Header Ads

ads header

Flash News

Mahkamah arah jabatan agama jangan ganggu Ahmadiah... Mana Mujahid?


SHAH ALAM: Perjuangan 4 tahun komuniti kecil pengikut fahaman Ahmadiah untuk mendapatkan hak menjalankan ibadat tanpa diganggu pihak berkuasa agama Islam Selangor mendapat kejayaan hari ni.

Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Vazeer Alam Mydin Meera, memberikan keputusan yang menyebelahi permohonan semakan oleh 39 pengikut fahaman itu, atas dasar pihak berkuasa agama Islam di Selangor tidak mengiktiraf Ahmadiah sebagai orang Islam.

Mahkamah merujuk kepada fatwa yang diwartakan di Selangor pada 2001 yang mengisytiharkan pengikut ajaran itu sebagai sesat, oleh itu Jabatan Agama Islam Selangor tiada bidang kuasa untuk menyiasat dan mendakwa mereka atas kesalahan bawah Enakmen Jenayah Islam Negeri.

“Segala perintah untuk tampil di Mahkamah Syariah untuk menghadapi pendakwaan juga dibatalkan,” kata Vazeer ketika membaca keputusan mahkamah.

Vazeer juga memerintahkan ketua pendakwa raya syariah dan pejabat penguatkuasa agama untuk menghentikan pendakwaan dan siasatan terhadap 39 pemohon tersebut.

Lima defenden iaitu ketua pegawai penguatkuasa agama, pegawai penyiasat, Jais, ketua pendakwa syariah negeri dan kerajaan Selangor juga diarah membayar kos semua pemohon sebanyak RM25,000.

Empat tahun yang lalu, 39 orang pengikut fahaman Ahmadiah memfailkan semakan kehakiman selepas Jais menangkap ahli-ahli komuniti itu.

Mereka yang ditangkap termasuk 8 pemohon suaka dari Pakistan, 2 orang warga India, 1 warga Indonesia dan 3 anak kecil pada 11 April 2014 kerana bersembahyang Jumaat di rumah ibadah kelolaan mereka di Batu Caves, Selangor.

Kumpulan itu dimaklumkan mereka tidak mendapat kebenaran bertulis untuk menggunakan premis itu bagi tujuan yang hanya boleh dijalankan di dalam atau oleh masjid, lalu menyalahi Seksyen 97 Pentadbiran Enakmen Agama Islam (Negeri Selangor) 2003.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memberikan kebenaran untuk memfailkan semakan kehakiman terhadap penahanan mereka pada Ogos 14, 2014, sebelum perbicaraan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Shah Alam pada September 15, 2015.

Bukan kes murtad

Sementara itu, peguam 39 pemohon berkenaan, Aston Paiva berkata, intipati keputusan mahkamah hari ini ialah pengikut fahaman Ahmadiah dapat menjalankan urusan keagamaan mereka tanpa gangguan pihak berkuasa agama Islam.

Aston berkata komuniti Ahmadiah harus dibenarkan mengamalkan kepercayaan mereka kerana kerajaan Selangor tidak menganggap mereka sebagai orang Islam.

Beliau menambah Jais juga tidak boleh mendakwa ahli-ahli komuniti itu dengan kesalahan syariah kerana ia menganggap pengikut fahaman Ahmadiah tidak menganut agama Islam.

“Ini bukan kes murtad di mana mereka mengatakan bahawa mereka meninggalkan Islam,” katanya.

“Itu tidak boleh berlaku terhadap seseorang pengikut Ahmadiah. Seorang pengikut Ahmadiah tidak akan mengatakan bahawa mereka bukan lagi Islam.”

Pengikut Ahmadiah, atau juga digelar Qadiani, berbeza dalam beberapa perkara dengan aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah, antaranya mempercayai pengasas fahaman itu, Ghulam Ahmad adalah Imam Mahdi.

“Dengan erti kata lain, kerajaan memperlakukan mereka sebagai orang bukan Islam, jadi mereka hanya perlu diperlakukan sebagaimana mereka mahu.

“Di satu pihak, anda mengatakan mereka bukan orang Islam; Sebaliknya, anda menangkap mereka dan membawa mereka ke Mahkamah Syariah untuk menghadapi pertuduhan,” tambah Aston, merujuk kepada pihak berkuasa agama Selangor.

Pemangku Presiden Jemaah Ahmadiah, Saripudin Bujing, ketika ditemui lega dengan keputusan mahkamah hari ini.

