Header Ads

ads header

Flash News

Lot bazaar Ramadan: Fong mungkin saman Saddiq


PETALING JAYA: Dua ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap dakwaan rasuah membabitkan peruntukan lot bazaar Ramadan di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur.

Ahli Parlimen Bukit Bintang, Fong Kui Lun berkata beliau bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap ahli Pemuda PPBM, Mohd Noorhisyam Abd Karim selepas veteran DAP itu terbabit dalam dakwaan namanya disalahgunakan dalam mengeluarkan surat sokongan kepada Noorhisyam.

Sebelum ini Fong terlibat dengan isu kontroversi menafikan bahawa agama Islam adalah agama persekutuan sepertimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Beliau bertegas mendakwa bahawa negara Malaysia merupakan negara sekular dan sebarang usaha untuk memperkasa Islam hendaklah dihalang.

Fong juga antara Adun Non Muslim yang amat marah apabila pihak DBKL tidak membenarkan penganjuran Festival arak diadakan di Kuala Lumpur. dan dia melancarkan Kempen Anti Negara Islam dan menganjurkan Kempen Anti Negara Islam dalam usaha mahu menghapuskan Islam di Malaysia.

Ketua Pemuda PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pula menggesa polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menyiasat dakwaan Noorhisyam menyewakan 80 lot dengan kira-kira RM5,000 setiap satu.

Noorhisyam dilapor menafikan mengambil wang daripada penjaja, sebaliknya beliau hanya mengutip RM6,238 untuk dibayar kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Fong yang kini berada di luar negara memberitahu FMT, beliau akan pulang ke Malaysia dalam masa 3 hari dan sudah meminta peguamnya meneliti kes itu. Satu laporan SPRM turut dibuat bagi pihaknya.

“Nama saya mungkin digunakan (untuk alasan salah). Dakwaan terhadap saya itu tidak benar. Ia adalah dakwaan palsu.”

Beliau mengakui ada menulis satu surat sokongan untuk permohonan Noorhisyam mendirikan gerai di kawasan beli-belah popular Jalan Masjid India pada Ramadan.

Pengarah Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Penjaja DBKL, Anwar Mohd Zain dilaporkan berkata, pada mulanya mereka menolak permohonan Noorhisyam, sebelum dipaksa meluluskannya selepas menerima surat sokongan Fong.

Fong hari ini berkata, beliau sekadar mahu membantu penjaja yang tidak mempunyai lesen untuk mendirikan gerai.

Syed Saddiq: Elak rasuah

Syed Saddiq menggesa polis dan agensi anti-rasuah untuk menyiasat dakwaan rasuah itu.

“Kami tidak mahu dicemari sebarang salah laku. Pendirian kami dalam Pemuda PPBM ialah jika ada sebarang salah laku, walaupun jika ia dilakukan rakan atau ahli keluarga kami, kami perlu bersuara dan melaporkannya. Biar keadilan berlaku sendiri,” katanya kepada FMT.

Syed Saddiq berkata, beliau sudah menghubungi penjaja terbabit supaya membuat laporan polis.

Pemuda PPBM turut membuat laporan dan menggesa polis mengambil tindakan.

Katanya, beliau tidak bertolak ansur dengan ahli Pemuda PPB yang menyalahgunakan kuasa mereka untuk mengaut keuntungan.


......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
Whatsapp MR
Telegram MR
Facebook MR

# Boleh pilih (klik) nak komen guna facebook atau blogger

4 ulasan:

  1. "Fong hari ini berkata, beliau sekadar mahu membantu penjaja yang tidak mempunyai lesen untuk mendirikan gerai."

    ConMen:

    Jalan tempat tapak gerai adalah jalan awam. Khemah didirikan oleh kontraktor DBKL. Yang mendapat surat sokongan adalah ahli sebuah parti politik. Walhal DBKL dah lama berhenti dari menerima surat sokongan akar tidak lagi ada kegiatan rent seeking. Jadinya kalu difikir fikirkan dengan akal yang lurus, tang sudut mana yang menampakkan MP ini membantu peniaga Ramadan? Hmmm

    BalasPadam
  2. Tujuan idealism reformasi adalah untuk berganjak dari sistem lama yang rentan kepada 'penyakit' -- penyelewengan, penindasan dan melintahdaratan -- kepada sistem yang kebal dari penyakit.

    Nampaknya idealism itu umpama tebu di tanam di bibir mulut sebelum dapat kuasa kuda dan bila kuasa itu di perolehi lalu tebu tadi di tebang dan dibakulsampahkan.

    Muahahaha

    BalasPadam
  3. Pemimpin-pemimpin DAP mendakwa Malaysia adalah negara sekular bukan negara Islam konon berdasarkan Perlembagaan Persekutuan sedangkan kita tahu mereka telah berbohong untuk menipu rakyat.

    Fakta: Malaysia adalah negara Islam bukan negara sekular kerana:

    (i) Perkataan 'sekular' tidak wujud dalam Perlembagaan Persekutuan.

    (ii) Perkara 3 (1) Perlembagaan memperuntukkan bahawa : “Islam (bukan Kristian, Buddha, Hindu, Sekularisme atau liberalisme) ialah agama bagi Persekutuan".

    Adalah amat malang sebilangan orang Melayu jahil murakkab menyokong dan mengundi DAP yang telah menghina ajaran Islam dan menafikan hak umat Islam.

    BalasPadam
  4. Memang kaum depa amat jelas dan nyata ultra islamphobia.. harap buat sesuatu terhadap mereka yang terlampau bencikan islam.

    BalasPadam