Header Ads

ads header

Flash News

Penutupan bazar raya muktamad – DBKL


KUALA LUMPUR 28 Jun - Isu pengurusan sampah, ke­­sesakan lalu lintas dan penjualan semula tapak bazar pada harga tidak munasabah menjadi faktor bazar musim perayaan di Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) dan Jalan Masjid India di sini ditutup.

Walaupun mendapat bantahan daripada pelbagai pihak, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur hari ini tetap dengan keputusan menutup operasi bazar berkenaan berkuat kuasa tahun depan.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Mhd. Amin Nordin Abd. Aziz berkata, pihaknya memutuskan secara muktamad bahawa bazar itu ditutup ekoran pelbagai masalah yang timbul termasuk aduan pergaduhan dan salah laku penjualan tapak.

“Tindakan itu dilakukan untuk mengelak isu-isu berulang seperti itu berlaku sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati pelbagai pihak termasuk golongan pemilik premis perniagaan di sekitar tapak bazar.

“Kami juga menerima laporan yang mengatakan kawasan di Jalan TAR dan Jalan Masjid India ‘dikuasai sepenuhnya’ oleh golongan penjaja yang sebahagiannya adalah penjaja haram,’’ katanya kepada pemberita dalam Majlis Mesra Aidilfitri di Institut Latihan DBKL, Bandar Tun Razak di sini hari ini.

Jelas Mhd. Amin Nordin, penutupan bazar musim perayaan itu hanya melibatkan kumpulan penjaja musim Hari Raya Aidilfitri dan Deepavali tetapi tidak melibatkan pasar malam pada setiap hujung minggu di kawasan yang sama.

Mengulas mengenai bantahan keputusan itu, beliau berkata, persatuan penjaja dan orang ramai tidak berhak mempersoalkan keputusan DBKL kerana penganjuran bazar berkenaan hanya bersifat sementara walaupun dibuka sejak tahun 2003.

Menurut Mhd. Amin Nordin, masalah yang berlarutan sejak sekian lama itu perlu diselesaikan kerana menimbulkan kesusahan kepada banyak pihak.

“Perkara ini akhirnya menyusahkan banyak pihak dan DBKL tidak mahu ia terus berlaku. Demi kebaikan semua pihak baiklah ia ditutup.

“Keputusan kami ini mendapat sokongan pemilik-pemilik premis perniagaan yang membantah penganjuran bazar perayaan di situ,” tambahnya.

Selain itu katanya, masalah juga melibatkan pengurusan persatuan penjaja dan proses mencabut undi (undi tapak) yang dilakukan secara tidak teratur dan tidak adil.


MR : Ini belum lagi ada pilihanraya Majlis Perbandaran... Kalau ada Melayu akan berada ditepi tong sampah bersama sampah.. Itu mentaliti politik Melayu Islam di Malaysia..


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

2 ulasan:

  1. Terima lah keputusan. Nak sgt mengundi pakatan harapan mengharapkan mnjaga kbajikan, br tahu nikmat yg dpt sblm ni x disyukuri..
    Bila non islam dh pgg jwtn mjlis prbndaran nnti, siaplah peniaga2 mlayu di tepi2 jln diangkut.

    BalasPadam
  2. bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi. salahkan juga pihak yang sanggup bayar sewa mahal sedangkan harga sewaan itu saja boleh diagak akan ada unsur2 rent seeking. yang di halang di sini bukanlah perniagaan tetapi rent-seeking. ini bukan karpet bombing maka kalau ada collateral damage pun bukanlah besar. yang belum terkena itu jadikannya ianya satu peringatan.

    BalasPadam