Header Ads

ads header

Flash News

PAS kena belajar daripada peristiwa 11 September


Berdasarkan statistik Bancian Agama AS, selepas tragedi 11 September, angka umat Islam di negara itu melonjak kepada 6.1 juta pada tahun 2010 berbanding 2 juta pada tahun 2000. Jumlah itu kini dijangka hampir mencecah 7 juta.

Peningkatan terus menerus itu bukan kerana jumlah penduduk yang makin bertambah di negara-negara Muslim, tapi jumlah mereka yang memeluk Islam terus meningkat.

Ia merupakan satu fenomena yang menonjol terutama selepas serangan terhadap World Trade Center di New York pada 11 September 2001.

Orang di Barat selalu bercakap mengenai agama Islam, macam manakah Islam itu, apakah yang dikatakan al-Quran, kewajipan apakah yang harus dilaksanakan sebagai seorang Muslim, dan bagaimanakah kaum Muslim dituntut melaksanakan urusan dalam kehidupan hariannya.

Mungkin jika kita mengikut akal, peristiwa 11 Sepetember 2001 ini akan membuat umat Islam dipandang serong atau bersalah, tapi hikmahnya sebaliknya.

PAS kena bersedia

PAS kalah teruk di pantai Barat, terutamanya di Selangor daripada 15 kerusi tingga 1 kerusi. Di Melaka, Negeri Sembilan dan Johor 4 kerusi menjadi kosong. Malah PAS juga hilang beberapa kerusi di Perak dan Pulau Pinang.

Orang melihat PAS akan terus berkubur atau akan menjadi makin terpencil dalam dunia politik, apatah lagi bila pimpinan yang pengkhinat perjuangan PAS hampir 90% menang kerusi yang ditandingi. Maka dengarlah macam-macam sindiran di media sosial PAS bertanding 60 tahun lebih tak pernah menang. Pertimbangan Islam sebagai hujah kemenangan sudah hilang dan bukan lagi asas untuk perjuangan dikalangan mereka dan rakyat yang mengikuti.

Tambah pula Anwar Ibrahim yang baru bebas daripada hukuman dengan lantang untuk menawan Terengganu dan Kelantan pada PRU-15 nanti.

Ramai ahli dan pimpinan PAS menjadi lemah dan sayu. Kemenangan di Kelantan dan Terengganu seolah-olah tidak dirasai kerana sindiran dan ejekan daripada Pakatan Harapan terutamanya Amanah.

Saya melihat perkara ini secara mendalam. Meneliti dan mengolah forum-forum media sosial di pelbagai sudut seperti Tun Mahathir meneliti dokumen sehingga 4 pagi juga. Saya dapat rumuskan selepas daripada PRU-14 beberapa-beberapa tuduhan kepada PAS seperti ingin bergabung dengan UMNO dan menerima 'dedak' UMNO telah dianggap sebagai fitnah kepada PAS.

Walaupun PAS sendirian dalam PRU-14 ditambah pula jentera penerangan PAS pimpinan Ustaz Nasruddin Tantawi hampir gagal, Cybertropper PAS (Mujahid Siber) indah khabar daripada rupa. Strategi PAS bertanding 158 kerusi memakan diri tapi PAS ada beberapa kekuatan yang ingin difahami oleh rakyat Malaysia termasuk bukan Islam.


Mereka mencari maklumat tentang PAS. Ya kenapa PAS masih belum bersama dengan UMNO untuk membentuk UG sedangkan tuduhan ini dibenarkan oleh pimpinan parti AMANAH? Mereka juga ingin  tahu betul ke PAS dapat RM90 juta daripada UMNO? Betul ke Sarawak Report mengatakan Muktamar PAS di Shah Alam di'sponser' oleh UMNO. Betul ke himpunan RU355 dan FASTAQIM juga disponser oleh UMNO seperti diberitakan oleh Sarawak Report.

Siapa yang nak memberikan maklumat ini? Oleh itu PAS jangan leka, penerangan PAS kena buat sesuatu untuk memberikan maklumat ini walaupun nampak macam maklumat yang tidak begitu penting tapi mereka semua sedang mencari maklumat.

Setiap individu PAS perlu menjelaskan setiap perkara secara 'detail' termasuk kepada perkara yang asas berkenaan PAS. Bahan edaran mesti jelas dan ringkas, biar berulang kerana ada dikalangan mereka ini masih buta.

Saya penuh yakin apa yang berlaku ini sebenarnya menjadi satu titik cahaya kepada PAS untuk menjadi parti politik alternatif kepada Melayu Islam di Malaysia yang akan menerajui Malaysia dengan Islam.

