Header Ads

ads header

Flash News

Jika Kami Gagal Atau Mungkir Janji Tolaklah Kami - Tun Dr Mahathir


KATA PENGANTAR MANIFESTO PAKATAN HARAPAN
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Buku ini mengandungi janji-janji kami PAKATAN HARAPAN kepada rakyat Malaysia apabila menubuh Kerajaan. Inilah dasar dan tindakan-tindakan yang akan kami laksana untuk memulih semula dan MEMBINA NEGARA serta MEMENUHI HARAPAN rakyat.

Saya mewakili seluruh anggota Pakatan Harapan dengan rendah diri dan tawakkal kepada Allah Ta’ala menawarkan diri untuk menggalas tanggungjawab berat ini. Kami merayu agar rakyat memberi kami peluang untuk membuktikan kebolehan kami untuk memperbaiki negara untuk rakyat. Dengan terbitnya buku ini, kami juga dengan penuh tanggungjawab menyatakan bahawa kami sanggup dihakimi oleh rakyat sejauh manakah kami berjaya memenuhi janji-janji ini. Jika kami gagal atau mungkir janji tolaklah kami melalui proses demokrasi.

Manifesto ini komprehensif dan meliputi setiap perkara yg penting bagi rakyat terbanyak, terutamanya golongan yang memerlukan. Sepanjang masa kami bersedia ditegur dan mendengar pendapat rakyat.

Dalam menyediakan manifesto ini, kami telah berunding dengan banyak pihak dari pelbagai lapisan masyarakat. Saya berterima kasih kepada semua yang memberi sumbangan idea yang bernas dan berharga.

Inilah manifesto yang mencerminkan harapan rakyat, yang ditulis berdasarkan cadangan dan suara rakyat, setelah kami mendengar keluh kesah rakyat.

Sesungguhnya negara tercinta ini berada dalam keadaan cemas kerana kesalahan-kesalahan Kerajaan sekarang. Kita tidak boleh harap Kerajaan ini akan betulkan kesalahannya sendiri. Yang boleh betulkannya ialah Kerajaan baru yang berwibawa dan membuat janji-janji yang munasabah dalam manifestonya. Perubahan Kerajaan boleh betulkan kesalahan Kerajaan sekarang, tetapi pengekalan Kerajaan sekarang akan merosakkan lagi negara. Pemilihan berada di tangan rakyat.

DR MAHATHIR BIN MOHAMAD
Putrajaya
8 Mac 2018


MR : Sejarah 22 tahu telah membenarkan bahawa Mahathir cakapnya tak boleh percaya....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

3 ulasan:

  1. matlamat dah sampai jadi tak kisahlah apa nak jadi

    BalasPadam
  2. Skrg rakyat blh la nilai n hukum kerajaan baru slps apa yang di hidangkan kpd kita semua .

    BalasPadam
  3. Sebelum PPRU14 lagi kita dah tahu barua-barua dan pemimpin-pemimpin pakatan adalah puak putar alam yang suka 'kencing' rakyat dengan pelbagai janji palsu dan fitnah kerana mereka tahu pakatan tidak boleh menang tanpa janji palsu atau fitnah.

    Sebilangan barua-barua dan pemimpin-pemimpin pakatan yang terdiri dari puak evangelis dan khadam-khadam mereka telah memusuhi dan menghina agama Islam dan menafikan hak umat Islam. Malangnya terdapat umat Islam yang bodo mengundi musuh-musuh Allah dan menolak parti Islam PAS yang berjuang menegakkan Islam.

    Pada muka pengundi-pengundi pakatan kerana sekarang mereka hanya mampu menelan kahak sendiri sahaja ! Kasihan.

    BalasPadam