Header Ads

ads header

Flash News

Nilai Islam orang Malaysia ialah RM25


KOTA KINABALU: Dua pelancong China yang berkelakuan tidak senonoh dengan berpakaian seksi sambil menari di tembok Masjid Bandaraya Kota Kinabalu di sini, baru-baru ini, didenda oleh Mahkamah Majistret, hari ini.

Wan Han, 37, dan Zhang Na, 25, kedua-duanya guru tarian, masing-masing didenda RM25 selepas didakwa mengikut Seksyen 15 Ordinan Kesalahan Kecil Negeri Sabah kerana berkelakuan tidak sopan di kawasan awam.

Majistret Cindy Mc Juce Balitus mengenakan hukuman itu selepas kedua-duanya yang tidak diwakili peguam mengaku salah selepas pertuduhan dibacakan kepada mereka.

Mereka dituduh melakukan kesalahan itu di tembok masjid berkenaan pada jam 4.30 petang, 23 Jun lalu.

Ahad lalu, pengurusan Masjid Bandaraya Kota Kinabalu menutup kawasan masjid kepada semua pelancong asing, susulan tersebar video berdurasi 10 saat menunjukkan aksi tidak senonoh dua wanita sambil menari ala `K-pop' di tembok rumah ibadat itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra, berkata dua pelancong wanita itu ditahan di lobi sebuah hotel di sini pada jam 11 pagi.

Katanya, siasatan dan tangkapan dibuat susulan laporan polis oleh seorang lelaki berumur 55 tahun mewakili sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Ahad lalu.

"Kedua dua wanita itu telah membuat pengakuan bahawa tindakan mereka adalah tanpa sebarang niat untuk mengaibkan kesucian tempat ibadat melainkan untuk hiburan semata-mata.

"Mereka memaklumkan akan pulang ke negara asal dengan penerbangan pada jam 8 malam ini," katanya menerusi kenyataan, malam ini.

Chandra berkata, Konsul China di Kota Kinabalu telah dimaklumkan mengenai tangkapan dan siasatan terhadap kedua-dua wanita itu.






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

8 ulasan:

  1. Kita umat Islam amat terkejut kerana kedua-duanya guru tarian China, masing-masing didenda hanya RM25 selepas mereka menghina Islam sedangkan kesalahan mereka amat serius iaitu menghina agama Islam dan seluruh umat Islam di negara ini.

    Adakah denda RM25 ini setara dengan penghinaan mereka ke atas agama Islam dan seluruh umat Islam?

    Bukankah denda RM25 ini seolah-olah satu penghinaan ke atas agama Islam dan seluruh umat Islam di negara ini?

    Bukankah ini akibatnya apabila orang kafir diberi kuasa?

    Jika pesalah-pesalah tersebut didenda RM25 sahaja, maka kita tidak akan terkejut jika lebih ramai lagi orang kafir akan menghina agama Islam dan umat Islam. Bukan setakat RM25 , RM100 pun mereka boleh bayar sebab denda terlampau rendah , lebih rendah dari saman kereta!

    Inilah akibat buruk apabila sebilangan umat Islam yang jahil murakkab kerana mereka mengundi calon munafik dan calon kafir sedangkan Allah dan RasulNya telah melarang umat Islam dari mengundi dan melantik calon munafik dan calon kafir menjadi pemimpin kerana pemimpin munafik dan pemimpin kafir tidak pernah redha kepada agama Islam dan umat Islam:

    (1) "Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi WALI (PEMIMPIN / PELINDUNG) dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Inginkah kamu mengadakan alasan yang nyata bagi Allah (untuk menyiksamu) ?"
    An-Nisaa' : 144.

    (2) "Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang yang membuat agamamu jadi buah ejekan dan permainan, (yaitu) di antara orang-orang yang telah diberi kitab sebelummu, dan orang-orang yang kafir (orang-orang musyrik)jadi PEMIMPINMU. Dan bertakwalah kepada Allah jika kamu betul-betul orang-orang yang beriman."
    Al-Maa-idah : 57.

    (3) “Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu.” Surah Al-Baqarah ayat 120

    Sepatutnya kita semua umat Islam menjadikan si 'Ahok' Jakarta sebagai pengajaran kepada kita untuk menolak semua calon munafik dan calon kafir.

    Mengapa sebilangan umat Islam undi pakatan sedangkan sebilangan pemimpin pakatan telah menghina ajaran Islam dan menafikan hak umat Islam?

    Jika kita semua umat Islam sebagai rakyat majoriti (66%) mengundi parti Islam PAS pimpinan ulama Islam dalam PRU14, kita masih mampu untuk menggulingkan kerajaan BN dan PAS boleh membentuk kerajaan Islam untuk membela agama Islam dan hak umat Islam dan rakyat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ap yg nk herankn..this is malasia mlasian.. everything open minded..Islam diletakn paaaaling bawah..ni krna apa..krna kebodohan melayu..ment liti mcm zman purbkala..

      Padam
  2. ini disebabkan hati ada penyakit

    BalasPadam
  3. Ya Allah sedihnya penghinaan terhadap islam hanya denda rm 25.akan berleluasa lagi la hinaan kafir dinegara ini.Moga Allah berilah balasan yang setimpal kepada pemimpin 2 lakhnat dinegara inidan juga kepada pengundi2 pemimpin kafir dan munafik.

    BalasPadam
  4. bila kapir haramjadah jadi hakim

    BalasPadam
  5. Mereka bykan didenda kerana menghina agama Islam ttp mengikut undang2 sivil. Kalau Sabah ada undang2 Islam, bolehlah hukum berat kerana mencemar Islam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Denda RM25 adalah penghinaan ke atas Islam dan seluruh umat Islam oleh puak kafir rasis.

      Bukankah seluruh Malaysia mempunyai undang-undang yang sama?

      Padam