Header Ads

ads header

Flash News

Masalah disiplin lebih penting daripada kasut hitam


Bekas Penasihat Sosio-Budaya Kerajaan, Tan Sri Rais Yatim mempersoal kewajaran langkah Kementerian Pendidikan melaksanakan pemakaian kasut hitam bagi semua murid sekolah bermula tahun hadapan.

Katanya, beliau pelik apabila kementerian mendahulukan isu kasut hitam, sedangkan banyak lagi isu penting yang perlu ditangani termasuk masalah displin pelajar.

“Apa pentingnya murid seluruh negara tukar kasut warna hitam? Tiada hal ehwal yang lebih pentingkah? Gudang kasut tentu gembira. 7 juta murid sudah tentu berdepan dengan ekonomi RM 350-400 juta.

“Bukankah soal disiplin sekolah lebih mustahak? Bukan kasut hitam,” katanya menerusi status di Facebooknyanya hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas pengumuman Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik semalam bahawa pelajar sekolah memakai kasut hitam b

Langkah itu susulan terdapat rungutan ibu bapa mengadu dan meminta supaya anak-anak mereka tidak memakai kasut putih.


MR : Kasut hitam menyembunyikan kekotoran macam PH menyembunyikan perangai buruk mereka....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

11 ulasan:

  1. Daripada tukar pakai kasut hitam lebih baik tukar pakai baju gelap bagi perempuan. Baju putih kurang sesuai adakalanya boleh nampak tali bra. Kalau kasut putih pun tak nampak aurat. Tapi baju putih boleh kelihatan jarang dan menampakkan aurat terutama yg tak pakai tudung.

    BalasPadam
  2. Pemikiran diluar kotak ialah bukan warna kasut apa yang murid2 harus pakai. Ia adalah contohnya apa yang boleh menteri pelajaran ideakan dan sumbangkan agar perut2 semua murid2 berisi penuh sebelum dan sesudah sesi pembelajaran. Ringkasnya NUTRISI.

    Sesungguhnya pengisian perut lebih penting dari warna kasut. Perut yang kosong adalah penghalang minat pembelajaran. Justeru semua perut harus jangan kosong. Atau jangan ada yang berisi dan ada yang kosong.

    ini kerana kesamarataan nutrisi akan mengelak ketidak samarataan daya saing murid dan seterusnya mengurangkan keciciran yang ada kaitan dengan faktor sosioekonomi.

    BalasPadam
  3. Org yg berduit lbih bolehla beli kasut br wrna hitam. Lihatlah org yg d bawah sama. Golongan miskin nk kn beli kasut hitam plk, klu ank 5 org kali kan dgn 2 psg kasut dh brapa.. tu blm kira pengilang naikkan hrga kasut hitam lg sbb nk cover lost utk kasut putih yg dh x terjual..
    Bila dh ada kt ats sllu lupa yg d bawah. Yg byk kt bwh sapa? Mlyu islam jg

    BalasPadam
  4. Admin, jgn lupa siarkan artikel si maszlee suruh universiti jual plat nombor utk tmbh pndptn.

    BalasPadam
  5. Ambil positif...pemakaian kasut hitam boleh memudahkan urusan emak dan ayah dengan mudah..setuju mmg byk lagi masalah besar di sekolah spt disiplin..tapi langkah kasut hitam ni bagus juga...jgn terlalu negative pada semua perkara yg PH buat.. klau bagus bagu pujian kalau tak bagus bagi komen berhemah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bkn negatif.. dh ianya nmpk bgs pd ko, ko sokongla.. pd org lain x bgs, x sokongla.
      Kwn anon yg kt ats tu pon dh bgtaw, klau org miskin ank 5 nk kn cr duit tuka kasut br.
      Ko xpela dilimpahkan rezki lebih..
      Stakat umum nk tuka wrna kasut tanpa ambil kira kbajikan org ssh, baik xyah.

      Padam
  6. tak payah tukar kasut beri pilihan pada pelajar samaada nak puteh atau hitam

    BalasPadam
  7. Xyah beli kasut hitam....yg kasut putih lama tu cat warna hitam.

    BalasPadam
  8. Apa nama menteri pendidikan dengaq rungutan ibubapa apa nama kasut anak2 mereka selalu kotoq. Apa nama jadi perlu la ditukar kasut hitam. Apa nama tukang kebun Di sekolah2 juga selalu merungut apa nama didnding2 sekolah yg penuh dengan kotoran apa nama dan conteng pelajar nakal apa nama disarankan jugak menteri untuk mengecat semua sekolah apa nama dengan warna hitam jugak.

    BalasPadam
  9. Ada PhD, mental tadika

    BalasPadam
  10. Elok menteri ambil tahu makan apa yg dijual dikantin sekolah..sebab sekarang ramai murid2 terdedah kepada penyakit lebih awal dr usia...sepatutnya makan ringan atau segera diharamkan dijual disekolah..

    BalasPadam