Header Ads

ads header

Flash News

Sejauh Manakah Kuatnya Pas Dengan Penyertaan Ahli-Ahli Umno?


Kali ini saya tidak ingin berbicara tentang tahaluf sisayi dalam blok Gagasan Sejahtera antara PAS dengan UMNO. Beberapa artikel saya pra dan pasca PRU14 telah membicarakan tentangnya. Saya telah mendapat pro dan kontra yang agak lumayan.  Kini saya ingin membawa umat ini menilai satu pendekatan yang kononnya ‘kurang berisiko’ dan sedikit lelucon , iaitu bubar UMNO dan masuk PAS.

‘Risiko’ yang mereka gambarkan ialah perpecahan mungkin boleh berlaku di dalam PAS kerana sebahagiannya cukup alergik dengan UMNO. Mereka bimbang berlaku peristiwa BERJASA kedua. Mungkin juga ‘risiko’ itu dimaksudkan kutukan yang bakal diterima oleh golongan yang berbicara tentang tahaluf siyasi PAS-UMNO. Manakala ‘lelucon’ pula sesuatu yang agak lucu apabila orang luar mencampuri urusan rumah tangga orang lain, yakni PAS mencampuri urusan UMNO.

Dalam media sosial berlaku sumbangsaran yang menarik demi menguatkan PAS dalam menghadapi PRU15 nanti. Elok juga perbincangan begini daripada setiap hari merintih dan menangisi tindak-tanduk DAP/PH dalam mengisi kemenangan mereka.

Sebahagian daripada pemimpin PAS lebih cenderung menarik ahli-ahli UMNO kepada PAS. Terbaru Naib Presiden PAS, Datuk Nik Amar Abdullah menyarankan demikian. Katanya, inilah masanya UMNO yang ditolak oleh rakyat membubarkan partinya dan ahli-ahlinya masuk PAS.

Secara realistiknya, saya cukup optimis UMNO tak akan dibubarkan. Kekuatan UMNO mungkin tidak seampuh dulu. Dari semasa ke semasa akan berlaku lompatan ke PAS dan PH. Akan ada cawangan-cawangan yang hidup segan mati tak mahu. Tetapi semua itu tidak akan sampai UMNO hilang dari landskap politik tanah air. Saya yakin UMNO kekal sehingga PRU15.

Soalan pertama saya, berapa peratuskah agaknya ahli UMNO sudi menyahut panggilan PAS? Pemimpin dan pakar strategi PAS mesti meletakkan suatu angka berdasarkan suatu rangka kerja. Soalan kedua, dari sudut politik demokrasi, yang mana lebih besar impaknya antara kemasukan beberapa individu berbanding dengan gabungan dua parti politik teras Melayu dalam satu blok, Gagasan Sejahtera?

Maka andai katalah, ahli UMNO tinggal 60% ( saya tak yakin ahli UMNO tinggal kurang daripada 50%), saya pesimis semua 40% datang kepada PAS. Mereka lebih selesa bersama Mahathir(PPBM) atau Anwar Ibrahim(PKR). Secara logiknya, PAS adalah musuh tradisi mereka. Jiwa politik sekular mereka seperti kata Nazri Aziz, lebih selesa bersama PH. Dengan itu, kita ambil saja PAS dapat 20% dan PH dapat 20% ahli UMNO. Dengan peratusan begitu, mampukah PAS menghentikan hegemoni PH pada PRU15? Ini persoalan terbesar yang perlu diselesaikan.

Saya singkatkan tulisan ini dengan persoalan-persoalan tersebut. Harapan saya, pemimpin dan ahli PAS dapat menjawab persoalan-persoalan tersebut dan memberi satu solusi yang meyakinkan bahawa pendekatan yang bakal diambil nanti mampu mengembalikan kuasa politik umat Islam. Harus diingat, sekiranya DAP/PH mampu mengekalkan lagi kuasa lepas PRU15, maka kukuhlah pelaksanaan Malaysian Malaysia secara total.

#NekadBersamaIslam
#PRU15UntukPAS

BayangDiAir
22/6/2018


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

11 ulasan:

  1. Jika umno berubah dan cenderung kpd Islam yg syumul. Kerjasama Pas dan Umno perlu digerakkan.

    BalasPadam
  2. Manusia sekular liberal yang biasa hidup mewah dengan bekalan dedak sudah pasti lebih mengutamakan perutnya dari masa hadapan agama Islam dan umat Islam termasuk kaum Melayu Islam dan keturunannya mereka sendiri.

