeliruan di antara Islam sebagai  ADDIN, PANDUAN HIDUP dgn  UMAT ISLAM

 Wallahu A’lam..
والله أعلم

Kita jawab begini :
1. Apa yang dimaksudkan dengan AGENDA ISLAM itu ialah menentukan status kedudukan agama Islam dan aqidah serta darjatnya dalam organisasi atau manifesto PH secara tekstual yang jelas seperti yang dinyatakan dalam perkara 3 (1) Perlambagaan Persekutuan yang menyebut : “Ugama Islam ialah ugama bagi Persekutuan; tetapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan”.

2. Oleh sebab itu, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kajian Islam Negara (IKSIM), Datuk Prof Mahamad Naser Disa berkata peruntukan tersebut memberi hak secara undang-undang untuk kita tafsirkan ISLAM ITU ADALAH AQIDAH NEGARA. Inilah yang tidak disukai oleh DAP. Oleh sebab itu kita perlukan pernyataan yang jelas dan bukan sekadar konotasi atau analogi yang boleh diubah-ubah.

3.  Nampaknya Nik Omar yang tak faham soalan seorang Dr. Falsafah. Memang pun seorang ahli akademik dia akan bertanya dan mahukan jawaban yang objektif dan bukan subjektif seperti dalam jawaban Nik Omar di atas.

4. Kata-kata Nik Omar sendiri : “Saya tanya dia  balik sila buktikan di mana dlm manifesto PH yg tidak Islamic atau menentang Islam?” jelas menunjukan beliau tidak bezakan antara makna perkataan ISLAMIK dengan ISLAM, sedangkan kedua-duanya mempunyai perbezaan makna yang jelas.

5. ISLAMIK ialah apa-apa yang berunsur atau mengguna pakai ciri Islam, tetapi ia tidak bermaksud mesti mengajak manusia kepada Tauhid seperti yang disebut oleh Baginda SAW dalam hadis Jibril ketika ditanya apa itu Islam. Sebab itu kita ada HONG LEONG ISLAMIK BANKING dan sebagainya kerana ia hanya mengamalkan sistem Islam tetapi tidak Islam dari sudut aqidah institusinya.

6. Bapa saudara Nabi SAW  adalah seorang yang amat Islamik kerana telah membantu dan membela Baginda Rasulullah SAW ketika menyampaikan dakwah Islam kepada penduduk Mekah, namun beliau tidak mati sebagai seorang muslim kerana tidak melafazkan syahadah. Sebaliknya, Isteri Baginda, Khadijah,  juga seorang yang telah banyak berkorban kepada Baginda SAW. Beliau telah mati sebagai seorang muslim kerana menerima dan melafazkan Tauhid. Barangkali, inilah hikmahnya Allah adakan dua tokoh ini untuk kita bezakan antara yang Islamik (Abu Talib) dan yang Islam (Khadijah). Rupanya kekeliruan seperti ini timbul semua pada zaman kita.

7. Sejak 40 tahun sebelum perutusan Baginda SAW sebagai Rasul, ciri-ciri Islamik seperti itu telah lama diamalkan oleh Bangsa Quraish Mekah apabila memajukan Baitullah (Kaabah) dengan menyediakan pelbagai kemudahan makan minum dan tempat tinggal kepada para pengunjung pada musim Haji. Pada zahirnya ia sudah cukup baik dan tidak bercanggah dengan Islam pun. Hasilnya, mereka jadikan perbuatan tersebut sebagai alasan untuk menolak seruan Tauhid yang dibawa oleh Baginda SAW.

Lantas Allah menjawab dgn firman-Nya:

 (أَجَعَلْتُمْ سِقَايَةَ الْحَاجِّ وَعِمَارَةَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ كَمَنْ آمَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَجَاهَدَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ لَا يَسْتَوُونَ عِنْدَ اللَّهِ وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ)
 ~At-Taubah/9 Yg bermaksud :

Adakah kamu sifatkan hanya perbuatan memberi minum kepada orang-orang yang mengerjakan Haji, dan (hanya perbuatan) memakmurkan Masjid Al-Haram itu sama seperti orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta berjihad pada jalan Allah? Mereka (yang bersifat demikian) tidak sama di sisi Allah, dan Allah tidak memberikan hidayah petunjuk kepada kaum yang zalim.

8. Adapun ISLAM ialah anutan dan terapan aqidah Tauhid bersama 4 lagi rukun Islam dan 6 rukun Iman yang kita sedia maklumi. Kedudukan perkara inilah yang dimaksudkan oleh penanya tersebut. Oleh sebab itu, sesuatu yang islamik itu memang baik tetapi ia tidak akan dianggap Islam selagi tiada rukun Islam dan Rukun Iman dalam amalannya.

