Header Ads

ads header

Flash News

Minyak naik 19 sen, parti Amanah jadi “pasu bunga” dalam Harapan


Harga runcit petrol jenis RON97 naik mendadak sebanyak 19 sen bermula pukul 12.01 tengah malam tadi bagi tempoh seminggu, hingga 13 Jun ini.

Pengumuman secara drastik mengenainya dinyata hanya menerusi laman sosial Facebook rasmi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, petang semalam.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng pula dalam satu kenyataan berkata, bermula hari ini, harga RON97 akan mula diapungkan secara apungan terurus pada harga RM2.66 seliter sehingga 13 Jun ini.

Katanya, kerajaan sudah menetapkan bahawa harga jualan runcit bagi produk petroleum RON95 dan diesel dikekalkan masing-masing pada harga RM2.20 seliter, dan RM2.18 seliter.

Ia sekali gus membuktikan pentadbiran baharu Pakatan Harapan gagal melaksanakan janji manifesto mereka sendiri konon harga RON95 bakal diturunkan sehingga RM1.50 mengikut kempen facebook (walaupun tak ada tercatat khusus dalam manifesto) selepas sehari menawan Putrajaya.

Untuk menunjukkan kerajaan Pakatan Harapan kononnya prihatin Guan Eng berkata, kerajaan juga konon sudah memperuntukkan RM3 bilion sehingga hujung tahun 2018 untuk menanggung subsidi pengekalan harga runcit petrol dan diesel.

Rakyat diam sahaja?


Mungkin dulu harga RM2.20 sangat membebankan rakyat tapi semenjak Pakatan Harapan dengan parti majoriti bukan Islam menguasai kerajaan maka sekarang tidak lagi membebankan rakyat.

atau mungkin?


Penyokong Pakatan Harapan mempunyai kesabaran yang tinggi  dengan slogan dengan Islam sebagai Rahmatan Lil Alamin mereka termasuk majoriti golongan liberal, bukan Islam, LGBT memahami konsep sabar.

Yang pelik mana pimpinan parti AMANAH yang dulunya menjadi juara membantah harga minyak ketika RM2.20 seliter?


Si Mahfuz Omar, dengan bowl dan 'berkot' dalam panas sanggup membantah harga minyak. Sekarang tak ada suara. Sibuk 'mencatur' jawatan setelah mendapat kerajaan baru. Rakyat dan perjuangan ketepi dulu. Isi perut lebih utama.





Bayangkan mereka ini (pimpinan parti Amanah) dengan pakaian "musim dingin" sanggup berpanas untuk membantah harga minyak.

Mana pergi mereka semua apabila RON97 naik 19 sen?
Apa mereka ingat rakyat semua minyak RON95 sahaja. Dahlah RON95 tak turun sama dengan harga perompak Najib. Apa beza kamu dengan Najib?

Pimpinan Amanah sekarang sedang sibuk mencatur jawatan, Dr Hatta di lobi menjadi speaker. Perjuangan rakyat hanya bohong sahaja.

Kononnnya parti AMANAH bukan sekadar mencari pengaruh dan kuasa, tetapi berperanan besar membawa misi islah dan tajdid, meneroka makna sebenar progresif dan kesederhanaan, dengan Islam sebagai Rahmatan Lil Alamin hanya omong-omong kosong dan cogankata 'menyedap' santapan igauan ahli bagi manrik ahli PAS.

Parti AMANAH tidak lebih sebagai PASU BUNGA dalam Pakatan Harapan yang telah mengkhianati perjuangan rakyat.

ABBAS MOHD NOOR



......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
Whatsapp MR | Telegram MR | Facebook MR

# Boleh pilih (klik) nak komen guna facebook atau blogger

3 ulasan:

  1. Belum dapat horse power: segak pakai kotie (kot&necktie), kulit kalis matahari dan dibahu tersandang senapang mainan dengan peluru penabur. Kat fesbuk: 'On call 24/7'!!!

    Sesudah dapat horse power: baju singlet, ditangan ada bracelet:'allergik cahaya matahari' dan dipinggang disisip pistol air yang dipasang penyengap/silencer. Kat instagram: 'no house call' appt 8-9 only.

    Wakakaka

    BalasPadam
  2. Pemimpin munafik

    BalasPadam