Header Ads

ads header

Flash News

Tuduhan Rogol - Rencana ‘politik pelesit’ menjatuhkan Rahim & Lim Guan Eng?


Tan Sri Rahim Tamby Chik mendakwa ditekan dalam satu konspirasi menjatuhkan Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1994.

Sebagai ketua menteri Melaka waktu itu, beliau berdepan tohmahan merogol gadis bawah umur yang menyebabkan beliau terpaksa melepaskan jawatan.

Beliau menganggap cerita itu direncana “pelesit politik” yang mahu mencantaskan masa depan politiknya apabila beliau makin berpengaruh.

Menulis di Facebook hari ini (31 Mei 2018), bekas ketua Pemuda Umno itu berkata tindakan itu “konspirasi politik paling kotor” dalam politik di negara ini.

Tambahnya, usaha mencantasnya “akibat kecemburuan politik dan usaha terancang untuk menyingkir perdana menteri lebih awal daripada sepatutnya.”

Rahim bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin menang dalam satu gabungan untuk pemilihan Umno 1993.

Gabungan itu yang dikenali Team Wawasan turut disertai Tan Sri Muhammad Muhammad Taib dan Datuk Seri Siti Zaharah Sulaiman.

Rahim menyenaraikan empat program Pemuda Umno yang disifatkannya mengharumkan nama negara sehingga beliau dianggap kesayangan Dr Mahathir.

“[...] bila ada kejayaan dan kehebatan berlaku pasti wujud kecemburuan negatif dan destruktif yang cuba meranapkan kecapaian positif ini,” katanya.

Susulan itu, beliau mendakwa ditohmah melakukan rasuah dan skandal seks sehingga menjadi tumpuan media selama 52 hari bagi memalukan dirinya.

Demi parti dan kerajaan, katanya lagi, beliau menyatakan hasrat kepada Dr Mahathir untuk melepaskan semua jawatan sementara siasatan dijalankan.

“Keganasan media menyerang saya walaupun saya tidak bersalah adalah di luar sempadan kemanusiaan, dimotivasi oleh konspirasi ciptaan pemimpin-pemimpin pelesit tadi,” katanya.

Walau memegang semula jawatan ketua Pemuda Umno, beliau gagal memegang kembali ketua menteri Melaka selepas tohmahan dibersihkan.

“Saya menuruti kehendaknya [pemimpin itu] tanpa merujuk kepada perdana menteri sendiri. Saya ditipu lagi,” katanya, tanpa menyebut pemimpin itu.

Tidak jelas sebab bekas tokoh Umno itu membangkitkan isu tersebut saat ini. Namun ia dipercayai merujuk ahli politik Pakatan Harapan yang masih aktif.

Gadis Melaka tersebut kemudian dilaporkan menafikan tohmahan tersebut dan Lim Guan Eng pula dipenjara atas tuduhan menyebar maklumat palsu pada 1998.

Kertas cadangan pertuduhan rasuah terhadap Rahim pula disebar meluas pada 1999 tetapi tindakan tidak dikenakan terhadapnya.

Sebaliknya Ezam Mohd Noor, ketua Pemuda PKR waktu itu, dipenjara pada 2002 atas tuduhan menyebarkan dokumen rahsia Jabatan Peguam Negara lapor MMO

Berikut disiarkan semula kenyataan Sabri bin Mohamed Yasin bagi pihak ibunya Pendek binti Ahmad, nenek kepada Noryati binti Mohamad Yusop, mangsa rogol yang terlibat dengan kekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik di Hotel Belmount, Melaka ada 3hb November 1999 yang dipetik dari Keadilan Daily

Saya tidak faham mengapa cucu saya hanya menyatakan sekarang tidak mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim bila dia telah mengakui selama 5 tahun kebelakangan ini sejak 1994 bahawa dia mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim, termasuk membuat keterangan bersumpah di mahkamah di depan tuan hakim. 

Cucu saya, telah membuat satu kenyataan pada 2hb November 1999 menafikan keterangan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 29hb Oktober 1999 bahawa dia mempunyai hubungan sulit dengan bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik pada tahun 1994. 

Saya amat terkejut dengan kenyataan cucu saya ini kerana sepanjang 5 tahun ini, cucu saya telah mengakui mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim semasa cucu saya masih berumur 15 tahun. 

Cucu saya juga memberitahu ahli keluarga dan saya bahawa Tan Sri Rahim merupakan orang lelaki pertama yang melakukan hubungan sulit dengannya. 

Oleh kerana cucu terlibat dengan Tan Sri Rahim, dia ditahan oleh pihak polis pada akhir bulan Ogos 1994 sehingga saya sebagai nenek yang membesarkannya tidak dapat berjumpa dengannya. 

