Header Ads

ads header

Flash News

Rampasan 433 jam tangan bernilai RM80 juta tidak benar


 KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan ada mengeluarkan kenyataan berhubung rampasan beberapa jam tangan bernilai RM80 juta seperti yang dilaporkan sebuah akhbar bahasa Cina.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh berkata, beliau juga tidak mengesahkan sebarang nilai rampasan yang dibuat pihaknya dalam siri operasi mencari di sebuah kondominium mewah yang terletak di ibu negara, baru-baru ini.

"Saya tidak mahu komen dan untuk pengetahuan, saya tidak mengeluarkan kenyataan mahupun pengesahan seperti yang dilaporkan akhbar itu," katanya memetik laporan Astro Awani, hari ini.

Laporan yang dikeluarkan semalam (12 Jun) oleh akhbar itu dipetik sebagai berkata, sejumlah 433 utas jam tangan dianggarkan bernilai RM80 juta ditemui dalam 37 beg yang dirampas dari kondominium yang dipercayai milik seorang bekas pemimpin negara.

Laporan surat khabar itu turut dipetik berkata, hasil penilaian ke atas jam tangan tersebut oleh pakar menganggarkan kesemuanya mencecah RM80 juta.

MR :
Hairan semenjak PH memerintah makin banyak berita palsu sehingga rakyat tak tahu mana satu yang benar atau palsu. Habis kerajaan lihat aje lah... tak perlu buat-apa.

......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
Whatsapp MR
Telegram MR
Facebook MR

# Boleh pilih (klik) nak komen guna facebook atau blogger

3 ulasan:

  1. Foto Jama yang di akui oleh Jama sebagai palsu akan di cari sampai lubang cacing. Pihak media yang buat posting palsu tidak perlu buat apa2?

    BalasPadam
  2. Kerajaan ph akan semakin tersepit dengan dasar liberal dan media bebas tajaan mereka.
    Tunggu masa saja.

    BalasPadam
  3. Lawak2. Padan dgn muka penyokong PH. Skrang kerajaan tersepit la..dulu beria2 tidak menyokong undang2 anti berita palsu. Sbb nya tau kenapa? Ianya disbbkan minda yg sempit. Dan gagal melihat ianya merangkumi kesuluruhan scenario semasa. Apa2 pun M'sia semakin terkebelakang. Selamat maju jaya🙃🙃🙃

    BalasPadam