Kadir Jasin & PH ingat semua Melayu itu perasuah & penyangat ke?
Lebih 10 hari lepas, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menulis kepada Yang Di-Pertuan Agong memohon perkenan agar Peguam Negara, Mohamed Apandi Ali dipecat dan digantikan dengan peguam kanan yang juga pakar perlembagaan, Tommy Thomas.
Tommy adalah pilihan sebulat suara pemimpin PH yang didominasi oleh PKR dan DAP.
Malaysian Insight menulis kononnya empat parti gabungan dalam PH merasakan pelantikan tokoh yang dihormati dalam bidang perundangan itu akan menghantar isyarat jelas kepada rakyat Malaysia dan dunia bahawa kerajaan baru ini serius hendak membetulkan institusi negara yang cacat.
Untuk menambah keyakinan rakyat mereka berkata pelantikan itu juga diharap akan menjamin adanya seorang peguam yang cekap dalam perbicaraan yang boleh mengendalikan kes tumpuan termasuk pendakwaan ke atas mereka yang terlibat dalam skandal 1MDB.
Namun surat perdana menteri kepada Seri Paduka itu tidak ada tindakan selanjutnya, membawa kepada ketegangan antara kerajaan dan istana.
Sebaliknya, ada beberapa mesej dari Istana, meminta PH menggugurkan nama Thomas. Beberapa calon lain dikemukakan kepada Dr Mahathir termasuk seorang bekas hakim mahkamah tinggi dan seorang hakim Mahkamah Rayuan.
The Malaysian Insight menulis Raja-Raja Melayu yang lain juga menyokong pendirian Yang Di-Pertuan Agong. Mereka dikatakan bertegas seorang peguam negara hendaklah seorang Melayu dan beragama Islam.
Kebuntuan dan kemungkinan krisis perlembagaan ini disentuh oleh dua blogger yang dekat dengan PH. Dalam satu tulisannya, Syed Akbar Ali menyebut calon peguam negara pilihan Dr Mahathir disekat kerana beliau bukan Melayu dan bukan beragama Islam.
"Tiada apa-apa dalam Perlembagaan Persekutuan yang mengatakan bukan Melayu dan bukan Muslim tidak boleh dilantik sebagai peguam negara," tulisnya.
Dia juga menulis pelantikan kabinet dan pegawai kanan kerajaan adalah budi bicara mutlak Perdana Menteri.
Syed Akbar Ali ini bodoh tentang peranan raja-raja Melayu. Walaupun raja-raja Melayu bukan baik sangat tetapi mereka ada hati perut untuk pertahankan Islam dan Melayu. Itu tugas raja-raja Melayu sejak zaman British lagi iaitu menjadi simbol agama Islam. Kalau raja-raja Melayu jadi bodoh macam Syed Akbar tidak rasa Islam itu penting maka mana rakyat nak bertaut?
Seorang lagi dikatakan tokoh wartawan A Kadir Jasin juga menulis di blognya menyatakan Perlembagaan Persekutuan jelas menggariskan batas kuasa raja berperlembagaan.
Bekas ketua pengarang Kumpulan New Straits Times itu juga menjawab pandangan tentang jawatan utama mesti disandang orang Melayu.
"Ya, memanglah kalau boleh orang Melayu mahu Melayu menyandang semua jawatan penting, tetapi apa gunanya kalau Melayu yang berjawatan tinggi itu zalim, perasuah dan bersubahat dengan penyangak dan pencuri," tulisnya.
Apa A. Kadir Jasin ingat semua Melayu Islam itu zalim, perasuah dan bersubahat dengan penyangak dan pencuri? Sehingga tak ada Melayu yang baik nak dilantik?

......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
Whatsapp MR | Telegram MR | Facebook MR
alaa...mereka pun zalim masa jd menteri dulu..tak ingat kot..melayu mudah lupa kata kan..hahaha
BalasPadamDahulu seorang tokoh wartawan sibuk makan dedak parti pertuanan Melayu sehingga menjadi boss wartawan kerana konon memperjuangkan pertuanan Melayu.
BalasPadamDan sekarang tokoh wartawan yang sama telah mengkhianati parti pertuanan Melayu dengan menyertai rejim pakatan dan menghina kaum Melayu Islam dan menjunjung tinggi kaum kafir.
Inilah contoh biawak liadah bercabang yang hidup sebagai parasit !
Nampaknya TDM telah menjadi boneka puak kafir.
BalasPadamDah tua tak selicik dulu.
PadamBersatu demi agama dan bangsa...
BalasPadamSetelah semua jawatan penting negara terlepas ke tangan org bukan Islam baru A. Kadir Jasin dan org Islam PH baru nak sedar kot.
BalasPadamMasa berkuasa tak ingat dunia.. bila jatuh mula cari salah orang lain....
BalasPadamapa gadoh gadoh jom main kuda,penat diperkuda main MAHJONG atas angin
BalasPadamKalau nak kekal lama dalam persekitaran yang dinamis ialah jangan diam kaku dan beku. Jadilah cecair yang dapat memenuhi segenap ruang.
BalasPadamKalau nak kekal lama dalam kawasan yang ada tiupan angin jadilah umpama lalang, boleh fleksible yakni bergerak ikut tiupan dan bukan melawan arah tiupan.
Akhirul kalam, kalau nak kekal relevan, ikutilah gerakan populis semasa:
Bila bersama-sama kambing, buatlah suara kambing (itu dulu). Bila masuk kandang khinzir (kini), kenalah pandai tiru suara khinzir.
Muahahaha
Kalau mengikut komen anon 6:12ptg, jika masuk kandang khinzir, semua meniru jadi khinzir kalau nak kekal lama dan relevan KONON !
PadamAku tak sanggup jadi khinzir. Lebih aku jadi manusia yang bermoral tinggi yang mengikut perintah Allah dan RasulNya bukan perintah kepala bapak sekular liberal atau kepala bapak kafir harbi.
kadir tu nyanyuk dok kenal saper mader bersih ke dia layak ke jadi pm lagi?
BalasPadamTak perlu siasat apa2, dengan melihat gaya hidup dan kemewahan yang mereka pamerkan dan mengetahui sedikit latar belakang asal usul mereka, kita boleh kenal siapa mereka sebenarnya.
BalasPadam"Melayu yang tak bersih tak boleh pegang jawatan Pandi Dobi"! Itulah alasan utama untuk menghalalkan Pandi Dobi digantikan dengan Tomi Tomoi.
BalasPadamDalam masa sama, alang alang seluk pekasam apa kata jawatan Mo1 juga diletakkan syarat yang sama?
Ya beranikah puak2 ini tetapkan bahawa Melayu yang tidak bersih tidak layak duduk di kerusi Mo1?
Oho lagi satu double standard