Insya-ALlah.

ABBAS MOHD NOOR



......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
Whatsapp MR
Telegram MR
Facebook MR

# Boleh pilih (klik) nak komen guna facebook atau blogger

18 ulasan:

  1. Sy setuju..kt difitnah dgn teruk oleh PH..kelemahan ketara dari unit penerangan

    BalasPadam
    Balasan
    1. sya dah terangkan perkara ni kpd bekas calon PAS di selangor dan pahang..tp malang sekali jawapanya.."cuba anta pakai kasut kami pejuang Islam ni"...
      itu lah jawapan yg seolah2 masih nak pertahanlan benang yg basah walaupun diberitahu perlu perkuatkan media PAS dan pemimpian perlu berhati2 dlm keluar kenyataan yg boleh diputar belitkan oleh musuh..
      tp malang sekali..itu lah pemimpin PAS yg sukar menerima pandangan org bawahan..bila ditegur sikit, guna nama Islam Pejuang Islam.,
      pemimpin PAS perlu berjiwa besar dan kenyataan mesti mencerminkan Malaysia..bukan mencerminkn Islam semata2..ni bila cakap begini, pimpinan PAS akan kata, ini kata2 org kecewa atau ini kata2 puak2 PAN..itu lah pimpinan PAS yg sukar terima pandangan org bawahan kuli batok ni..walaupun aku tak ishtiharkan aku pejuang PAS, namun tenaga aku, aku gunakan utk menangkan PAS dgn cara tersendiri..aku duduk bantu juga bangsal panas PAS walaupun sekejap shj kerana terpaksa pulang segera kerana kerja..
      tqvm

      Padam
    2. Sama la kita. Penat tegur.. niat nak tolong PAS tapi mcm2 kena. Siap ada cakap saya cybertrooper PH. Ubah la..

      Padam
    3. Saya tolong pas demi islam sebab pas sahaja saya lihat yang benar2 perjuangkan islam dan semua rakyat malaysia tahu tapi fitnah yang dilemparkan memg datang dari pertolongan setan dan bantuang dari puak munafik libral ini dugaan untuk semua umat islam malaysia miga kita umat islam terus berjuang dijalan allah. Moga allah menberi pertolongan bagi umat islam kuat mempertahankan islam ameeeen

      Padam
  2. Sabda Rasulullah S.A.W:

    إِنَّهُ لاَ يَدْخُلُ الجَنَّةَ إِلَّا نَفْسٌ مُسْلِمَةٌ، وَإِنَّ اللَّهَ لَيُؤَيِّدُ هَذَا الدِّينَ بِالرَّجُلِ الفَاجِرِ. صحيح البخاري (4/ 7)

    “Sesungguhnya tidak masuk syurga melainkan seorang yang dirinya Islam. Dan (kadang- kadang) Allah menolong agamanya dengan orang yang jahat” (Sahih Bukhari 4/7)

    “Sejahtera Bersama Islam”

    ABDUL HADI AWANG
    Presiden PAS
    Bertarikh: 24 Ramadhan 1439 / 9 Jun 2018 - HARAKAHDAILY 9/6/2018

    BalasPadam
  3. Kalau kehandalan dan pencapaian disandarkan hanya kepada kemenangan dan bukan pengisiannya maka parti Melayu adalah jauh lebih handal dan tertinggi capaiannya berbanding lain2 parti. Ini kerana parti Melayu telah menang sebanyak 13x!

    Sedangkan yang lain2 itu termasuk yang baru berusia setahun jagung, lebih2 pun baru sebulan menikmati kemenangan sulung. Oleh itu tunjuklah sedikit kulit yang tebal yakni segan untuk mendabik dada dengan pencapaian yang sebanyak itu.

    BalasPadam
  4. Ketua Penerangan PAS gagal dlm melwan arus media baru. Saya xnafikan ilmi dlm islam, tp bg urusan penerangan bagilah pada yg ahli dan kepada anak muda. Kena bijak atur strategi.Iya, dalil perlu bila berhujah & dlm masa yg sama bijak membaca & menangkis serangan musuh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju.. penerangan pas lemah. Siap cakap.. biarlah diorg nak fitnah pas. Adui.. saya simpulkan.. pas ni masih politik kampung. Org dh sampai bulan.. pas masih duduk bawah tempurung. Mana laporan pasca pru14? Nak tgk jugak apa jawapan yg pas nak bagi.. ingat!! Jatuh umno kerana diorg syok sendiri..

