Header Ads

ads header

Flash News

Jemaah terima kejutan, Mat Sabu baca khutbah


IPOH - Jemaah di Surau Salahuddin Al-Ayubi, Batalion ke-23 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Kem Gua Permai menerima kejutan apabila khutbah Jumaat hari ini dibacakan Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu.

Menerusi khutbah Jumaat itu, Mohamad Sabu mengajak umat Islam supaya berani mengakui kesilapan dan sanggup lakukan pembetulan agar menjadi umat lebih mulia.

Beliau juga mengingatkan lebih baik mengamalkan sikap merendah diri dan segera meminta ampun setelah berbuat kesalahan.

“Sama ada pihak yang berkuasa atau tidak berkuasa, renung dan sanggup membuat pengislahan (pembaharuan) supaya kita dapat kembali memimpin atas muka bumi ini.

“Kita kena akui kelemahan dengan  penuh tawaduk dan sama-sama membina kembali kesilapan dilakukan orang Islam sama ada pemimpin atau umat Islam lain secara umum,” katanya.

Khutbah pertama dibacakan sejak beliau menerajui Kementerian Pertahanan itu disampaikan di hadapan 750 pegawai dan anggota RAMD yang turut dihadiri Panglima 2 Briged, Brigedier Jeneral Datuk Mohd Nizam Jaffar.

Hadir sama, Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu.

Solat Jumaat diimamkan, Exco Kerajaan Negeri, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.


Dalam khutbah Jumaat itu, turut disentuh keadaan umat Islam pada masa kini yang saling bertingkah dan membunuh antara satu sama lain hanya kerana wujudnya perbezaan sedikit dalam nilai kepercayaan mereka.

Mohamad Sabu berkata, negara kotor, paling tinggi rasuah, tiada ukhuwah hingga saling bunuh sesama sendiri dan umat yang menjadi pelarian paling ramai semuanya berlaku di negara Islam.

“Apakah agama yang salah atau kita yang salah, insafilah, kitalah yang perlu buat pembetulan,” katanya.



MR : Mat Sabu ni serba boleh, baca khutbah boleh, masak untuk 'mahazalim' pun boleh, "peluk" amoi pun boleh... Dulu 'Islam tulen' kini dah keluar jadi Islam Liberal....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

15 ulasan:

  1. Adoiii.. kalau aku ada kt situ, xtawlah boleh dngar ke idak khutbah tu bila mana yg mnyampai khutbah pon terang2 diri sndiri x betul.

    BalasPadam
  2. Ambe akan solat kat tempat lain sebab x nampak lagi dia bleh menjadi pemimpin islam

    BalasPadam
  3. Bimbang takut satu masa nanti LGE pun boleh baca khutbah atas alasan pemimpin di negara Islam

    BalasPadam
  4. Kalau gitu caranya.....tak perlu dah nak mohon tauliah atau permit untuk berkhutbah atau jadi imam di masjid.....sapa2 pun boleh.....yg ada diploma tukang masak pun boleh

    BalasPadam
  5. Ni yg ulama kata selipar pakai di kepala...

    BalasPadam
  6. Pemimpin istiqamah Islam xder tempat dalam PH.. x pelik baca baca khutbah tu, apatah lg bekas ahli PAS.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan ahli pas dh ni, tapi ahli yg kena tendang keluar dan terkrluar dh.

      Padam
  7. penyokong komunis layak ke baca khutbah?

    BalasPadam
  8. Moga allah buka hati dia kembali kejalan islam yg sebenarnya. Haram tetal haram tak akan jadi halal kecuali yg dibenarkan oleh syarak contoh nikah untuk menghalalkan pasangan.

    BalasPadam
  9. Org terkejut sebab sah ke tak mat sabu baca kutbah sebab dah terang2 takda tauliah.

    BalasPadam
  10. Apakah jenis pemimpin @ imam yang bersekongkol dengan parti kafir harbi biaDAP yang telah menentang dan menghina ajaran Islam dan menafikan hak umat Islam?

    Nabi Muhammad S.A.W. sendiri pun tidak pernah bersekongkol dengan musuh Islam.

    BalasPadam
  11. Mufti Perak mesti siasat sama ada Mat Sabu ditauliahkan memberi khutbah di Perak. Terlupa...Zaza apa khabar ?

    BalasPadam
  12. Sebelum ni Zahid Hamidi pernah tuduh Mat Sabu sebagai penganut Syiah.....ada tak Mat Sabu nafikan tuduhan tersebut?

    BalasPadam