Header Ads

ads header

Flash News

Mahathir cuba tarik ahli PAS dan UMNO sertai Amanah & Bersatu


GEORGE TOWN: Barisan anggota Kabinet Dr Mahathir mungkin menggambarkan strategi untuk menarik ahli PAS dan Umno menyertai Amanah dan PPBM, kata penganalisis politik Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi.

Awang Azman berkata, barisan Kabinet itu jelas membayangkan kuasa Dr Mahahir sebagai perdana menteri untuk membuat pilihannya sendiri kerana tidak semua calon yang dicadangkan oleh parti komponen Pakatan Harapan (PH) diterima beliau untuk lantikan.

Walaupun secara kolektif PKR dan DAP memenangi 73.6% kerusi Parlimen PH, mereka hanya mendapat 50% jawatan Kabinet.

“Ini kerana beliau mahu memberi lebih banyak kerusi kepada Amanah dan PPBM supaya lebih ramai ahli PAS dan Umno meninggalkan parti masing-masing dan menyertai Amanah dan PPBM,” kata Awang Azman.

“Tentulah langkah ini menimbulkan tidak puas hati dalam DAP dan PKR, tetapi selagi Dr Mahathir menjadi perdana menteri, beliau mempunyai kuasa membuat pilihan dan keputusan yang difikirkanya terbaik, dan menarik lebih ramai orang menyertai Amanah dan PPBM,” katanya kepada FMT.

Awang Azman, pensyarah di Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya berkata, ramai ahli PAS yang menyertai Amanah, kini merupakan menteri dan timbalan menteri. Mereka yang dipecat daripada Umno oleh bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak, juga menjadi menteri besar dan menteri kanan.

Sebelum ini Ketua Pemuda DAP, Wong Kah Woh mempersoalkan kenapa hanya ada 6 menteri daripada DAP, dengan berkata angka itu tidak menggambarkan “aspirasi rakyat” kerana DAP mempunyai kerusi kedua paling banyak dalam kalangan parti komponen PH.

Wong juga berkata Dr Mahathir gagal menghormati cadangan yang dikemukakan parti komponen.

Namun begitu, Awang Azman percaya “Dr Mahathir mempunyai formula dan kriteria sendiri dalam tindakan dan pilihan beliau” serta telah mengambil masa untuk memutuskan tentang Kabinet tersebut kerana “mahu menunjukkan beliau serius dalam perkara itu”.

Beliau berkata, terdapat beberapa calon lain seperti Husam Musa dariada Amanah dan pakar strategi DAP Liew Chin Tong, yang dikatakan sedang dipertimbangkan oleh Dr Mahathir untuk lantikan tambahan.

Awang Azman berkata, sesetengah pilihan tampak menggambarkan kuasa Dr Mahathir dalam membuat lantikan Kabinet.

Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen tidak dipilih sebagai menteri tetapi dilantik sebagai timbalan menteri perdagangan, walaupun pemimpin veteran parti itu, Lim Kit Siang ketika berkempen pilihan raya Mei lepas berkata, Chong patut dilantik sebagai menteri.

“Chong merupakan Ahli Parlimen 4 penggal, sementara individu seperti Baru Bian dan lain-lain baru satu penggal, tetapi dilantik sebagai menteri kerjaraya. Jelas kelihatan Dr Mahathir, sebagai perdana menteri, mempunyai lebih banyak kuasa dalam membuat keputusan,” kata beliau.


MR : Itu alasan sahaja, percaturan Mahathir ialah mengukukuhkan Bersatu yang hanya ada 13 MP sahaja. Jika Mahathir mati adalah Bersatu kekal dominan?....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

4 ulasan:

  1. Yang dibayangkan adalah apa yang akan berlaku selepas jawatan berpindah tangan 2 tahun akan datang. Itu saja menuntut satu persediaan awal dan jalan pintas adalah salah satu pilihan yang lojikal bagi mengekalkan peratusan penguasaan. Lagipun bila dah mengantuk disurungkan bantal, kenapa nak tolak.

    BalasPadam
  2. Biasanya Kabinet Dapur akan diubahsuai selepas 5 tahun apabila pemilikan rumah berpindah tangan.

    Bila perjanjian sudah dimetrai, pemilikan rumah akan berpidah tangan dalam 2-3 tahun, ubahsuai akan menyusul.

    Ikutkan kenormalan, stok2 lama akan masuk stor sementara stok2 baru akan masuk Kabinet Dapur yang telah diubahsuai.

    BalasPadam

  3. Harapan Mahathir untuk melihat lebih ramai penyokong UMNO masuk PPBM mungkin hanya tinggal harapan sajalah ..... melihat kepada manifesto PH yang tidak dapat di tunaikan beserta dengan tindakan penguatkuasa menggeledah rumah Najib secara melampau.... Saya fikir sebaliknya akan berlaku..... Iaitu penyokong BN dalam yang mengundi PH dalam pru14 akan balik semula ke pangkuan BN. Sebenarnya jumlah ahli UMNO adalah seramai 3.7 juta, BN hanya dapat 3.2 undi sahaja (di Semenanjung) bermakna masih ramai lagi ahli UMNO yang termakan janji2 kosong PH dulu dan seterusnya mengundi PH dalam PRU 14.

    Orang Islam tidak seharusnya kena tipu dua kali.

    BalasPadam
  4. LGBT: Pandangan Menteri Agama silap

    KENYATAAN YB Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) mengenai perlakuan Lesbian, Gay, Biseksual, dan Transgender (LGBT) adalah bersalahan dengan sudut pandang Islam dan peruntukan Undang-undang Negara.

    https://www.harakahdaily.net/index.php/berita/15-tanah-air/7238-lgbt-pandangan-menteri-agama-silap

    BalasPadam