      Padam
    2. Kegagalan penerangan PAS adalah kegagalan kamu dan aku. Jadi tak usahlah menyalahkan sesiapa kecuali diri kamu sendiri.

      Padam
    3. Pas tak kalah dan penerangan pas tak gagal tapi berjaya membuka minda umat islam dengan jelas begitu bahayanya fitnah dan pas tidak perlu ikut fitnah dan tetap berjuang dengan cara yg terbaik kerana fitnah lebih teruk dari menbunuh. Istikomah berjuang kejalan allah.

      Padam
  5. Saudara Abbas ,
    Apakah kemenangan PRU itu ukuran Islam ?
    Tidakkah cukup bagi kita dapat keredhaan Allah ?
    Mereka yang dapat kemenangan semasa PRU 14 itu. Apakah mereka itu berjaya atau sekadar menjadi Pak Turut kepada segala tuntutan orang kafir ?

    Penerangan..... ya penerangan. Kamu buat apa selama ini ? Sekadar menuding jari kepada orang lain , semua orang boleh buat. Monyet dan babi pun boleh buat.

    Sebelum menyalahkan penerangan PAS , lihat dahulu diri sendiri. Apa diri sendiri sudah buat untuk PAS ? Kalau sekadar tulis blog , tak usahlah nak bincang panjang lebar. Diri sendiri itu memang malas nak berdepan dengan non Muslim , lagi nak salahkan orang lain.

    Cerminlah diri sebelum berkata-kata.

    BalasPadam
    Balasan
    1. 1. Pertama tuan faham tak apa di tulis oleh Abbas?
      2. Kena beza dengan keredhaan Allah dengan muhasabah diri atas apa berlaku.
      3. Tuan tahu tak bahawa blog dan media sosial itu penerangan? Tuan tahu tak penyelerasan dibuat oleh Penerangan PAS meliputi apa yang Abbas menulis?
      4. Rasa apa yang ditulis Abbas mungkin tuan sendiri tidak faham. Tuan tahu tak apa berlaku dalam Harakahdaily? Tuan Tahu apa berlaku dalam mujahid Siber? Tuan Tahu tak apa berlaku sehingga audio Nik Abdul disebar? Rasanya semua itu ada dalam pengetahuan Abbas

      Padam
    2. 5. Tuan tahu tak setiap group Mujahid siber ada baiah yang menjadikan Mujahid siber "pasif" kerana setiap group "bos" penerangan pantau semua ahli-ahlinya?

      Padam
    3. Saya memang tidak tahu secara teliti. Namun janganlah cepat menyalahkan orang lain dalam usaha agama ini. Banyaklah bersabar dan bantu membantu sesama Islam.

      Kita kalah PRU bukan berarti kita kalah dalam berjuang.

      Ingatlah bahawa segala apa yang berlaku , kalah atau menang adalah ujian dari Allah.

      Masing-masing perlu muhasabah diri. Ini adab dalam berpasukan. Apatah lagi dalam jemaah.

      Kita perlu bekerja sebagai satu pasukan. Yang kuat patut tolong yang lemah. Tiada one man show. Semua kena saling bantu membantu. Bukankah ini selaras dengan Budaya Matang dan Sejahtera ?

      Padam
  6. Sebenarnya saudara ,
    Kegagalan PAS adalah kegagalan seluruh umat Islam. Tak kira siapa dan di mana. Umat Islam sedar atau tidak , semua ada tanggungjawab untuk mendokong agama Allah. Suka tak suka , itu lain cerita. Kewajipan mendokong agama Allah tak kiralah usaha politik atau usaha agama bukan politik , ianya adalah wajib.

    Wajibnya usaha agama ini adalah seperti wajibnya Solat fardhu ke atas kita. Dalam solat kita, kita kata innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbilalamin. Sesungguhnya solatku , pengorbananku , hidup dan matiku hanyalah untuk Allah Tuhan sekalian alam.

    Namun lihatlah kesedaran yang ada bagi umat Islam semua. Mereka melakukan sesuatu perkara dalam hidup mereka tanpa menghiraukan halal haram hukum hakam.

    Saudara Abbas ,
    Tanggungjawab menghidupkan dan memelihara agama Allah ini bukan hanya tanggungjawab PAS , tapi tanggungjawab seluruh umat. Sama ada mereka sedar atau tidak , suka atau tidak , tanggungjawab ini mereka dan kita semua pikul.

    Jadi sebenarnya takde persoalan yang lebih baik ditanya dimanakah silapnya perjuangan PAS kecuali diri sendiri yang sepatutnya menjawab.

