Header Ads

ads header

Flash News

Kerajaan tiada dana untuk projek kereta nasional baru kata LGE


Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata Malaysia tidak mempunyai dana awam yang diperlukan bagi memulakan satu projek kereta nasional baru seperti yang dibayangkan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sebaliknya, Lim berkata beliau telah menjelaskan kepada perdana menteri bahawa projek itu perlu disokong oleh sektor swasta.

"Jika ada pihak swasta yang mahu melakukannya di Malaysia dengan menggunakan wang mereka sendiri, saya fikir ia adalah sesuatu yang patut kita kaji - tetapi bukan menggunakan i dana awam," kata Lim dalam satu temu bual dengan Channel NewsAsia.

Dr Mahathir semasa menghadiri sidang Nikkei di Tokyo, Jepun berkata beliau berhasrat menjalankan projek kereta nasional baru selepas hampir separuh kepentingan Proton dijual kepada China.

Ini katanya, boleh dilakukan dengan bantuan negara-negara Asean dan rakan-rakan lain.

Sebanyak 49.9 peratus saham Proton dijual kepada Geely tahun lalu ketika pentadbiran perdana menteri  Datuk Seri Najib Razak.

DRB-Hicom, milik taikun Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary, masih memiliki 50.1 peratus saham.

Lim juga dipetik oleh CNA sebagai berkata beliau secara peribadi, percaya idea untuk syarikat kereta baru sepatutnya datang dari pihak swasta dan tiada cadangan dikemukakan setakat ini.

Dr Mahathir berkata, projek kereta nasional baru akan membantu meningkatkan keupayaan kejuruteraan Malaysia.




......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
Whatsapp MR
Telegram MR
Facebook MR

# Boleh pilih (klik) nak komen guna facebook atau blogger

1 ulasan:

  1. 35 tahun usia Motokar Nasional 1.

    1. Siapa yang dapat durian berterusan

    2. Sudah berapa banyak bengkel kenderaan yang diusahakan pihak alumni industri

    3. Sudah adakah injin kerata lokal keluar dari jajaran produksi

    4. Bila parti A jual produk meskipun atas nama kebangsaan, seronok sangat kah parti B dan parti C dll menggunakannya

    5. Kalau produk A hanya digunakan oleh parti A, layakkah dinamakan produk kebangsaan

    Fuh, bila keraguan lebih panjang dari keyakinan, jangan hairan kalau lebih ramai ahli parti A (penyokong sendiri) akan menembak jatuh idea yang tidak layak di ketengahkan ini.

    BalasPadam