Header Ads

ads header

Flash News

Perlantikan Tommy Thomas ada kepentingan dengan Lim Guan Eng?


Sebuah portal berita melaporkan semalam bahawa kerajaan telah mencadangkan Encik Tommy Thomas, seorang peguam berpengalaman untuk menjadi Peguam Negara.

Jika laporan ini benar, maka kami tidak bersetuju dengan cadangan tersebut atas sebab-sebab berikut:-

1. Encik Tommy Thomas merupakan bekas peguam yang mewakili YB Tuan Lim Guan Eng, Menteri Kewangan dalam kes isu banglo yang disiasat oleh SPRM. Apabila pihak AGC memfailkan permohonan menghina mahkamah ke atas YB Lim, Tommy Thomas telah bertindak bagi pihaknya. Baca:-

https://www.malaymail.com/s/1231201/guan-eng-to-set-aside-committal-proceeding-initiated-by-ag

2. Kes perbicaraan YB Lim masih belum selesai dan masih berjalan. Pihak pembelaan telah memaklumkan kepada mahkamah bahawa satu representasi untuk menggugurkan pertuduhan ke atas YB Lim akan dikemukakan kepada pihak AGC dalam masa terdekat. Baca:-

https://www.malaymail.com/s/1633123/guan-eng-to-apply-for-ag-to-drop-corruption-case

3. Jika Encik Tommy Thomas dilantik menjadi Peguam Negara, dan menerima permohonan representasi daripada YB Lim Guan Eng, ia akan terjumlah kepada ‘embarrassment’ dan konflik kepentingan kepada Encik Thomas kerana beliau perlu menimbangkan untuk menarik balik kes terhadap bekas anakguamnya di dalam kes yang mana beliau sendiri pernah terlibat menjadi peguam bertindak bagi pihak YB Lim.

4. Jika Encik Tommy Thomas menolak representasi tersebut dan meneruskan tindakan mendakwa YB Lim, ia juga akan menimbulkan konflik kerana beliau perlu mendakwa bekas anakguamnya sendiri. Either way, beliau akan berada dalam keadaan tidak selesa dan ini boleh mencemar dan mempengaruhi tindakannya sebagai seorang AG kelak.

5. Hubungan peguam-anakguam di antara Encik Tommy Thomas dan YB Lim juga tidak terbatas kepada kes banglo SPRM sahaja malah beliau juga merupakan peguam kepada kerajaan negeri Pulau Pinang apabila dilantik oleh YB Lim pada tahun 2013. Baca:-

https://limguaneng.com/index.php/2013/02/26/announcing-tommy-thomas-as-the-penang-state-governments-counsel-to-sue-the-election-commission-and-the-federal-government-encn/

6. Terlalu banyak konflik kepentingan akan wujud jika Encik Tommy Thomas dilantik menjadi AG. Kedudukan dan penglibatan Encik Tommy dalam kes-kes yang pernah diwakilinya sebelum ini khususnya kes banglo SPRM dan hubungannya dengan YB Lim sebagai anakguam beliau dikhuatiri akan menjejaskan dan meletakkan pejabat Peguam Negara dalam keadaan tidak menyenangkan dan boleh membawa persepsi negatif kepada masyarakat.

7. Kami tidak mempersoalkan tentang kelayakan dan pengalaman yang dimiliki oleh Encik Tommy Thomas namun peranan dan penglibatan Encik Tommy dan memandangkan situasi kes YB Lim yang masih belum selesai serta mengambil kira hubungkait kes ini dengan pejabat Peguam Negara, adalah lebih elok pelantikan Encik Tommy Thomas ditangguhkan sehingga isu ini diselesaikan dahulu.

- Ahmad Sufian -

......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
Whatsapp MR | Telegram MR | Facebook MR

3 ulasan:

  1. Perancangan asal adalah pihak yang dilantik harus neutral dan hidungnya tidak dipasang tali atau pada seluruh badannya tidak akan dipasang tali untuk menggerakkannya ikut arahan.

    Kini semua itu tinggal angan2. Status kuo akan kekal. Maksudnya ialah pengganti Pandi Dobi mempunyai status keneutralan dan kebebasan yang serupa dengan pihak sebelum itu.

    BalasPadam
  2. Minta PAS buat demonstrasi besar-besaran dalam bulan puasa ini membantah kezaliman Mahathir.

    BalasPadam
  3. Belumpun 100 hari dah nampak 2x5 PH dan BN...konflik kepentingan politik bukan untuk rakyat

    BalasPadam