Kami berjanji untuk beri royalti seperti yang dijanjikan dulu, tidak akan ada penyelewengan
KUALA LUMPUR: Kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan menunaikan janji untuk memberi royalti minyak kepada Kelantan termasuk negeri pengeluar minyak yang lain.
Bagaimanapun Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata dana tersebut hanya disalurkan terus kepada kerajaan negeri jika ia digunakan untuk rakyat, bukan bertujuan memperkukuhkan kedudukan politik.
“Kami berjanji untuk beri royalti seperti yang dijanjikan dulu, tidak akan ada penyelewengan tapi kami berharap royalti diguna untuk kebaikan negeri dan tidak disalah guna untuk kuatkan parti dan lain-lain.
“Ini bukan hak Kelantan dan Terengganu sahaja, ia terkena semua kawasan dan negeri yang keluarkan minyak berdasarkan keuntungan,” katanya merujuk pemberian royalti sebanyak 20% termasuk Sarawak.
Dr Mahathir berkata demikian menjawab soalan tambahan daripada Ahli Parlimen Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS-Rantau Panjang)
Sebelum ini, kerajaan Kelantan menghargai persetujuan kerajaan persekutuan memberi royalti minyak kepada negeri itu berdasarkan kenyataan perdana menteri pada mesyuarat Majlis Kewangan Negara 2018, bulan lepas.
Dr Mahathir berjanji jika PH menang Putrajaya, mereka tidak melakukan sikap pilih kasih dengan menafikan hak negeri yang diperintah pembangkang.
MR : Banyak kali Mahathir berjanji tentang royalti, tapi Mahathir ni ada rekod cakapnya bukan boleh digunapakai sangat....
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/






©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
IKLAN BERBAYAR :

wow...apa maksud tua kutuk ni?“Kami berjanji untuk beri royalti seperti yang dijanjikan dulu, tidak akan ada penyelewengan tapi kami berharap royalti diguna untuk kebaikan negeri dan tidak disalah guna untuk kuatkan parti dan lain-lain".
BalasPadamMaksudnya wang itu bukan royalti. Royalti tidak ada syarat. Tapi bila wang itu 'milik' Pakatan Hasaddengki, ada syarat yang ditetapkan. Melutut!
Padamdulu yg rompak royalti minyak terengganu dan guna untuk projek mega pun tua kutuk tak sadar diri ni juga. pertahankan islam dulu la,baru boleh janji nak bg macam2.
BalasPadamGolongan sasar mungkin boleh berlapang dada dengan kenyataan dari MoI tapi tidak para pembedek, ampul, pengipan, kronik dan para pendengkit yang berada dalam kabinet dapur yang sama.
BalasPadamAda ura2 untuk Syr Petrol Nasional mengurangkan pemilikan saham. Mungkin ia menjadi GLC dengan saham milikan pusat sekadar 70%!
BalasPadamKalau itu jadi realiti. Dan kalau difikir2kan, apakah 20% royajelly akan jadi kenyataan atau terus jadi buruan!
aduh..atok..ckp atok boleh caya ke..janji atok boleh pakai ke..manifesto pun janji juga atok..tp atok dah tukar kata manifesto tgok dulu boleh buat baru buat ..tak boleh duduk diam2 ..rakyat yng undi PH melopong dan terus terlopong lopong...
BalasPadamBila tiba masa nak bagi nanti, mcm biasalah, madey akan cakap manifesto bukan kitab bible.
BalasPadamdulu dia bagi royalti pd terengganu satu tahun ... lepas tu takdak terus .. boleh dgr cakap dia tapi pcaya kena tengok dulu ... sbb dia banyak kona kona ...
BalasPadam