Header Ads

ads header

Flash News

Gerai burger usang tempat berteduh dua beranak


MELAKA: Pihak berkuasa menemui seorang ibu dan anak lelakinya yang berusia tujuh tahun, tidur di sebuah gerai burger usang.

Difahamkan mereka tidur dan menjadikannya sebagai 'rumah' di dalam ruang kecil itu selama dua bulan.

'Kediaman' mereka itu terletak di Balai Panjang di sini.

Kanak-kanak itu disedari pasukan The Star semasa melakukan tugasan di kawasan itu, sebelum memaklumkan perkara tersebut kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kesidang, Allex Seah.

Dia kemudian dibawa oleh pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan ditempatkan di sebuah rumah.

Budak lelaki itu dari keluarga yang bercerai, tinggal bersama ibunya yang berusia 33 tahun.

Bapanya disabitkan kesalahan mencuri tiga tahun lalu.

Kanak-kanak tersebut yang tidak bersekolah, mempunyai empat lagi adik-beradik yang ketika ini ditempatkan di rumah perlindungan di bawah JKM.

Pegawai penguat kuasa Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Melaka yang turut serta dalam kunjungan Seah, mendapati ibu kanak-kanak itu positif dadah.

AADK kemudian membawa wanita berkenaan yang mengandung tujuh bulan, untuk pemulihan.

MR : Sebelum kalau isu Kelantan, heboh machai PH serang kerajaan PAS Kelantan. Hari ini kerajaan PH perlu perihatin untuk mendapat maklumat kadang kala ada rakyat terbiar yang kita terpandang


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

2 ulasan:

  1. Macai-macai ternakan abang besar roket sibuk mencipta dan menyebarkan pelbagai fitnah untuk memburuk-burukkan negeri Kelantan dan Terengganu yang diperintah oleh parti Islam PAS sedangkan masalah sosial juga wujud di negeri lain di Malaysia.

    Ini membuktikan barua-barua roket dan boss mereka adalah kepala bapak hipokrit @ munafik kerana mereka hanya melihat kuman di seberang laut tetapi enggan melihat gajah di depan mata.

    BalasPadam
  2. Di negeri ketua menteri syiah boneka dap ni.... jabatan kebajikan,zakat melaka sibuk temuduga calon sijil uec kot bagi jawatan2 kosong terbaru 2018?janji dapat bodek cina,bangsa sendiri terabai pun tak apa.

    BalasPadam