Header Ads

ads header

Flash News

Parti Amanah makin kemaruk dengan kuasa


Berita Kosmo menuiarkan Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Kedah, Dr. Ismail Salleh berkata, kenyataan pemimpin Pas yang menjangkakan berlaku PRN  di negeri ini menyerlahkan sikap sebenar parti itu yang tidak memahami mesej rakyat dan tamak kerana inginkan kuasa dengan cara tidak betul.

1) Saya masih tak dapat hadam pernyataan "PAS gila kuasa" di Kedah. Gila kuasa kat mana pulak ni? Kemelut kerajaan 50% PH Kedah belum ada penyelesaian. Bila PAS kata kerusi kerajaan dan pembangkang seri 18-18, ada pemimpin PH kata "Sapa kata seri... PH 18, PAS 15, BN 3 seri tang mana?"

2) PAS dah tawarkan konsep kerajaan perpaduan PH-PAS-BN. Tapi PH pula tak nak sebab dah kemaruk sangat nak full power di Kedah walaupun 50% sahaja kekuatan. PH tolak mentah-mentah idea PAS. Rasa malu dengan negeri-negeri PH yang lain ka kalau buat kerajaan perpaduan?

3) Sebab ada PH ada 18 kerusi, PAS ada 15 kerusi itu laa yang buatkan PAS rileks je nak jadi pembangkang. PH nak jadi kerajaan penuh. Angkat sumpah, dan terus lantik exco - tanpa ambil kira kuasa hanya ada 50%. Bentuk kerajaan tanpa kaji. Tipikal PH, langgar dulu baru kaji?

4) Disebabkan PH dah angkat sumpah MB dan exco semua, PAS kata oklah. Teruskan lah, PAS sedia jadi pembangkang, dah PH taknak kongsi kuasa melalui kerajaan perpaduan.

5) Tiba-tiba kecoh pulak pasal perlantikan speaker. Atas congak PAS dan BN berada di blok pembangkang, keadaan 18-18 akan jadi PH 17 dan PAS/BN 18 apabila speaker dilantik daripada kalangan wakil rakyat PH. Kalau PH yakin 3 wakil BN takkan memihak kepada PAS, apa nak kalut sampai tuduh PAS gila kuasa?

6) PAS dah offer penyelesaian - lantik 1 Adun PAS atau BN sebagai speaker. Maka kerusi kerajaan PH akan kekal 18, dan blok pembangkang PAS/BN tinggal 17. So, kerajaan akan dapat majoriti dalam setiap undian dalam dewan jika tak ada wakil ponteng. Sekali lagi tiba-tiba PH mengamok, kata PAS gila kuasa pasal mintak kerusi speaker.

7) Saya tak dapat hadam lagi PAS gila kuasa kat mana. PAS offer nak pegang kerusi Speaker salah, PAS nak jadi pembangkang sepenuhnya pun salah. Yang tak salah ni PH. Yang tak gila kuasa pun PH. Tak payah kacau PAS lah kalau macam tu. Cer pujuk BN yang 3 orang tu lah pulak.

8 ) Saya lebih prefer bubar saja DUN jika dah mangkaq sangat tak reti bertolak ansur cari penyelesaian. Buat PRN. Biar PAS kalah terus, kan senang kerja PH. Kata kuat... lawan saja lah. Saya pernah sembang dengan seorang dua Adun PAS mengenai PRN, depa kata "kalau berlaku PRN, kita lawan saja, kalah pun takpa kita tak kalut".

Bwahahahaha....

Sekian

Dr Tanaka MustafaP/s: Saya cadangkan PH hasut wakil-wakil BN supaya lompat masuk PH. Hasut kata kalau berlaku PRN, depa BN akan kalah semua. Bwahahahaha...


......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
Whatsapp MR
Telegram MR
Facebook MR

# Boleh pilih (klik) nak komen guna facebook atau blogger

7 ulasan:

  1. Yang gila kuasa bukan PAS sebab PAS sudah tawarkan penyelesaian..yang gila kuasa ialah amanah dan ph yang tamak ingin bolot semua jawatan walaupun kerusi seimbang...PAS hanya minta jawatan speaker DUN...yang lain semua PH bolot...itupun tuduh orang lain yang tamak...Pakatan harubiru memang sinonim dengan putar alam yang tidak tumpah dengan kisah pengembala kambing yang mengulang cerita bohong kambing kena baham serigala....bila PH berkuasa rakyat mulai sedar sudah kena kencing...

    BalasPadam
  2. Pemilihan posisi dalam mana2 badan/gerakan harus mengikut sistem yang standard.

    Pemilihan Top Post contohnya mungkin mengguna pakai persetujuan bersama dan bukan menerusi peti2 undi: bilangan kerusi.

    Walhal sistem yang berbeza telah diamalkan diperingkat pentadbir negeri sejak dari dahulu yang mana pilihan pentadbir adalah berdasarkan kerusi majoriti.

    Maksud kerusi majoriti adalah miliki lebih dari 50% kerusi dalam Dun, bukan 50% kerusi dalam Federal dan bukan parti mana yang paling banyak kerusi.

    Kekeliruan ini timbul kerana ada dua amalan yang berlainan yang ditempuhi oleh PH seolah2 PH mengamalkan 2 MAZHAB dalam satu masa. Akhirnya kekeliruan itu beri kesan pada amalan peringkat negeri.

    BalasPadam
  3. Mengikut prinsip demokrasi, pakatan tidak berhak menubuhkan kerajaan negeri Kedah sebab pakatan tidak mendapat simple majoriti.

    Kedudukan sekarang ialah pakatan 18 (terdiri beberapa parti yang mendapat sedikit kerusi) vs PAS dan UMNO 18 kerusi.

    Maka penyelesaiannya ialah sama ada kerajaan campuran (cadangan PAS) atau PRN.

    Pakatan ada beranikah?

    Kita yakin jika PRN berlaku, pakatan akan kalah sebab rakyat sudah melihat bagaimana pakatan sengaja menipu rakyat dengan memungkiri pelbagai janji pakatan sendiri.

    Pakatan ada beranikah ?

    BalasPadam
  4. PH .. Putaq Habihh,,, ,,

    BalasPadam
  5. PH pun x konfiden menang PRU Kedah wlupn dah menang persekutuan

    BalasPadam
  6. yg duk layan pangkhianat gila kuasa tu pasal apa?

    BalasPadam
  7. depa pun tak brani nak buat PRN..tu yang pusing merata tu..hantaq khadam PAN buat fitnah dan perspepsi buruk kat PAS..
    istilah demokrasi pun depa tak paham, nak sembang tajuk besaq2 lagi la depa pening..
    tak payah pening2, biaq kat depa terjun dgn labu2nya..kita wait n see saja..yang penting kita doa agar Allah S.W.T. tetapkan kita dalam perjuangan PAS ini.. Aamiin..
    sampai masa berjuang, kita turun dan bantu ramai2.. InsyaAllah..
    jangan lupa paksa adik beradik, jiran2, sahabat handai untuk daftar mengundi..ni WAJIB.. jgn dok tunggu besok, lusa.. daftar SEKARANG..

    BalasPadam