“Sepanjang tempoh empat tahun ini, kami terpaksa menyewa satu ruangan di tempat lain untuk menunaikan sembahyang Jumaat. Kerana itu kewajipan kita sebagai umat Islam. Jadi kita menjalankan ibadat kita di tempat yang kita sewa itu.

“Kita juga berharap kerajaan baru ini akan mengendalikan kami dengan adil sesuai dengan prinsip di bawah Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak kebebasan beragama,” beliau berkata.

Saya ingin tanya pengikut parti AMANAH adan juga pertubuhan IKRAM adakah Qardiani (Ahmadiah) ni Islam ke? Atau kamu dah berubah ijtihad setelah kamu sokong Mahathir?

MR : Mujahid ni kalau bercakap hebat, ni tugas kamu nak tahu juga kamu jenis "lalang" atau tidak dalam faham agama, kerana ramai orang jual agama untuk dapat jawatan dan pangkat....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

6 ulasan:

  1. Dalam hal ini, ia bertepatan dgn apa yg Maza ckp tentang syiah.. Apabila ada pihak yg mendesak agar jabatan agama mengishtiharlan bahawa mereka bukan Islam, tetapi kafir.. Maka Maza mengatakan, bahawa jika demikian, kita tidak blh mengambil tindakan undang2 syariah ke atas mereka..

    BalasPadam
  2. Di zaman nabi, ada sebuah masjid yang diberi nama Al-Dirar yang telah dihancurkan oleh para sahabat kerana dipenghuni oleh orang munafiq. Mungkin zaman sekarang ini tak boleh dilakukan hal sedemekian tapi sepatutnya dilayan mereka seperti orang kafir yang lain.

    1. Pengunaan nama Allah tidak boleh digunakan kalau bercanggah dengan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah.
    2. Perkataan Masjid tidak boleh digunakan ditempat ibadah mereka.
    3. Kalau mereka Bumiputera Islam, hak hak keistimewaan mereka haruslah ditarik balik.
    4. Semak balik status perkahwinan.
    5. Status perhubungan anak dengan mereka.
    dll.

    BalasPadam
  3. Layakkah Mujahid Menjadi Menteri Agama?

    LGBT: Pandangan Menteri Agama silap

    KENYATAAN YB Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) mengenai perlakuan Lesbian, Gay, Biseksual, dan Transgender (LGBT) adalah bersalahan dengan sudut pandang Islam dan peruntukan Undang-undang Negara.

    https://www.harakahdaily.net/index.php/berita/15-tanah-air/7238-lgbt-pandangan-menteri-agama-silap

    BalasPadam
  4. Jika rejim pakatan melakukan kezaliman dan penindasan ke atas agama Islam, ulama Islam , institusi Islam dan umat Islam, semua barua, pengundi dan pemimpin pakatan akan menanggung dosa besar dan mereka akan menerima pembalasan neraka kecuali mereka bertaubat pada Allah, kembali kepada Islam dan meninggalkan semua kemungkaran dan kesesatan.

    Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallambersabda;

    اسْمَعُوا، هَلْ سَمِعْتُمْ أَنَّهُ سَيَكُونُ بَعْدِي أُمَرَاءُ؟ فَمَنْ دَخَلَ عَلَيْهِمْ فَصَدَّقَهُمْ بِكَذِبِهِمْ وَأَعَانَهُمْ عَلَى ظُلْمِهِمْ فَلَيْسَ مِنِّي وَلَسْتُ مِنْهُ وَلَيْسَ بِوَارِدٍ عَلَيَّ الحَوْضَ

    "Dengarkanlah, apakah kalian telah mendengar bahwa sepeninggalanku akan ada para pemimpin? Siapa yang masuk kepada mereka, lalu membenarkan kedustaan mereka dan menyokong kezaliman mereka, maka dia bukan golonganku, aku juga bukan golongannya. Dia juga tak akan menemuiku di telaga." (HR Tirmidzi, Nasai dan Al Hakim).

    Jika anda bukan umat Nabi Muhammad S.A.W. , anda umat siapa? Apakah nasib anda di akhirat nanti?

    BalasPadam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  6. Setuju. Kalau pengikut Ahmadiyyah sudah diwartakan sbg kafir, maka jabatan agama Islam negeri2 kenalah menganggap mereka sbg kafir dan dilayan sbg kafir termasuklah urusan nikah kahwin dan tanam jenazah mereka di perkuburan bukan Islam. Dan mahkamah syariah juga tiada bidangkuasa ke atas mereka. Kecuali dpt dibuktikan mereka pernah menjadi muslim sblm memjadi ahmadiyah, di mana mereka kena dibicarakan sbg murtad di mahkamah syariah.

    BalasPadam