    Maka kita tidak merasa hairan jika mereka menjelma menjadi katuk puru dan melompat ke dalam pakatan sekular liberal-kafir harbi untuk mendapatkan bekalan dedak cap roket pula walaupun mereka terpaksa mengkhianati kaum Melayu Islam sendiri.

    Walaubagaimanapun, kita masih berharap sebilangan ahli dan pemimpin parti keris telanjang yang cintakan Islam dan kaum Melayu Islam meninggalkan parti sekular mereka dan menyertai parti Islam PAS pimpinan ulama Islam untuk menentang dan menggulingkan pakatan sekular liberal-kafir harbi dalam PRU 15 untuk membela dan melindungi ajaran Islam dan hak umat Islam yang sedang diancam oleh musuh Islam yang terdiri dari puak munafik sekular liberal dan puak kafir harbi.

    Kita yakin masa depan parti keris telanjang akan terus malap dan gelap kerana parti itu telah kehilangan kepercayaan kaum Melayu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau nak ajak, guna le bahasa elok sikit....kalau kami kata telur telanjang boleh dak?

      Padam
    2. Sy setuju..bahasa kena molek..kt perlu bersatu utk Islam & melayu

      Padam
    3. Jika tuan puan merasa tidak senang dengan istilah parti keris telanjang tersebut, saya sebagai orang yang telah lama melihat parti tersebut menindas negeri-negeri Melayu dan kaum Melayu mohon berbanyak maaf kepada tuan puan.

      Saya amat berharap parti tersebut dipimpin oleh pemimpin-pemimpin baru yang bersikap pro-Islam bukan sekular atau liberal.

      Sebenarnya tempoh 2018-2023 adalah tempoh yang amat kritikal bagi agama Islam dan kaum Melayu Islam kerana negara kita diperintah oleh pakatan sekular, liberal dan kafir harbi yang pernah menghina ajaran Islam dan menafikan hak umat Islam maka saya menyeru semua umat Islam bersatu padu untuk menumbangkan rejim pakatan dalam PRU15 demi masa depan agama Islam dan umat Islam termasuk kaum Melayu Islam.

      Padam
    4. Tindas apanya kalau ramai kaki tangan awam pun dari pantai timur dan juga pelajar pelajar luarnegara tajaan mara juga ramai dari pantai timur...jangan la nampak yg negatif sahaja utk kerjaan umno bn terdahulu.Anak sedara aku nak sambung ke u.k pilih pusat temuduga di kelantan supaya terpilih...Alhamdulillah dapat la sambung belajar di u.k

      Padam
  3. Yakin pas akan tempoh pru 15 dengan kekuatan jauh lebih kuat daripada pru 14..bertindak pesaing utama kepada ph dan seterusnya kalau menjadi kuasa penentu akan bergerak dengan tersusun untuk melangkah ke pru 16 dengan harapan tinggi menjadi kerajaan pemerintah mungkin sesuai pada waktu itu seiring dengan masa kebangkitan islam (makna nya dalam tempoh 10 tahun)..dengan syarat bijak mengambil kesempatan mulai hari ini..berkempen secara hikmah dan bijaksana gigih dan verserah kpd Allah

    BalasPadam
  4. A akan jaga agama

    B akan jaga golongan majoriti

    C akan jaga golongan minoriti

    D akan jaga negara (profesional)

    A, B, C dan D tiada pilihan lebih baik selain bekerjasama kalau tidak mahu diktator menguasai keadaan?

    BalasPadam
  5. Maslahnya Ade ke x lagi pru15? Almahdi x berapa lama lgi akan di bai'at di kaabah depan makam ibrahim.. 2019 gelaplah 100thn kejatuhan pemerintahan islam. Setiap 100thn allah mganti umat. Di akhir zaman Allah hantar almahdi utk membangkitkan umat yg sedang tidor

    BalasPadam
  6. Dlm pru14, 53% pengundi adalah org muda yg baru jd pengundi atau yg kali pertama mengundi. Mereka inilah yg menjadi sumber tsunami. Mereka ini tidak terpengaruh dgn isu2 atau dendam lama sesama parti politik. So drp sibok memancing org Umno yg dah karat sekuler tu lagi baik pancing golongan muda ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. selepas dato Najib melepaskan jawatan sbgai presiden umno kita lihat ada sedikit sifat keterbukaan penyokong pas utk melihat parti pas bekerjasama dgn umno utk menghadapi pakatan harapan dlm piliharaya ke 15nanti.

      Padam