Header Ads

ads header

Flash News

Zahid perlu tarik diri, beri laluan pada Ku Li kata UMNO Johor


 JOHOR - Ketua Umno Tebrau, Maulizan Bujang menyarankan supaya pemangku presiden partinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak bertanding jawatan Presiden dalam pemilihan parti itu pada 30 Jun ini.

Memetik laporan MalaysiaKini, saranan itu dibuat bagi memberi laluan kepada veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah yang menurutnya merupakan calon paling sesuai menerajui Umno bagi berdepan dengan Pakatan Harapan (Harapan).

"Tengku Razaleigh pada dasarnya sanggup memikul tanggungjawab ini bagi membantu proses pemulihan Umno.

"Namun begitu, alangkah elok sekiranya Ahmad Zahid berlapang dada memberi laluan kepada beliau (Tengku Razaleigh) dan pemimpin lain sepertimana pengorbanan yang dilakukan oleh Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang tidak bertanding agar Umno dilihat berubah.

"Saya berharap, agar rakan-rakan senior saya di peringkat tertinggi parti dapat mengatur langkah memujuk Ahmad Zahid," katanya.

Setakat ini, Ahmad Zahid merupakan satu-satunya calon yang telah disahkan akan bertanding untuk jawatan presiden dalam pemilihan Umno 30 Jun depan.

Maulizan juga berkata, awal hari ini dia berjumpa dengan Tengku Razaleigh atau dikenali sebagai Ku Li, bagi meyakinkan veteran Umno itu untuk bertanding jawatan presiden.

Jelasnya, dia difahamkan bahawa lebih separuh ketua bahagian termasuk pengerusi perhubungan dan kepimpinan akar umbi telah berjumpa Ku Li bagi memujuknya agar menyahut cabaran itu.

Tambah Maulizan lagi, dia tidak mengenepikan jasa dan pengorbanan Ahmad Zahid selaku naib presiden Umno sebelum ini.

Namun, katanya, Umno memerlukan seorang pemimpin yang boleh diyakini dapat memulihkan dan mengembalikan sokongan rakyat kepada parti itu.



......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
Whatsapp MR
Telegram MR
Facebook MR

# Boleh pilih (klik) nak komen guna facebook atau blogger

Tiada ulasan