Saya hairan mengapa pihak polis dan kerajaan BN boleh membenarkan seorang mangsa rogol ditahan sedangkan mereka yang merogolnya bebas tanpa dipenjarakan. 

Ini boleh dilihat selepas 14 lelaki, kecuali Tan Sri Rahim, mengakui merogol gadis bawah umur di mahkamah tetapi tidak dipenjarakan sebaliknya dibebaskan. Akibat peristiwa hitam itu, cucu saya telah melahirkan seorang anak perempuan pada 1995. 

Oleh kerana tidak dapat menjumpai cucu saya, saya telah meminta bantuan daripada Ahli Parlimen Kawasan Kota Melaka YB Lim Guan Eng yang berjaya memaksa pihak polis membenarkan saya melawat cucu saya. 

Saya amat kesal dan sedih bahawa YB Lim dalam usaha membantu mendapat keadilan untuk cucu saya telahpun dipenjarakan di Penjara Kajang pada 25hb Ogos 1998 dan kehilangan statusnya sebagai Ahli Parlimen. 

Dalam kes mahkamah Lim Guan Eng yang mulai pada 20hb Jun 1995, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Mok Siew Hoong menyatakan bahawa cucu saya telah mengakui mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim. 

Pada 27hb Februari 1997, cucu saya pula memberikan keterangan sebagai seorang saksi kepada hakim Mahkamah Tinggi dalam kes YB Lim Guan Eng bahawa Tan Sri Rahim mempunyai hubungan sulit dengannya. 

Selepas itu cucu saya, semasa berjumpa dengan saya, masih mengakui bahawa Tan Sri Rahim ada hubungan sulit dengannya. Malah, cucu saya telah membuat satu ucapan di depan kami di Hotel Federal, Kuala Lumpur pada 27hb Januari 1999 menyokong YB Lim Guan Eng yang dipenjarakan seperti berikut:- 

“Saya merasa sungguh kesal atas apa yang telah berlaku di masa lampau, dan merasa sungguh sedih sekali kerana YB Lim Guan Eng kini telah dipenjarakan. Apa yang beliau cuba lakukan hanyalah untuk membantu saya. 

Tetapi beliau sendiri pula menjadi mangsa. Semua ini sungguh tidak adil. Saya berdoa semoga keadilan akan dikembalikan kepada YB. 

Malam ini, saya telah membawa dua surat rayuan, satu kepada Yang Di Pertuan Agong dan satu lagi kepada Yang Di Pertua Negeri Melaka, meminta supaya YB Lim Guan Eng diampunkan dan dibebaskan segera supaya meneruskan tanggungjawab sebagai seorang Ahli Parlimen sejati Malaysia. 

Saya meminta supaya YB Lim Kit Siang selaku Ketua Pembangkang Parlimen boleh membantu sampaikan surat-surat rayuan saya ini kepada kedua-dua pihak itu.” 

Saya tidak faham mengapa cucu saya hanya menyatakan sekarang tidak mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim bila dia telah mengakui selama 5 tahun kebelakangan ini sejak 1994 bahawa dia mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim, termasuk membuat keterangan bersumpah di mahkamah di depan tuan hakim. 

Saya berasa hampa, malu dan marah atas kejadian rogol yang menimpa cucu saya. Tetapi saya berasa lebih hampa, malu dan marah bila cucu saya boleh membelakangkan kebenaran dan keadilan dengan melupai jasa baik YB Lim sehingga bersedia bohong dengan menafikan dia mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim. 

Nyata sekali, ini adalah satu lagi konspirasi kerajaan BN menutup kebenaran demi kepentingan politik. 

Saya masih mengingati cucu saya begitu tersiksa semasa ditahan di Pusat Pemulihan Rembau sehingga cuba melarikan diri banyak kali. 

Dia memberikan keterangan di mahkamah bahawa dia berjaya melarikan diri daripada tahanan sekali sebelum ditangkap balik. Jelas, kasih sayang keluarga kami kepadanya tidak dibalas. 

Lim Guan Eng ditangkap kerana membantu mangsa yang dirogol oleh Rahim Thamby Chik. 

Apa yang dilakukan oleh cucu saya adalah tidak adil kepada YB Lim Guan Eng yang telah kehilangan begitu banyak, termasuk dipenjarakan kerana cuba mempertahankan hak cucu saya ini.
Kenapa agaknya selepas 24 tahun berlalu Rahim tiba-tiba membangkitkan isu ini semula?- Anak Sungai Derhaka.

MR : Siapa pemimpin PELESIT berkenaan. Sudah pasti mereka kini akan menguasai PAKATAN HARAPAN. Sekali lagi rakyat ter'kencing' dengan politik kotor dengan manusia yang berwajah lebai.
......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
Whatsapp MR | Telegram MR | Facebook MR

6 ulasan:

  1. Ekonomi Malaysia kaput kata PH. OK KAMI percaya.

    Dalam masa sama meskipun kaput, PH buat manifesto itu dan ini. OK KAMI percaya.