    Sedarlah saudara , satu jari menuding orang lain , empat jari menuding diri sendiri.

    Maka saya nasihatkanlah semua termasuk diri sendiri , muhasabahlah diri. Fikir panjang bagaimana diri dapat contribute untuk Islam secara individu , berkumpulan , dalam satu pasukan atau komuniti da dalam jemaah.

    Perlu ada konsistensi. Perlu ada munajat di malam hari.

    Sekian Wassalam.
    Mr. Kama
    Coventry.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya setuju dan rasa terkesan dengan ulasan tuan dan sekarang bukan masa untuk menyalahkan pas tapi ini sebenarnya adalah satu anjakan bagi kita umat islam supaya lebih berhati2 dan bawalah islam dari keluarga kita dan masyarakat setempat kerja dakwah wajib pada semua umat islam dan tanggungjawan perjuangan islam terletak pada setiap umat islam pas adalah landasan jamaah perjuangan islam maka umat islam bertanggungjawab atas perjuangan yang dibawa pas. Muhasabah diri kita demi agama islam.

      Padam
  7. Saudara Abbas ,

    If the failure of PAS in winning the election falls on the Communication team , then the failure is actually your failure and my failure. Not only that , it is the failure of the ummah as a whole.

    We must work together as a team. We should adopt "No blame Culture" which is consistent with "The Culture of Maturity and Prosperity - Budaya Matang dan Sejahtera "

    Nobody can change the past. But Allah has made it happen so that we as an Ummah can reflect and ponder , and make adjustment for repentance and rectification. We do this everyday in our prayer in our do'a. And we need to sit down and be open.

    Our attitude towards the mistakes made by our brothers must be that of forgiveness and discovery. Forgive means you accept your weakness and ready to make improvement. Discovery means that you make yourself ready to explore your methodology and your approach.

    So do not dwell in blame. No. Islam doesnt teach us to dwell in the past and seek blame. Remember , that it was Allah that make things happen. It was Allah that determines who wins or lose.

    Those who lose hope in Allah will not harm Allah , those who are steadfast in Allah 's deen shall reap the reawrd in the Hereafter. This is His promise.

    So move on and learn from the past. We shall be victorious. We won two states. We almost win Kedah. Isn't that not a blessing from Allah ?

    What we can do is that we can prove to the people of Malaysia that we are capable in running the state that we won. Build up neatly the two Islamic state of Kelantan and Terengganu. Keep things simple , tidy and clean. Work out a good plan in governance. InsyaAllah PAS will be victorious.

    Mr. KAMA

    Coventry

    BalasPadam
  8. Tiada sejarah perjuangan sebagai penolong agama Allah yang terhindar dari serangan fitnah,ancaman,kehilangan kebebasan,nyawa,harta,rakan dan lain lain.Itu adalah sunnahtullah Islam. PAS mustahil dapat lari dari serangan perspeksi sisi gelap yang di jaja oleh musuh yang di ulang ulang. Memang ada kalangan pimpinan PAS yang jenis mulut longkang atau gila publisiti serta ghairah kepada mikrofon yang dihulur oleh para wartawan.Mereka bercakap berdolak dalik,tidak konsisten tanpa memikirkan natijah yang timbul ataupun tahap pemahaman pengundi...ucapan ini diputarbelit ataupun dipergunakan balik oleh pihak musuh politik PAS yang adakalanya payah ditepis balik oleh para penyokong. Antaranya sebagai contoh banyak ungkapan Dr Zuhdi Pegawai penyelidik PAS tidak bijak dan boleh menolong PAS.Nada ucapan tidak banyak beza dengan trend ucapan UMNO. Berbeza dengan ikon pemuda PAS saudara Shahir yang lebih pragmatik serta dinamik . Berbalik kepada serangan fitnah PRU 14 yang lalu maka sudah tiba masanya PAS melihat peranan Harakah. Mengurus serangan fitnah musuh tidak cukup dengan menyalahkan pihak musuh sahaja. Kekalahan PAS di Selangor bukan bererti penolakan total terhadap PAS...mood para pengundi ingin menguburkan BN dan mereka tidak ingin undi berpecah antara PH dan PAS yang akhirnya menguntungkan BN. Pasca PRU 14...Usah bandingkan dengan kemenangan beberapa calon Amanah dan Bersatu..kemenangan mereka hanya ibarat penumpang kapal PH...bukan atas kapasiti kekuatan mereka sendiri.PAS telah menguasai dua negeri dengan sokongan padu rakyat...oleh itu peluang ini dipergunakan sebaik mungkin dengan memasarkan kerajaan PAS

    BalasPadam