Header Ads

ads header

Flash News

Mampukan Maszlee Malik usik Sarawak tanpa kebenaran Tun?


Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata pihaknya mengambil tindakan tegas berhubung projek hibrid solar bernilai RM1.25 billion di Sarawak yang didakwa diberikan melalui penganugerahkan kontrak secara terus di bawah arahan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

Maszlee juga berkata pihaknya sudah mula menyiasat skandal berkenaan sejak minggu lalu.

"Saya maklum mengenai laporan oleh media mengenai kemungkinan wujudnya penyelewengan dalam pemberian kontrak perbekalan tenaga solar kepada sekolah-sekolah di Sarawak.

"Saya telah mula menjalankan siasatan terperinci mengenai kes ini sejak minggu lepas. Pihak-pihak berkuasa yang berkaitan juga telah dimaklumkan," katanya kepada Malaysiakini.

Maszlee turut menjelaskan bahawa tindakan tegas telah diambil pada 8 Jun lalu dan akan diumumkan secara rasmi esok.

Najib didakwa mengarahkan Kementerian Pendidikan pada Januari tahun lalu agar melantik sebuah syarikat bagi projek hibrid solar untuk 369 sekolah pedalaman di Sarawak.

Syarikat itu yang turut menjalankan perniagaan kereta sewa dan dimiliki oleh timbalan ketua bahagian sebuah parti pemerintah Sarawak.

Sebagai sebahagian daripada kontrak itu, syarikat berkenaan membekalkan diesel dan menyelia generator di sekolah.

Beberapa sekolah dilaporkan tidak menerima bekalan diesel yang mencukupi atau penyelenggaraan generator yang menyebabkan gangguan bekalan elektrik.

Sekolah di Kanowit, Sawarak terpaksa mencatu operasi generator di sekolah kepada dua kali sehari ekoran pengurusan dan penyelenggaraan yang tidak cekap syarikat berkenaan.

Mac tahun ini, Kementerian Pendidikan menghantar surat kepada syarikat berkenaan bagi meminta penjelasan tentang perkara itu memandangkan projek itu diberikan kepada mereka sejak 2017.

MR :
Ramai pimpinan BN Sarawak ada 'link' dengan Tun Mahathir.. Mampukah Maszlee Malik usik orang-orang Tun Mahathir? Atau ini sekadar berita nak sedapkan penyokong PH aje?


......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
Whatsapp MR
Telegram MR
Facebook MR

# Boleh pilih (klik) nak komen guna facebook atau blogger

1 ulasan:

  1. Meskipun ada SOP namun dalam kes2 tertentu akan ada pengecualian kalau memenuhi 'syarat'. No big deal.

    BalasPadam