Header Ads

ads header

Flash News

Saya Tak Akan Merangkak Jumpa Mahathir – Ku Li


“Kalau saya Presiden UMNO, saya tidak akan merangkak pergi jumpa (Tun Dr) Mahathir (Mohamad),” kata bekas Naib Presiden UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah.

Veteran UMNO yang kini sedang didesak supaya menerajui parti itu berkata, tiada keperluan untuk berbuat demikian memandangkan Mahathir sudah tidak lagi bersama parti itu.

Bagaimanapun Tengku Razaleigh yang lebih dikenali sebagai Ku Li itu tidak mahu mengulas mengenai tindakan Pemangku Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang bertindak menemui Perdana Menteri.

Mengulas mengenai kepemimpinan Mahathir, Ku Li membayangkan kepemimpinan Perdana Menteri ketujuh itu tidak berubah dan tetap bersifat ‘diktator’.

Ku Li berkata, ia dapat dilihat dalam situasai di Kedah, Johor, Melaka dan Perak, meskipun PPBM menang paling sedikit kerusi, namun, mereka tetap memimpin kerajaan negeri.

Begitu juga dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH),walaupun menang paling sedikit kerusi, namun, Mahathir tetap mahu menjadi Perdana Menteri.

“Mahathir tetap sama (diktator), cuma pakai baju yang berlainan sedikit, bajau baharu,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Langgak Golf, Kuala Lumpur pada Ahad.

Sebelum ini, Ahmad Zahid yang kini menjalankan tugas Presiden UMNO mengadakan pertemuan dengan Mahathir di Putrajaya.

Dalam satu temubual bersama sebuah akhbar tempatan, Mahathir mendakwa Ahmad Zahid berjumpa dengannya bagi bertanyakan pendapat untuk memulihkan parti itu. - Watan Online


......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
Whatsapp MR
Telegram MR
Facebook MR

# Boleh pilih (klik) nak komen guna facebook atau blogger

1 ulasan:

  1. Bila 'Republikan' yang cedera itu pulih, ia akan jadi cabaran bukan saja buat 'Demokrat' malah jadi cabaran buat bakal Pm9.

    Kerusi Pm9 penting bukan saja buat Demokrat, ia amat bermakna dalam konteks kesinambungan buat Pm7.

    Makanya, Republikan harus belajar untuk pulih dengan keupayaan sendiri kerana ini akan lebih menaikkan keyakinan dan dipandang tinggi.

    Kalau Demokrat bantu Republikan, ia seumpama Demokrat memberikan pihak lawan tenaga untuk merebuti kerusi PM9.

    Walhal Top Dog seolah-olah akan melakukan apa saja bagi memastikan kerusi Pm7, Pm8 dan terutama Pm9 kekal berada dalam penguasaan Demokrat.

    BalasPadam