    Sesudah dapat kuasa. Ooops sorry, ekonomi Malaysia belum kaput. OK KAMI percaya

    Surprise! hutang negara 1 trillion! OK KAMI percaya.

    Ralat: dengan dukacitanya dimaklumkan, atas faktor hutang, manifesto kena gantung tak bertali buat masa ini. OK KAMI percaya

    Kesimpulannya: bila tahap percaya terhadap PH menuju fanatism, inilah masa sesuai untuk jaja isu. Sama ada isu benar atau palsu tak kisah kerana para FANATIK tetap akan kata "OK KAMI PERCAYA".

    BalasPadam
  2. Dia orang kuat PH tetapi tidak memegang jawatan kabinet,rasanya.

    BalasPadam
  3. Wah tahniah dan syabas kepada pengundi-pengundi pakatan di seluruh negara yang telah dikencing hancing oleh cybertrooper, pemimpim-pemimpin dan manifesto pakatan dalam PRU14.

    1. Konon jika pakatan menang, GST akan dihapuskan. Hakikatnya GST tidak dihapuskan dan SST 10% pula dilaksanakan. 10% kadar cekik darah rakyat.

    2. Konon jika pakatan menang, tol akan dihapuskan. Tol lebuhraya Utara-Selatan dan MRR2 masih lagi beroperasi seperti biasa.

    3. Konon jika pakatan menang, bayaran PTPTN akan ditangguhkan sehingga orang yang berhutang mendapat gaji RM4000. Sekarang rakyat diwajibkan membayar PTPTN walaupun gaji RM1000 sebulan.

    4. Konon jika pakatan menang, beban rakyat akan dikurangkan. Sebaliknya beban rakyat bertambah hari ini apabila harga barang-barang keperluan meningkat tinggi pada tahap gila babi.

    5. Konon jika pakatan menang, harga minyak akan diturunkan. Hakikatnya kita masih lagi membayar harga minyak RM2.20 dan harga minyak petrol dibiarkan terapung menjaid minyak mahal. Akibatnya kos pengangkutan barang-barang dan penumpang menjadi lebih tinggi.

    6. Konon jika pakatan menang, memang jelas rakyat kena kencing kaw kaw !

    Bila pakatan dah menang, puak munafik sekular liberal dan puak kafir harbi sibuk mahu menghapuskan institusi agama Islam seperti JAKIM, jabatan agama Islam dll.

    Puak munafik dan kafir harbi ini tidak pula mendesak kerajaan pakatan menghapuskan pusat maksiat yang bersepah di seluruh negara walaupun pemandu mabuk melanggar orang yang tidak bersalah, kaki botol menyiksa keluarga, kaki judi muflis, perempuan mabuk dikenduri beramai-ramai, kaki-kaki botol bergaduh sehinggakan menyebabkan kecederaan dan kematian, kaki judi muflis, kaki judi jual anak dan bini kerana kalah judi dll.

    Kerajaan pakatan sembang lebat, habuk pun tarak. Inilah akibat rakyat bodo dan jahil mengundi pakatan biawak lidah bercabang.

    Sesungguhnya pengundi-pengundi pakatan telah melakukan kezaliman dengan mengundi pakatan.

    Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda yang bermaksud:

    " Sesungguhnya selepasku ini akan adanya pera pemimpin yang melakukan kezaliman dan pembohongan. Sesiapa yang membenarkan pembohongan mereka dan menolongan kezaliman mereka maka dia bukan dariku dan aku bukan darinya dan dia tidak akan mendatangi telaga (di syurga) dan sesiapa yang tidak membenar pembohongan mereka dan tidak menolong kezaliman mereka, maka dia dari kalanganku dan akan dari kalangannya dan dia akan mendatangkan telaga di syurga." (Kata al-Haitami: Hadith ini diriwayatkan oleh oleh Ahmad, al-Bazzar dan al-Tabarani di dalam al-Kabir dan al-Ausod . Para perawi salah satu sanad al-Bazzar dan Ahmad adalah para perawi Sahih al-Bukhari)

    Sepatutnya kaum Melayu Islam mengundi parti Islam PAS pimpinan ulama Islam dalam PRU14 supaya PAS boleh menubuhkan kerajaan persekutuan untuk melindungi agama Islam dan hak umat Islam dan rakyat dan melindungi negara ini dari penyamun, perompak dan pencuri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. dlm minda mereka dah tertanam alim ulama mana pandai memerintah..walhal alim ulama lah yg paling telus dlm memegang amanah negara

      Padam
    2. Sejarah telah menentukan bahawa alim ulama pemerintah paling agong didunia, Nabi Muhamamad .

      Padam
  4. Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.

    (Al-A'raaf 7:179)

    BalasPadam