Header Ads

ads header

Flash News

Tawfik Ismail Keliru Dengan Fungsi JAKIM


Kuala Lumpur: Pandangan yang mengatakan JAKIM mendakwa dan menghukum orang ramai sesuka hati adalah satu kekeliruan kerana undang-undang telah mengkhaskan kuasa mendakwa dibawah kuasa Pendakwa Syarie dan sememangnya JAKIM tidak campur tangan, demikian pandangan yang dikongsikan Dato’ Zainul Rijal Abu Bakar.

Menyentuh isu hendak memansuhkan JAKIM, IKSIM dan sebagainya, Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) itu berkata, ianya bertujuan untuk menyetarakan agama Islam dengan agama lain dan ini tidak dibenarkan oleh Perlembagaan.

“Kalau kita lihat dalam Jadual 9 Senarai Satu Butiran 4(K) Perlembagaan Persekutuan mengatakan isu-isu penentuan hukum syarak dan undang-undang diri yang lain bagi maksud undang-undang Persekutuan adalah kuasa Persekutuan bukan negeri.”

Menurutnya, ramai yang keliru menyatakan Islam adalah seratus peratus hak Negeri dan sebenarnya ia tidak begitu dalam Perlembagaan Persekutuan. “Memang Islam pada umumnya adalah hak Negeri yang mana kuasa ketua agama untuk negeri-negeri adalah Sultan dan itu tidak dipertikaikan tetapi ada juga kuasa-kuasa yang diuntukkan kepada Persekutuan.”

Beliau berkata, Jadual 9 Senarai 1 Item 4(k) yang mengatakan bahawa penentuan hukum syarak dan undang-undang diri yang lain bagi maksud Undang-undang Persekutuan ini kuasa Persekutuan. “Jadi apa maksud undang-undang diri lain bagi maksud Undang-Undang Persekutuan ini, sebagai contoh Undang-Undang Persekutuan kita terdapat perbankan Islam atau Tabung Haji atau hubungan diplomatik luar negara.”

Menurut beliau, umpamanya dalam Akta Perubatan Tradisional dan Komplementari, ada perubatan Islam di dalam perkara itu dan undang-undang Persekutuan tersebut memerlukan penentuan hukum syarak dan ia dilakukan oleh JAKIM.

“JAKIM perlu menentukan sama ada satu perubatan Islam itu adalah perubatan Islam ataupun syirik ataupun sebagainya.”

“Jadi mestilah ada suatu Badan Persekutuan yang diwujudkan bagi menentukan hukum syarak dan badan itu adalah JAKIM,” katanya.

Menurut beliau lagi, “Tak bolehlah Kementerian Kesihatan pergi bertanya kepada negeri-negeri, maka JAKIM-lah yang perlu dirujuk di Peringkat Persekutuan.”

“Begitu juga dengan isu Tabung Haji, Akta Tabung Haji, macam mana kita nak aspek kalau kita bagi semua kepada negeri-negeri. Negeri-negeri terpaksa berunding dengan kerajaan Arab Saudi untuk mendapatan kuota dan tempat untuk Jemaah Haji, itu tidak boleh.”

“Sebab hubungan antarabangsa adalah hubungan antara negara bukan negeri dengan negara.” “Jadi JAKIM-lah yang mempunyai kuasa untuk berunding dengan kerajaan Arab Saudi menentukan bagaimana kuota, penerbangan, penginapan dan sebagainya untuk Jemaah Haji yang diletakkan tugas atas Lembaga Tabung Haji.”

“Begitu juga dalam Akta Perbankan Islam yang mana Bank Negara adalah menentukan satu produk itu menurut hukum syarak ataupun tidak, yang menentukan halal haram ataupun tidak adalah daripada JAKIM di peringkat perbankan Islam mengikut syarak ataupun tidak.”

“Takkan pula Bank Negara nak berunding dengan 14 buah negeri, bayangkan satu negeri bersetuju dan satu negeri tidak bersetuju ia akan menyukarkan perlaksanaannya.” Jelas beliau, sebab itu dikatakan JAKIM sebenarnya sangat-sangat berperlembagaan di bawah Item 4(K).

“Jadi siapa pun yang memerintah, Perlembagaan Islam itu tidak boleh diubah.” “Kalau ia menjunjung Kedaulatan Undang-Undang dan Keluhuran Perlembagaan maka perlulah memberikan efek kepada peruntukkan-peruntukkan ini bukan hanya membiarkan sebagai dekorasi sebegitu sahaja.”

“Suka saya menyangkal, dakwaan Tawfik Ismail yang berkata, JAKIM mendakwa orang ramai dan meletakkan berbagai lagi kesalahan.”

