Header Ads

ads header

Flash News

Selepas Mat Sabu, kini Mahathir pula


Dulu kecoh pasal Mat Sabu dipeluk amoi. Tapi bagi ahli parti AMANAH perkara itu macam tak kisah aje. Yang peliknya Dr. Asri (MAZA) dan Dr Rozeimi pun diam membisu, "maybe not a big deal" juga pada pendapat Dr. Asri.


Ahli parti AMANAH sudah 'kalis' maksiat kecil ini. Mungkin mereka anggap ambil wuduk boleh tanggal dosa tersebut bersama wuduk. Pasal itu gambar Mat Sabu berwuduk menjadi viral lebih daripada gambar Mat Sabu dengan amoi. Yang IKRAM jadi nadi AMANAH pun sama, hilang terburai Islam mereka...



Cybertropper UMNO mengedar gambar Mahathir di peluk Izara. Macam-macam komen daripada natizen berkenaan gambar ini.


Ada yang kata gambar ini palsu kerana takkan Mahathir pakai kasut pelik semacam aje. Rakyat percaya Mahathir zuhud, tak menunjuk dan tak MEROMPAK DUIT RAKYAT. Dia pakal selipar bata aje.


Gambar ini menjadi viral mendapat simpati rakyat untuk menyokong Pakatan Harapan dan menjatuhkan Najib. Sedangkan  Mahathir dan Najib itu ibarat PENYAMUM DENGAN PEROMPAK. Bukan Mahathir sahaja pandai 'berlakon'. Mukhriz pun sama dengan bapaknya Mahathir kalau di Kedah, kepala tak berkilat... Kerana dia pakai ketayap! Berjubah tujuan nak bodohkan penyokong PAS supaya sokongan PH demi menjatuhkan kezaliman Najib.

Orang tanya saya apa beza antara Mahathir dan Najib. Ok Mahathir dilahirkan bukan kaya, bapanya seorang guru. Dia ke sekolah bawa duit 20 sen. Itu kira golongan 'berada'. Tapi dia tak boleh beli mee mamak kerana mee mamak harganya 50 sen. Apabila dia menjadi doktor gajinya RM2000 sebulan.

Najib pula anak Perdana Menteri, ke sekolah saya tak tahu berapa duit dia bawa. Saya tak tahu berapa beg masa itu dia simpan duit siling dalam bilik di rumahnya sebab tak ada penulisan sejarah hidup Najib. Umur 30an dia jadi MB Pahang yang negeri kaya dengan hutan. Dia tak pernah rasa susah.

Najib sama macam Mukriz lahir sebagai anak PM. Sebab itu dia terkejut bila harga daging RMN36 sekilo, katanya ingat RM18 sekilo.

Saya lebih musykil bagaimana anak Mahathir boleh menjadi kaya? Bagaimana dia menjadi orang Melayu kedua terkaya di Malaysia? Macam mana dia dapat modal berniaga? Bapa dia kaya ke?

Sebab itu kadang kala kita dibodohkan dengan kekayaan Najib dan Mahathir itu miskin, zuhud suci dll sedang kedua-duanya adalah PEROMPAK WANG RAKYAT!


Semalam Nik Izara yang peluk Mahathir membuat kenyataan.

"Seperti kebanyakkan rakyat Malaysia, saya sentiasa teruja setiap kali bertemu Tun Mahathir. Beberapa hari lalu juga sama, tapi saya tersilap langkah apabila memuat naik saat peribadi semasa kunjungan keluarga beraya.

"Saya kesal apabila ada netizen yang memberi reaksi negatif terhadap posting tersebut. Kepada Tun dan keluarga saya mohon maaf kerana sikap yang terlalu terbuka.

"Maaf zahir dan batin," tulis pelakon Izara Aishah yang memohon maaf kepada Tun Dr Mahathir Mohamad dan keluarga terhadap tindakannya berkongsi foto-foto peribadi ketika berkunjung ke kediaman Perdana Menteri itu.

Pemilik nama sebenar Nik Izara Aishah Nik Izazurin, 26, berkata, dia berasa kesal dan tidak menyangka posting yang dimuat naik di media sosial telah menerima reaksi negatif netizen.

Pelakon filem 'J Revolusi' itu mengakui kesilapan yang berlaku disebabkan rasa teruja setiap kali bertemu Tun M.



MR : Raya ni boleh bersalam lelaki perempuan kata Dr. Maza tapi jangan peluk. Malah geng hadis tunjuk gambar Qardawi bersalam. Tapi tak ada pula dia tunjuk satu bukti Nabi, Sahabat Nabi atau ulama terkemudian bersalam lelaki perempuan. Susah kalau orang berilmu dah sesat dengan ilmu mereka...

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

7 ulasan:

  1. Golongan pelupa masih boleh diabaikan kelupaan itu kerana lupa adalah sifat yang impossible diperbaiki.

    Golongan buta sejarah tak boleh diabaikan kebutaan itu kerana ianya boleh dicelikkan oleh pembacaan dan melayari internet atau Utube.

    BalasPadam
  2. Kita juga merasa hairan mengapa mofti liberal dan ostad konon 'pakar' hadis syok sendiri sibuk menghina, memburuk-burukkan dan menfitnah parti Islam PAS dan perjuangan Islam.

    Pada masa yang sama mereka menyokong pakatan sekular liberal-kafir harbi yang telah menghina ajaran Islam dan bersikap syaitan bisu apabila mereka melihat kemungkaran, kesesatan dan kezaliman yang dilakukan oleh rejim pakatan.

    Bahkan sahabat mereka yang merupakan bekas pensyarah 'Islam' pernah menghina nabi konon nabi pun akan letak jawatan jika dibebani tanggungjawab yang berat.

    Maka kita teringat istilah ulama su' yang menjual agama untuk mendapatkan sedikit habuan dunia.

    Ulama su' ini sangat berbahaya kepada Islam dan umat Islam kerana mereka boleh menyesatkan umat Islam.

    Merekalah manusia berhati serigala yang menjilat pemerintah zalim dan berpura-pura warak untuk menipu umat Islam.

    BalasPadam
  3. Bagi puak jahil murakkab, puak munafik sekular liberal dan puak kafir, bersalam dan berpeluk cium antara lelaki dan wanita bukan mahram adalah perkara biasa konon macam 'atuk dengan cucu' walaupun kita tahu perbuatan tersebut boleh membawa kepada zina dll dan dilarang oleh Allah dan RasulNya.

    Nabi Muhammad s.a.w. sendiri tidak pernah bersalam dengan wanita bukan mahram dan tetdapat hadis melarang body contact antara lelaki dan wanita bukan mahram.

    Barua-barua pakatan pula yang menghalalkan perbuatan yang haram. Apakah agama barua-barua pakatan?

    BalasPadam
  4. Teringat kata2 seorang ulamak apabila ditanya oleh anak murid..apabila di akhir zaman terlalu ramai ulamak...kita nk ikut ulamak yg mn satu..kata beliau ikutlah ulamak yg paling dibenci oleh org kafir..inshaAllah slmt dunia akhirat..ulamak yg paling dibenci oleh kafir di malaysia adalah TGHH

    BalasPadam
  5. Tak habis2 nk buat fitnah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tahu apa dia fitnah? Jangan bodoh

      Padam
    2. Terpampang gambar tu finah ke?tino pun ngaku

      Padam