9. Perlu diingatkan segala amalan yang baik dan islamik sekalipun akan terbatal bila ia bertolak dari asas bukan Tauhid.

Firman Allah SWT:
(مَا كَانَ لِلْمُشْرِكِينَ أَنْ يَعْمُرُوا مَسَاجِدَ اللَّهِ شَاهِدِينَ عَلَىٰ أَنْفُسِهِمْ بِالْكُفْرِ أُولَٰئِكَ حَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ وَفِي النَّارِ هُمْ خَالِدُونَ)
 ~ At-Taubah/17.Yg bermaksud:

“Tidaklah layak orang-orang kafir musyrik itu memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah, sedang mereka menjadi saksi (mengakui) akan kekufuran diri mereka sendiri. Mereka itu ialah orang-orang yang rosak binasa amal-amalnya dan mereka pula kekal di dalam neraka.”

10. Jangan salah faham saya menuduh syirik pulak. Oleh sebab itu politik mesti dilihat bersekali dengan aqidah dan bukannya sekadar siasah syar'iyyah semata-mata. Jadi dalam kes ini, PAS kah yang berpandangan sempit atau jawaban Nik Omar yang agak longgar.

Sekian Wassalam

Dr. Mohd Rosdi Ismail
Nilam Puri, Kota Bharu, Kelantan.


MR : Nik Omar bukan keliru tetapi 'terpesong' sama juga penangih dadah mereka bukan keliru tapi sudah terpesong dan sukar untuk kembali semula kerana sudah lumrah "nafsu sentiasa mendorong' kepada kesesatan....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

14 ulasan:

  1. Klu mengikut logik jwpn nik omar, jd tiada beza perjuangan Islam dgn parti2 d negara2 bkn islam. Mrk jg mnntg rasuah, mnntg ketidkadilan, membangunkn ekonomi rakyat dsb, jd adakh mr jg mmperjuangkn islam..???

    BalasPadam
  2. Itu standard cakap kawan2 mufti utara. Itulah perkara yg dicanangkan.. seolah2 merendah-rendahkan peranan PAS.
    Ramai guna template yg sama utk berhujah dgn org PAS. Saya senang jer nak jawap soalan2 diorang ni..
    Apa yg diorang cakap tu.. semua asas sebuah negara. Undang2.. polisi kerajaan. Takkan nak detail undang2 negara kat dalam parti. Apa guna semua perkara yg dicakap.. dari segi ekonomi, undang2.. tapi negara penuh geng2 LGBT, Liberal, kaki maksiat.. etc. Makin hari makin kuat geng2 tu bersuara. Sebab tu perlunya ada agenda Islam... untuk mendidik rakyat.

    BalasPadam
  3. Pendahuluan:

    Kita ketawa semasa membaca jawapan yang diberikan oleh badut pakatan kerana jawapannya adalah jawapan bodoh berganda-ganda.

    Fakta:

    Kera jaan pakatan telah menipu rakyat dengan pelbagai janji palsu dalam manifesto pakatan sendiri yang bererti kera jaan pakatan telah sengaja memungkiri janji pakatan sendiri.

    Bahkan sebilangan pemimpin dan barua pakatan telah mencipta dan menyebarkan pelbagai fitnah terhadap parti Islam PAS pimpinan ulama Islam supaya rakyat membenci PAS dan menolak PAS dalam PRU14.

    Bahkan sebilangan pemimpin pakatan telah menghina ajaran Islam dan menafikan hak umat Islam.

    Ini bererti pakatan dan kera jaan pakatan adalah pakatan munafik kerana suka berbohong, memungkiri janji dan mengkhianati amanah.

    Kesimpulan:

    Maka semua tindakan pakatan adalah tidak Islamik bahkan bertentangan dengan Islam.

    Hanya puak munafik dan puak kafir sahaja menyokong pakatan.

    Badut tersebut dinasihatkan membuang uniform ulama dan memakai pakaian badut untuk menghiburkan kanak-kanak dalam majlis harijadi @ birthday party.

    Itulah tindakan yang lebih baik dari menyerang perjuangan Islam dari dalam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pembetulan komen 11:10 PG :

      Hanya puak jahil, puak munafik dan puak kafir sahaja menyokong pakatan sekular liberal-kafir harbi.

      Padam
  4. Jawapan Dr. Mohd Rosdi Ismail memang tepat sekali...

    Cuma saya nak tambah sikit:

    1 dalam masa pemerintahan pm4 lah orang tak berdosa di Mamali telah terbunuh oleh oleh PDRM....

