Header Ads

ads header

Flash News

Kerajaan PH tidak tahu ke berkenaan data ambilalih tol?


Kos nak mansuhkan Tol . Atleast RM30billion diperlukan untuk tujuan pengambilalihan . Itu kos paling sedikit kerajaan perlu bayar untuk ambil alih 5 konsesi . 5 konsesi tersebut adalah PLUS , Lebuhraya kulim butterworth , Link Kedua , Penang Bridge dan Expressway lingkaran tengah . Konsesi lain xmasuk lagi .

Semasa nak ambil alih PLUS expressway Berhad ( PEB ) , sukuk terbesar dalam dunia telah diterbitkan . Sukuk tersebut bernilai RM30billion , IMTN , Coupon rate 5% , temph matang 27 tahun . Tahun diterbitkan 2012 . Sekarang ni tahun 2018. Bond tersebut ada balance 21 tahun lagi. Kalau kerajaan nak tebus balik bond tersebut , kerajaan perlu membayar future interest sekali . So kita boleh cakap minimum yang perlu dibayar untuk tebus bond tersebut kerajaan perlu membayar RM45billion .
Itu baru untuk 5 konsesi , ada berpuluh lagi konsesi yang perlu diselesaikan . Total kos untuk mansuhkan semua tol menelan belanja ratusan billion . Kos lain yang perlu diambil kira , kos maintainance . Kos maintainance untuk PLUS highway sahaja memerlukan RM1billion untuk kos penyelenggaraan dan total untuk selenggara kesemua lebuh raya dalam Malaysia akan menelan belanja RM8-9billion .

Kerajaan PH tidak tahu ke berkenaan data ini semua ? Tidak . Data ni semua ada dekat public domain . Kos maintenance PLUS boleh rujuk jawapan dalam dewan rakyat , bond yang diterbitkan boleh tengok dekat laman web SC , kos penyelenggaran highway lain boleh tengok dekat laman web bursa malaysia . Pemegang konsesi kebanyakkan public listed company . Litrak , ecovest , SILK ni semua boleh tengok dekat laman web bursamalaysia .

Itu namanya menanam tebu dipinggir bibir . Pandai berjanji tapi liat nak tepati janji .

P/S - Tiada reference diletakkan tapi saya ada bgtau macam mana nak buat rujukan . So boleh cuba la buat rujukan sendiri .


MR : Politik manipulasi bukan berniat untuk membantu tetapi untuk berkuasa....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

4 ulasan:

  1. Mana boleh nak hapuskan tol.tokey2 konsesi tol lepas b.n kalah,depa beralih cari pemimpin pakaturn pulak yg memang dh bersiap sedia untuk ambil tokey2 ni jd kroni depa. Penjelasan mudah adalah segala tokey2,taikun2,jutawan2 dan bilionwan sedia jd kroni dgn sapa2 yg mentadbir kerajaan malaysia.malaysia baru la sangat...

    BalasPadam
  2. "Besok berkuasa besok juga tol tak perlu bayar".

    Tengkorak atuk ang.

    Awat ang nak beli pondok tol boleh pakai ayaq lioq saja. Mengong.

    Mengongx2 kalau ingat masuk putrajaya saja dah ada duit standby kat situ

    Ang kaki mohong!

    Berbohong dah jadi darah daging ang

    Yang membenarkan diri dibohongi juga boleh jadi darah daging

    Pembohong berulang kali boleh dapat 'latuk'

    Membenarkan diri dibohongi banyak kali dapat apa?

    Ya mari ketawakan beramai-ramai!

    Kahkahkahkikkikkikkukkukkuk



    BalasPadam
  3. Hendak seribu daya. Yen tengah murah boleh guna untuk kurangkan kos pinjaman sedia ada. Apado hal. Rupiah lagilah murah. Tapi kalau berdolak-dalik, memang sah tak mahu tunaikan janji pun. Nak buat apa? Lua fikirlah sendiri.

    BalasPadam
  4. Yang penting tukar dulu yang lama....60thun daaa elok la insaf

    BalasPadam