Lima pemain bola jatuh harga dalam Piala Dunia 2018
Kejohanan itu turut menjadi pentas untuk melihat nama-nama besar dalam bola sepak yang gagal mempamerkan potensi mereka.
Berikut adalah antara lima pemain yang diletakkan harapan tinggi sebelum Piala Dunia 2018 berlangsung, tetapi telah menghampakan peminat bola sepak sekali gus membuatkan nilai mereka turut terjejas:
1. Adem Ljajic
Ramai yang menyangka Ljajic akan melakar kejayaan buat pasukan Serbia, tapi malangnya dia seperti tidak berbakat dan dilihat sebagai 'non-entity' untuk baki perlawanan kejohanan yang berlangsung di Rusia itu.
2. Manuel Neuer
Hampir sedekad bintang Bayern ini diangggap sebagai penjaga gol terbaik di dunia. Namun, selepas Jerman gagal melayakkan diri pada peringkat kalah mati, seluruh pasukan itu kini dalam pemerhatian yang ketat dan Neuer menerima kritikan yang hebat susulan kekalahan itu.
3. Raheem Sterling
Dalam perlawanan pembukaan England menentang Tunisia, Sterling bermain sangat lemah dan mensia-siakan banyak peluang mudah yang diberikan kepadanya. Sebelum ini, Real Madrid dikhabarkan sedang mengintai Sterling, tapi persembahannya yang menghampakan pada Piala Dunia sudah tentu memberikan kesan pada harga pemain itu.
4. Nicolas Otamendi
Otamendi mungkin memperoleh banyak pujian bagi persembahannya untuk Manchester City ketika kempen kemenangan Liga Perdana mereka, tetapi prestasinya dilaporkan amat mengecewakan pada Piala Dunia 2018.
5. Jerome Boateng
Sebelum Piala Dunia 2018 bermula, Manchester City dan Manchester United dikatakan sedang merancang untuk mendatangani pemain Bayern, Boateng.
Malangnya, persembahan yang diberikan ketika piala dunia kali ini memberi kemungkinan bahawa kelab-kelab bola sepak itu sudah tidak berminat untuk mengambilnya.
Corak permainan Boateng beralih daripada buruk kepada amat teruk dalam perlawanan Jerman menentang Sweden yang menyebabkan dia digantung dalam perlawanan akhir negara itu. - Sports Keeda
MR : Bola macam politik juga, ada yang hebat tapi kalah dalam PRU, yang 'bodoh bongok' tapi bertanding atas tiket yang kena boleh jadi MP, malah boleh jadi Menteri kerana parti menang tak banyak calon....
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/






©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
German pulang awal, Jepun melangkah meskipun tewas pada perlawanan akhir di pusingan awal, Portugal mara bila mendapat anugerah penalti terbanyak.
BalasPadamPemilihan slot dalam pasukan utama di piala dunia bergantung pada kebolehan, pengalaman dan kemahiran individu. Tiada kontroversi.
BalasPadamPolitik juga sama: kemahiran memainkan peranan dalam menentukan pilihan untuk menduduki ruang dalam kabinet dapur. Cumanya kemahiran bermacam2.
Paling dinilai adalah kemahiran membodek bola atau kemahiran menggilap kasut bola. Yang lain itu nasi tambah saja. Makanya kontroversi+++.
menteri pangan cap ayam togel..
BalasPadam