Header Ads

ads header

Flash News

Jahil Perlembagaan punca sokong UEC kata Dr. Khoo Kay Kim


KUALA LUMPUR – Pemimpin-pemimpin kerajaan yang berusaha untuk mengiktiraf
Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) disifatkan sebagai jahil tentang Perlembagaan Malaysia.

Tokoh sejarah, Professor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim berkata, jika mereka memahami tentang Perlembagaan Malaysia sudah tentu usaha untuk mengiktiraf UEC tidak dilakukan.

Katanya, mana-mana pihak tidak perlu menggunakan alasan pengiktrafan UEC oleh negara-negara luar untuk ‘membawa’ ia dalam sistem Malaysia kerana ia amat bertentangan dengan Perlembagaan.

Apabila disebut bertentangan dengan Perlembagaan membawa maksud mana-mana undang-undang yang bertentangan dengan Perlembagaan adalah tidak sah.

“Kenalah menghormati Perlembagaan negara. Itu wajib. Kalau pemimpin tidak menghormati Perlembagaan mereka telah memberi isyarat yang salah kepada generasi muda. Jangan kita mengajar generasi muda, generasi masa depan tidak menghormati undang-undang negara.

“Fahami Perlembagaan, hayati Rukun Negara. Rukun Negara bukan sekadar jadi sebutan tetapi perlu disematkan di hati, di jiwa. Bila kita menghayati semua ini, jati diri, semangat cintakan Malaysia kuat dan tanggungjawab terhadap negara bangsa teguh.

“Bila semuanya kuat, tidak akan melakukan sesuatu yang merepek, yang boleh meruntuhkan apa yang dipertahankan selama ini. Kalau pemimpin tidak tahu menghormati undang-undang negara, memang susahlah,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Khoo berkata, kerajaan jangan melihat penentangan pengiktirafan UEC sebagai satu bentuk prejudis kepada mana-mana kaum tetapi lihat ia sebagai satu penghormatan dalam mempertahankan sistem sebuah negara.

Sambil menyifatkan situasi yang berlaku ini sebagai ‘hasil’ terlalu mengutamakan subjek-subjek yang berkemahiran tinggi seperti sains dan matematik, Khoo mengakui beliau sedih apabila wujud segelintir pemimpin dan generasi muda yang tidak tahu tentang sejarah Malaysia.

Jelasnya, Malaysia yang dahulu dikenali sebagai Tanah Melayu adalah sebuah negara hebat.

Dalam negara-negara di bawah empayar Birtish, Tanah Melayu adalah tanah jajahannya yang paling kaya, mengatasi India dan Australia, lantaran itu negara ini sering menjadi perhatian dunia.

Malah, dalam sejarah juga tercatat Tanah Melayu pernah menjadi juara badminton dunia dalam tahun 1949.

Tanah Melayu juga pernah mengambil bahagian dalam sukan olimpik sebelum negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.

“Tahun 2018 Croatia memasuki Piala Dunia, tapi di mana Malaysia sekarang? Tatkala negara lain berlumba-lumba mengejar kehebatan, kita masih berjuang tentang UEC, tentang bahasa, masih ada pula yang tidak memahami Perlembagaan,” katanya.

Jelas beliau, Singapura yang maju dalam aspek ekonomi, rakyatnya berjaya menguasai bahasa Inggeris dengan baik pun, kalau ditanya apa bahasa kebangsaan mereka, jawapan mereka tetap sama iaitu bahasa Melayu.

Itu jelas menunjukkan kemodenan dan status negara tidak boleh dijadikan alasan mengubah jati diri rakyat dan sistem sesebuah negara.

Ditanya apakah harapannya dalam isu UEC, Khoo berkata: “Pemimpin yang berada dalam kerajaan perlu sedar, mereka bukan individu yang dipilih untuk memberi arahan tetapi berkhidmat kepada rakyat dan negara".

“Zaman dahulu, gabenor-gabenor negara dalam surat rasmi mereka akan menggunakan perkataan “I am obedient servant’. Itulah sebenar kedudukan pemimpin dan penjawat awam.

“Anda berkhidmat kepada rakyat, jadi berkhidmatlah sebaik-baiknya dan bukan memberi arahan,” tegasnya.


MR : Cina yang faham perlembangaan pun tahu mana yang betul....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

8 ulasan:

  1. Kalau Pakatun berjaya pun menjadikan UEC diiktiraf skrg, mereka kena pastikan pengiktirafannya berkekalan walaupun kerajaan lain yg ambil alih drp Pakatun selepas ini. Adakah Pakatun boleh menjaminnya? Dgn suasana spt skrg, jawapannya adalah TIDAK. Sbb tak sampai 100 hari pun Pakatun berkuasa, kebencian majority melayu kpd bangsa yg duduk di belakang Dap tersangatlah kuat. Sekiranya UEC ditarik balik pengiktirafannya selepas sepenggal atau 2 penggal Pakatun berkuasa, di mana ini hampir pasti berlaku, kesannya sgt besar kpd anak2 bangsa yg terlibat dgn sijil tsb.

    BalasPadam
  2. kaalu pakatan haram ni kalah hapuskan jee sjk

    BalasPadam
  3. Jahil + jahat = penyokong UEC

    BalasPadam
  4. Hapus sjk tambah tahfiz dan sekolah agama dan anak anak pakatan haram masuk sekolah kebangsaan.Kalau teringin dikenali sebagai bangsa malaysia letak nama anak berunsur melayu ..kuntum..bunga..awangkit siang ke mat gone end ke.Abu ram karpal..baru boleh dipanggil bangsa malaysia.

    BalasPadam
  5. No to UEC .

    Ramai yang jahil tentang PERLEMBAGAAN. Manusia jenis ni bukan bodoh, malah masing-masing ada agenda sendiri.
    PELAJARAN tentang PERLEMBAGAAN NEGARA, RUKUN NEGARA patut dititikberatkan supaya dapat diterapkan ke dalam jiwa anak bangsa Malaysia.

    Hapuskan sekolah swasta (independent school) selain aliran sk yang ada, kalau perlu...tukarkan sjk ke sk. Martabatkan sekolah tahfiz @ maahad & sekolah pondok.

    Wajibkan RUKUNEGARA dan PERLEMBAGAAN NEGARA (ditulis secara ringkas dibelakang setiap buku tulis anak-anak).

    IKTIRAF UEC. IKTIRAF SEMUA SEKOLAH TAHFIZ @ MAAHAD & SEKOLAH PONDOK.

    Ini Negara Islam.
    Bukan negara rojak !

    BalasPadam
  6. Inilah contoh cina yg tidak rasis. Faham ttg perlembagaan mlysia dan cinta malaysia bkn sekadar di mulut.
    Sgt tidak ramai cina yg mcm ni sbb tidak ada pemahaman ttg sejarah trmasuklah mlyu hipokrit.

    BalasPadam
  7. pemimpin melayu bn jual bangsa sendiri untuk undi dan duit dari bukan melayu. pemimpin melayu pakaturn jual agama dan bangsa sendiri untuk undi dan duit dari bukan melayu.

    BalasPadam