    2 dalam masa pemerintahan pm4 lah beratus2 orang yang tak di sumbat ke penjara tanpa di beri hak untuk membela diri

    3 mengikut LKS, DSAI dan Barry Wain, Mahathirlah adalah ketua segala perasuah di Malaysia....So bagaimana ko hak harapkan sang serigala menjaga kambing2.

    BalasPadam
  5. Semua yang di sebut oleh orang PH itu adalah betul kecuali "bohong" dan "mungkir janji". Dua point ini saja mungkin membuatkan PH tidak berada atas landasan yang lurus dan ikhlas.

    BalasPadam
  6. Saya teramat terkejut dengan hujah dan idea dari Nik Omar yang begitu rendah tahap pemikiran dan pemahaman terhadap hukum Islam, berbanding dengan ketrampilan dan status sebagai anak seorang ulamak. Point yang dikemukan adalah amat lemah dan dangkal untuk dijadikan hujan Malay amat memalukan sebagai anak Nik Aziz seorang ulamak.

    BalasPadam
  7. Orang miskin berbelanja RM1500/bulan. Kalau GST-6%. Jumlah GST/bulan adalah RM90 saja.

    Dalam masa sama orang miskin diberi bantuan tunai bulanan sebanyak RM200-300 oleh kerajaan lama.

    Ini bermakna setelah tolak GST, orang miskin masih ada lebihan wang bantuan bulanan sebanyak RM 110-210.

    Tanpa GST, orang miskin dapat jimat RM90 per bulan. Tapi bila GST batal, banyak bantuan akan turut terbatal.

    Dalam masa sama orang berada berbelanja katakanlah 2juta per bulan maka GST yang dibayar adalah RM12000 per bulan.

    Tanpa GST, yang berada, boleh jimat RM 12000 per bulan yakni satu jumlah lebih tinggi dari RM90.

    Justeru GST + bantuan tunai, membantu golongan yang susah. Sementara 0% GST melegakan golongan berada.

    Dalam konteks berkerajaan, golongan mana yang hendak dimesrakan? Yang terbeban? Atau yang no hal segala?

    Jadinya yang mana lebih Islamik: GST + bantuan tunai untuk the main street atau 0 GST untuk the wall street?

    BalasPadam
  8. ph tidak islamik dan tentang islam kerana mereka terima sebahagian ajaran islam dan menolak sebahgian yg lain ... mereka mahu tingkat ekonomi tanpa kira halalharam .. mereka terima judi arak pergaulan bebas lgbt dan lain lagi ... tapi nereka tolak hudud qisas takzir ... tapi PAS BERIMAN DENGAN SELURUH AJARAN ISLAM ... PAS TOLAK JUDI ARAK RASUAH DAN Semua perkara haram .. dan berusha melaksana segala perintah Allah dalam negara mAlaysia ... orang islam wajib terima semua ajaran islam ... terima separuh tolak separoh bukan sifat orang islam sejati

    BalasPadam
  9. Berhujah dgn mole atau sleeping agent Ikram yg diaktifkan ketika perlu, mmg akan jadi mcm ni. Ketaatan kpd parti dia adalah lebih supreme. Sehingga beza di antara Isim/Nama (Islam) dgn Sifat (Islamik) pun sudah dikelirukannya. Kalau Sifat senang2 di Isimkannya habislah semua kerja buat positif org2 kafir dalam dunia ini akan jadi Islamik dan tiada lagi negara kafir dalam dunia sebab semuanya buat kerja2 islamik. Maka negara Islam paling maju dalam dunia ini ialah China sebab berjaya memajukan ekonominya dan membenteras rasuah dalam pentadbirannya. Tak kisahlah kalau falsafah negaranya masih komunis.

    Nik Omar dari sudut ini sudah sesat lagi menyesatkan.

    BalasPadam
  10. Apa yang nik omar sebut tu kerajaan pas kelantan dah buat..tidak mengamalkan rasuah dan sebagainya.

    BalasPadam
  11. Kita tidak perlu Undang² Islam, yg kita perlu Undang² utk umatnya. Islam tidak perlu Undang² tetapi Muslim, Ummah perlu Undang².
    Cara percakapan ustaz ke ni

    BalasPadam
  12. Puak jahil murakkab, puak munafik dan puak kafir sahaja yang menolak, mempertikai, menghina dan menentang ajaran Islam dan undang-undang Allah sebab mereka fikir mereka tidak akan mati.

    Malanglah mereka kerana mereka telah ditipu dan disesatkan oleh syaitan dan iblis.

    BalasPadam
  13. Antara 73 golongan Islam yang dinyatakan oleh Rasulullah.....1 golongan jer yg layak memasuki syurga...

    BalasPadam