Header Ads

ads header

Flash News

Suaram tuntut PH kotakan janji hapus Akta MKN


PETALING JAYA: Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) hak asasi manusia menuntut kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengotakan janji pilihan rayanya untuk memansuhkan Akta Majlis Keselamatan Negara kerana undang-undang itu tiada tempat dalam negara demokratik.

“Peruntukan tidak berperlembagaan di bawah akta itu, termasuk memberi kuasa kepada perdana menteri untuk mengisytiharkan zon keselamatan dan menahan individu mengikut kehendaknya, melanggar semua prinsip hak asasi manusia dan undang-undang antarabangsa,” kata penyelaras projek Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Dobby Chew.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu yang dilaporkan berkata, kerajaan sedang mempertimbangkan sama ada akan mengekalkan atau memansuhkan undang-undang kontroversi itu.

Chew berkata, PH berjanji memansuhkan undang-undang bersifat menindas dalam manifesto pilihan raya umum ke-14 (PRU14) dan ia tidak patut melanggar janjinya.

“Jika janji seperti itu tidak dikotakan, bagaimana PH berbeza daripada Barisan Nasional (BN) pra-PRU14? Ia adalah hipokrit untuk tidak memansuhkan (Akta) MKN.

“Setahun lalu, PH bersedia mengenai keperlembagaan (Akta) MKN dan potensi bahayanya terhadap kebebasan awam dan hak asasi manusia. Ia turut bercakap menegani potensi penyalahgunaan kuasa. Apa yang berubah?”

Chew mengakui ada nilai jika mempunyai agensi penyelarasan ketika kecemasan berlaku, tetapi kajian dan rundingan sewajarnya perlu dilakukan sebelum melantik agensi seperti itu.

“Meneruskan undang-undang tercemar yang diluluskan pada zaman BN ialah penghinaan terhadap perjuangan hak asasi manusia dan demokrasi di Malaysia.”


MR : PH dah kencing merata-rata semua orang dah tahu....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. “Meneruskan undang-undang tercemar yang diluluskan pada zaman BN ialah penghinaan terhadap perjuangan hak asasi manusia dan demokrasi di Malaysia.”

    Komen:

    Meskipun tak pasti samada Mkn pernah digunakan atau disalahgunakan. Persepsinya ialah ia boleh disalahgunakan.

    Meskipun ada tohmahan yang mengatakan Mkn akan disalahgunakan jika BN tumbang namun tohmahan itu meleset.

    Kini Mkn tidak lagi di bawah jagaan BN. Oleh kerana tiada jaminan ianya tidak di salahgunakan, eloklah PH mansuhkannya.

    BalasPadam