“Sebenarnya itu bukan fungsi JAKIM sebaliknya, itu fungsi Jabatan Pendakwaan atau Jabatan Agama Islam, jelas dia sendiri keliru yang mana satu JAKIM yang mana satu jabatan agama dan yang mana satu Jabatan Pendakwaan dan Mahkamah Syariah dan sebagainya.”

Menurut Dato` Zainul Rijal, pihak berkenaan sembrono menuduh secara pukal terhadap JAKIM sedangkan dalam undang-undang telah mengkhaskan kuasa mendakwa dibawah kuasa pendakwa Syarie, malah JAKIM tidak campur tangan pun.”

“Semua itu sudah disebut di bawah Akta Pentadbiran tetapi bekas Ahli Parlimen ini barangkali tidak membaca undang-undang yang dibuat dulu,” katanya. Dato’ Zainul Rijal bersetuju JAKIM dan institusi Islam Persekutuan lain diletak terus di bawah Majlis Raja-Raja. Peletakan ini adalah dalam aspek kebertanggungjawaban, kebebasan dan pelaksanaan tugas supaya pihak eksekutif tidak mencampuri urusan Islam.

Namun, pihak Kerajaan masih perlu memberi dana dan latihan kepada institusi ini kerana Kerajaan diberi mandat melaksanakan tugas Yang di-Pertuan Agong melalui Perkara 49 Perlembagaan Persekutuan. Ketua Eksekutif sebenar bagi Persekutuan adalah Yang di-Pertuan Agong.


Sumber: https://www.menara.my

......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
Whatsapp MR | Telegram MR | Facebook MR

3 ulasan:

  1. Sesuatu yang sudah jadi amalan kekal tak boleh hendak di hapuskan begitu saja. Ia akan mendapat tentangan yang besar.

    Contohnya rokok. Ia sudah jadi budaya dan perniagaan yang kekal yang tak boleh diganggu gugat.

    Taraf rokok disisi kenegaraan adalah setaraf pemilikan dan perniagaan senjata api di AS.

    Justeru tidak ada pemerintah yang budiman yang akan hapuskan amalan dan perniagaan rokok atas apa jua alasan.

    BalasPadam
  2. Kita merasa kasihan melihat puak liberal, semakin tua bangka , semakin sesat lagi menyesat kerana mereka sibuk menentang ajaran Islam dan menyesatkan umat Islam.

    Puak liberal ini lupa bahawa mereka akan mati pada suatu masa nanti.

    Apabila puak liberal ini mati, malaikat Munkar dan Nakir akan bertanya pada si mati liberal " Apakah agamamu?".

    Maka si mati liberal menjawab "Liberalisme". Wah gelaplah masa depan si mati liberal !

    Maka si mati liberal akan diazab dan didakwa di dalam kubur sebelum diadili di padang Mahsyar kelak.

    BalasPadam
  3. Asas fahaman puak liberal ialah semua agama adalah baik dan sama sedangkan dalam Islam pula agama bukan hanya setakat baik tetapi mestilah juga benar di sisi Allah. Allah tidak menerima agama selain dari Islam walaupun ada manusia mendakwa agama mereka baik dan Allah tidak menerima adanya tuhan tuhan lain.Allah juga tidak menurunkan mana mana agama selain Islam dan usaha musuh musuh Allah untuk menamakan Islam sebagai agama Muhammad tidak berjaya. Jika Allah tidak menurunkan agama selain dari Islam maka bererti agama agama lain hanya rekaan manusia yang berpandukan kehendak nafsu serta syaitan yang dijadikan Allah untuk menguji iman dan menyesatkan manusia sejak dari Adam as. Kesimpulannya ialah hanya ada dua kelompok manusia iaitu yang beriman menyembah atau beribadat kepada Allah atau golongan yang kafir dan sesat menurut jejak syaitan,menyembah berhala dan seumpamanya. Adalah tidak masuk akal hatta orang gila sekalipun tidak akan mengatakan Allah dan Syaitan adalah sama...Orang beriman dengan kafir adalah sama..Orang buta dengan orang celik adalah sama...lelaki dan perempuan adalah sama...tuli dan mendengar adalah sama..bisu dan bercakap adalah sama..syurga dan neraka adalah sama...ajaran liberal adalah fahaman baru golongan sesat yang sebaris dengan komunis,nasionalis,sosialis dan lain lain fahaman yang direka oleh kaum kaum yang kufur,munafiq...Kewujudan musuh musuh Allah dalam pelbagai bentuk ini banyak diceritakan dalam Al Quraan dengan watak yang serupa tapi timbul di masa dan zaman yang berbeza sehingga ke hari kiamat...bukti kenapa ajaran ajaran tersebut adalah sesat ialah kerana tiadanya dalil bahawa ada Rasul dan nabi menyampaikan ajaran tersebut kecuali hanya Islam yang merupakan satu satunya agama wahyu atas muka bumi

    BalasPadam