Header Ads

ads header

Flash News

Baru Bian diberi taklimat tentang projek di P Pinang kecuali terowong


Kerajaan Pulau Pinang semalam memberi taklimat kepada Menteri Kerja Raya, Baru Bian, tentang projek-projek penting di negeri itu, tetapi projek terowong dasar laut dan 3 laluan berkembar yang menelan belanja RM6.3 bilion tidak ditimbulkan.
Exco Kerja Raya dan Utiliti, Zairil Khir Johari berkata projek-projek itu tidak ditimbulkan dalam mesyuarat 30 minit dengan Baru pagi tadi, yang turut dihadiri Ketua Menteri Chow Kon Yeow.

“Antara isu yang dibincangkan ialah 2 projek kritikal, iaitu menaiktaraif Hospital Pulau Pinang dan Hospital Seberang Jaya.

Isu ni dapat perhatian apabila dua pengarah syarikat ditangkap oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung penyiasatan projek terowong bawah laut tu. Sebulan lebih lepas isu tu bangkit, nampaknya kes tu masih lagi jadi titik perbalahan antara ahli politik.

Besar sangat ke skandal projek ni sebenarnya? Kenapa lepas lebih daripada sebulan pun, isu ni masih lagi berbangkit? Satu lagi, kenapa Penang nak buat terowong dasar laut? Kenapa tak buat jambatan biasa je? Jom kita tengok satu persatu permasalahannya!

Pada mulanya, penyiasatan SPRM lebih tertumpu kepada dakwaan rasuah oleh ahli politik yang terlibat dalam projek tu. Ada yang kata syarikat tu bayar rasuah sampai berjuta-juta sebagai suapan untuk dapatkan projek itu. Tapi kemudiannya, fokus penyiasatan beralih arah. SPRM kemudiannya menyiasat, adakah RM305 juta yang dibayar kepada kerajaan negeri Pulau Pinang tu terlampau banyak?

Menteri Kerja Raya, Fadillah Yusof kata kalau nak dibandingkan, kerajaan persekutuan hanya bayar RM19 juta je yuran konsultasi untuk projek lebuh raya 30 km di Johor. Ke sebab projek Penang ni dekat dalam lautan, sebab tu lagi mahal?

Terowong dasar laut sebenarnya adalah salah satu daripada PROJEK MEGA Pulau Pinang. Selain daripada terowong, ada 3 buah lebuh raya lain yang dirancang, dan dikenali sebagai projek “tiga jalan utama”. 3 buah lebuh raya tu akan dibina di pulau tu sendiri, manakala terowong bawah laut pula akan menghubungkan George Town ke Butterworth. Macam ni bentuknya:



Kos untuk kesemua projek ni (terowong + 3 buah lebuh raya) memakan belanja sebanyak RM6.3 billion. Jadinya, RM305 juta yang disebutkan tadi cumalah sebahagian kecil je untuk konsultasi! Memandangkan semakin banyak tuduhan yang dilemparkan, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Utiliti dan Pengangkutan Pulau Pinang, Lim Hock Seng menjelaskan mengenai pembayaran bagi projek dengan mengeluarkan pecahan bagi kos projek, sekaligus untuk membersihkan nama kerajaan negeri.
Jadi menurut kerajaan negeri, RM305 juta adalah jumlah kos kajian dan reka bentuk untuk KEDUA-DUA projek. Pengerusi jawatankuasa tu juga menambah, kerajaan negeri cuma membayar untuk 3 projek jalan utama (RM208 juta), dan setakat ni, mereka belum bayar apa-apa untuk terowong bawah laut. Pasal kes projek terowong yang tak siap-siap lagi tu pulak, dia kata terowong tu hanya akan mula dibina pada tahun 2023, jadi sepatutnya takde tekanan untuk menyiapkan kajian sekarang ni.


Kerajaan Pulau Pinang sekali lagi dikritik apabila mereka memilih untuk membayar kajian dan reka bentuk untuk projek 3 jalan utama tu dengan… 2 keping tanah!

Sebelum kami sambung cerita ni, korang kena tahu pasal Consortium Zenith dan China Railway Construction Corporation Limited (CRCC). Manakala Special Purpose Vehicle (SPV) ditubuhkan oleh beberapa syarikat yang terlibat. SPV ni bukanlah kereta ke apa, tapi lebih kurang macam sebuah syarikat yang ditubuhkan bagi tujuan khusus atau sementara. Dalam hal ni, fokusnya adalah untuk menyelesaikan projek Pulau Pinang. Konsortium Zenith ni la SPV dalam kes ini.

Berbalik kepada cerita tadi, kerajaan negeri Pulau Pinang membuat bayaran kepada Konsortium Zenith dengan memberi mereka 2 keping tanah berjumlah 3.7 ekar (161,172 kaki persegi) pada RM1,300 kaki persegi. Bagi korang yang tertanya-tanya, wujud ke pembayaran menggunakan tanah ni sebenarnya? Wujud, tapi syarikat tu cuma boleh pegang tanah tu dalam beberapa tempoh masa je.

Perbalahan antara MCA dengan Penang ni bukan semata-mata sebab pertukaran tanah je. Malah, mereka juga ragu-ragu sama ada CRCC adalah pemegang saham Konsortium Zenith atau tak. Sebabnya pada tahun 2013, kerajaan Pulau Pinang mungkin “tersilap” apabila mereka menyenaraikan CRCC sebagai pemegang saham dalam SPV. Padahal sebenarnya CRCC adalah kontraktor utama yang terlibat bagi kebanyakan pembinaan tu. Menteri Pengangkutan, Liow Tiong Lai kemudiannya berjumpa dengan CRCC di Beijing baru-baru ini, dan mengesahkannya sendiri.

Apa yang menariknya, pada bulan Jun yang lepas (2017), Penang mengakui yang mereka dah bayar lebihan sebanyak 17% untuk “yuran sivil dan struktur”. Tapi jumlah yang dibayar tu masih boleh diterima, berdasarkan Lembaga Jurutera Malaysia. Apa yang lebih menarik lagi, Lim Guan Eng kata SPRM pernah siasat projek terowong ni pada tahun 2016, tapi tak jumpa perkara yang meragukan pun.

Perkara ini tidak selesai dan kita tunggu SPRM selesai siasatan.
Adakah SPRM boleh dipercayai selepas PH ambil alih?

Isu kedua.

Sementara itu, Baru berkata isu menghapuskan tol Jambatan Pulau Pinang 1 tidak dibincangkan dengan kepimpinan negeri.

Sebelum ini Lim Guan kata kerajaan negeri tak boleh hapus kerana itu bidang kuasa kerajaan Pusat. Sekarang kedua-duanya di bawah PH mereka kata pula TIDAK DIBINCANGKAN

Nampak rakyat kena KENCING!

PENGUNDI PARTI AMANAH


MR : Rakyat banyak dapat maklumat salah, maklumat yang sudah dimanipulasi dan maklumat berbentuk persepsi. Selagi media dikuasai oleh golongan yang 'hipokrit' selagi itu rakyat akan sentiasa dikencing....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan