Header Ads

ads header

Flash News

Mahathir dah tegur tapi Menteri dan MP Kerajaan degil


Anggota Parlimen diperuntukkan sejam setengah untuk berehat dan makan tengah hari semasa sidang Dewan Rakyat.

Walau bagaimanapun, ini tidak mencukupi sehingga menyaksikan sidang pada sebelah petang terpaksa ditangguhkan selama lima minit apabila wakil rakyat daripada pihak kerajaan gagal memenuhi kuorum minimum 26 anggota.

Apabila loceng dibunyikan menandakan berakhirnya waktu rehat dan makan tengah hari, Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohammad Ariff Md Yusof masuk ke dewan dan meminta Datuk Noor Azmi Ghazali (Bebas-Bagan Serai) untuk menyambung perbahasannya.

Walau bagaimanapun, Datuk Alexander Nanta Linggi (PBB-Kapit) kemudian menyoal speaker sama ada kuorum untuk Dewan Rakyat telah dipenuhi.

Beliau memetik Peraturan Mesyuarat berhubung perkara tersebut.

"Malah menteri dan timbalan menteri juga belum masuk," katanya.

Situasi itu menyebabkan Datuk Seri Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) secara berseloroh mengingatkan penyokong kerajaan tentang kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang tidak berpuas hati dengan prestasi kehadiran menteri dan timbalan menteri dalam sidang Dewan Rakyat semalam.

“Apalah... baru perdana menteri tegur semalam,” katanya.

Ini mendorong sekretariat parlimen untuk membunyikan loceng sekali lagi, sebelum cukup anggota Parlimen mula masuk semula bagi membolehkan sidang diteruskan.


MR : Sedikit sebanyak nak mula rasa selesa, dah mula nak ikut perangai BN.. lagi pun ramai asal daripada BN....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

2 ulasan:

  1. Kan Ngeh Kepala Komeng dah beritahu dalam kempen PRU lalu... Bahawa Pakatan Hanjing perlukan 4 orang bukan untuk berkhidmat tetapi untuk melengkapkan set meja mahjong saja. Muahahaha

    BalasPadam
  2. Puak pakatan tidak takut pada PM yang mempunyai hanya 12 atau 13 kerusi parlimen sahaja. Sebab itulah 'Menteri dan MP Kerajaan degil' ! Maka siapakah yang menjadi boneka kepada siapa sekarang?

    BalasPadam