Header Ads

ads header

Flash News

Pakatan Harapan tidak mencerminkan realiti demografi negara ini


GOMBAK: Seorang ahli akademi berkata Pakatan Harapan perlu hidup dalam “2 dunia” pasca pilihan raya umum kerana isu Melayu dan Islam masih penting kepada pengundi.

Bercakap di tepian sebuah seminar analisis PRU14 hari ini, Prof Mohamad Abu Bakar dari Universiti Malaya berkata kepentingan isu-isu itu terutama dalam kalangan pengundi Melayu menyebabkan pemimpin Melayu PH sukar melepaskan politik lama.

“Mereka tidak semestinya perlu menjadi Umno, tetapi ada ketika mereka perlu bawa isu Melayu atau hilang sokongan,” katanya di seminar anjuran Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Ini kerana Islamisasi sudah berjalan sekian lama dan proses itu akan berterusan, mungkin membawa kepada sikap ortodoks yang semakin menebal.

“Pemimpin PH mungkin tidak akan menghala ke situ tetapi mereka sama sekali tidak boleh mengabaikannya,” katanya.

Beliau mengingatkan adakalanya pemimpin PH perlu memujuk para pengundi.

Felo penyelidikan kanan di Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik UM itu merujuk kepada kecaman demi kecaman terhadap isu kenyataan media berbahasa Mandarin dari Menteri Kewangan Lim Guan Eng, termasuk daripada PH.

Beliau berkata tidak mudah untuk pemimpin Melayu dalam PH melepaskan “dunia lama”, kerana ramai yang mengundi PH pada pilihan raya lepas adalah orang Umno sendiri dan sokongan mereka bersifat sementara.

Sementara itu, pengkritik sosial Chandra Muzaffar, yang hadir di acara hari ini berkata politik kaum dan agama antara cabaran yang perlu dihadapi kerajaan PH.

Ini kerana gabungan pemerintah tidak mencerminkan realiti demografi negara ini walaupun ia bersifat pelbagai kaum, dan kali ini, pemerintah berdepan pembangkang majoriti Melayu.

“Isu kaum, agama dan bahasa mesti ditangani secara progresif dan tidak boleh dilihat seperti dilemahkan.”

Contoh isu sensitif ditangani secara progresif ialah pendirian Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam isu penggunaan kalimah “Allah” oleh orang bukan Islam.

Sebelum ini Anwar dilaporkan berkata orang bukan Islam boleh menggunakan kalimah “Allah” asalkan ia tidak disalahgunakan. Ini selepas Kementerian Dalam Negeri melarang gereja Katolik menggunakan kalimah “Allah” dalam penerbitannya pada 2009.

“Jadi tanganilah isu tadbir urus dan ekonomi, tetapi dalam masa yang sama isu identiti, ras dan agama. Kedua-duanya penting,” katanya.


MR : PH yang tidak seimbang ini hanya menunggu masa sahaja untuk pecah, antara yang memecahkan keluarga ialah harta. Begitu juga PH....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

5 ulasan:

  1. "Sebelum ini Anwar dilaporkan berkata orang bukan Islam boleh menggunakan kalimah “Allah” asalkan ia tidak disalahgunakan. Ini selepas Kementerian Dalam Negeri melarang gereja Katolik menggunakan kalimah “Allah” dalam penerbitannya pada 2009."

    Komen:

    Isu ini adalah satu cabaran besar buat ultra malay bilamana duduk dalam satu kapal dengan Mo1(8) menunggu, itu sama ada nak terus jadi ultraman atau ikut saranan erogantman.

    BalasPadam
  2. Mudah mudahan Pakatan harbi hancurlah hendaknya aminnn

    BalasPadam
  3. Amiiin ya allah

    BalasPadam
  4. Ini kerana Islamisasi sudah berjalan sekian lama dan proses itu akan berterusan, mungkin membawa kepada sikap ortodoks yang semakin menebal.
    ...

    Setuju. Realiti Muslim Melayu Malaysia semakin "ortodoks". Namun bkan shj komposisi pakatan tidak menggambarkan realiti ini, tp BN juga tidak. Kedua2nya hanya mampu memberi lip service dan window dressing shj kpd sikap ortodoks utk mengambil hati org melayu. Klu zaman Umno dulu, ketuanya ke hulu ke hilir pakai kopiah dan jubah, dan menganjurkan nasyid2 ya hanana. Zaman Pakatan ni kita tgk kan je sandiwara mereka pula.

    Memang ramai pengundi pakatan dr kalangan org melayu khususnya di pantai barat mengambil sikap berhati2 dgn Pakatan. Ramai yg menolak BN dan Pas dgn hati yg berat. Mereka rela memberi peluang kpd Pakatan tp bukan on a silver plater. Setiap tindak tanduk kerajaan Pakatan akan dikritik dgn berat. Guan Eng jgn cuba2 nak test air yg tenang, walaupun atas arahan Madey.

    BalasPadam