Header Ads

ads header

Flash News

Tan Sri Zeti tidak bercakap benar


Berdasarkan maklumat yang tercatit dalam kertas siasatan terhadap Najib Razak sepertimana diterbitkan dalam blog The Third Force, adalah di maklumkan bahawa Tan Sri Zeti Akhtar Aziz selaku Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) pada masa kertas siasatan tersebut disediakan telah terlibat secara langsung semasa transaksi membawa masuk wang derma dari Arab Saudi dilakukan.

Menurut kertas siasatan tersebut, Zeti telahpun diberitahu oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak tentang “gift” berbentuk wang derma yang bakal diterimanya dari Putera Saudi. Bukti yang dipaparkan di blog The Third Force jelas menunjukkan bahawa Zeti-lah yang mencadangkan agar wang tersebut dimasukkan kedalam akaun peribadi Dato’ Sri Najib Tun Razak.

Berdasarkan perkembangan ini, sudah tentu Zeti selaku Gabenor Bank Negara ketika itu tahu identiti sebenar penderma. Persoalannya;

1. Mengapakah Zeti tidak membuat kenyataan kepada SPRM berkaitan identiti penderma tersebut?
2. Mengapakah Zeti tidak membantu SPRM mendapatkan rekod transaksi dari AMBANK?
3. Mengapakah Zeti hanya berdiam diri, seolah-olah beliau tidak tahu menahu perihal perkara tersebut?
Zeti harus menjelaskan bahawa transaksi tersebut tidak boleh disabitkan sebagai “money laundering” kerana ianya mengikuti prodesur kemasukan wang asing.

Sudah menjadi tanggungjawab beliau menjawab soalan-soalan ini memandangkan bukti-bukti yang dipaparkan oleh The Third Force kian tular di media sosial, whatsapp dan wechat.

Dato’ Lokman Noor Bin Adam
......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
Whatsapp MR | Telegram MR | Facebook MR

3 ulasan:

  1. Sebab tu aku cakap ke geng2 ph dan bn di opis aku...

    Ckp psl ekonomi negara skrg ni...686 bil lah...esok 1.2 bil lah etc etc....

    Aku kata bullshit zeti tak tau psl hutang malaysia dan standard annual report psl national debt...apa yg perlu di ambil kira dan apa yg tidak patut dalam laporan standard...
    Zeti hanya kurang dr 2 thn berenti jadi governor of bnm
    Respek aku pada zeti dah xde..no integrity

    BalasPadam
  2. 30 bilion lesap (bukan 30 juta key), tak ada ahli kabinet dapur yang sedar. Sedar2 Soros yang ketawa menuju bank.

    Lebih aneh, susulan skandal Forex pusat itu, tiada sapa tido lokap dan tiada ahli kabinet dapur yang kena blended.

    Muahahaha

    BalasPadam
  3. Tu la pasal kes FOREX dn yg lain lain perlu sangat sangat di siasat...ni la mula punca nilai mata Wang kita jatuh... nak tau juga cammana BAPAK dn DUA ANAK jadi Billionaire...

    BalasPadam