Header Ads

ads header

Flash News

Jangan fanatik mazhab, Zamihan sokong seruan mufti


PETALING JAYA: Penceramah kontroversi Zamihan Mat Zin menyokong seruan mufti Pulau Pinang menyeru orang Islam bersikap lebih terbuka dalam mengambil pandangan daripada mazhab-mazhab bukan Shafie.

Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah (Aswaja) ini berkata rakyat Malaysia, yang secara rasminya mengikut mazhab Shafie, tidak boleh fanatik pada satu-satu mazhab.

“Keterbukaan dalam menerima kepelbagaian pandangan ulama menunjukkan Islam bersifat wasatiyah dan terangkum,” katanya.

Beliau mengalakkan orang ramai menerima pandangan, pendapat, teguran dan nasihat untuk menambahbaik dan memantapkan pelaksanaan Islam, “lebih-lebih sistem penyampaian yang melibatkan orang Islam dengan orang Islam atau urusan melibatkan orang Islam dan bukan Islam.”

Terdahulu, Datuk Wan Salim Wan Mohd Noor selepas pertemuan dengan Majlis Penasihat Kerajaan hari ini berkata Islam perlu memberi penyelesaian kepada banyak isu kemanusiaan dan ada kalanya mazhab lain mempunyai penyelesaiannya.

Terdapat 4 mazhab fiqah dalam aliran Sunnah Wal Jamaah, iaitu Shafie, Hanafi, Maliki dan Hanbali.

Zamihan berkata pendirian mufti dalam soal hukum-hakam ini adalah “realistik”.

“Kepelbagaian pendapat dalam mazhab Shafie, Hanafi, Hanbali dan Maliki memberi keluasan dalam ruangan ijtihad memahami fiqah dan mempraktik tentang fiqah sendiri,” katanya.

Beliau bagaimanapun merasakan perbezaan pendapat itu perlu diurus dan diamalkan secara tertib, beradab dan jelas.

“Masyarakat perlu jelas dengan dalil, bukti, fakta supaya masyarakat yakin dengan apa yang disampaikan oleh mufti,” katanya.

“Bukan kata pagi kita ambil Shafie, tengah hari kita ambil Hanbali, petang ambil Maliki campur jadi ‘rojak pasembur’.

“(Tetapi) Kita kata kita ambil Shafie dalam bab zakat contohnya, kemudian pandangan Hanafi dalam bab jual beli contohnya, dan setiap pandangan itu perlu dimuktamadkan mufti dan dijadikan landasan kukuh untuk fatwa.”






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

5 ulasan:

  1. Ingat ya Syiah bukan Mazhab..

    BalasPadam
  2. Kita sokong ustaz Zamihan kerana dia berani membela agama Islam, ulama Islam seperti mufti Pahang dan hak umat Islam secara terbuka walaupun dia terpaksa menentang puak munafik liberal dan musuh Islam.

    Mengapa ostad PANdir membisu seperti syaitan bisu membiarkan kemungkaran dan kesesatan bermaharajalela? Takut pada abang bedar biaDAP?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pembetulan:

      Adakah kerana ostad PANdir takut pada abang besar biaDAP?

      Padam
  3. Puak sekular liberal yang sesat lagi menyesatkan membenci ustaz Zamihan kerana Ustaz Zamihan berani mengkritik kesesatan mereka secara terbuka.

    Maka kita tidak terkejut melihat puak sesat dan puak jahil murakkab mengutuk dan menfitnah ustaz Zamihan dalam youtube dll.

    Di akhir zaman ini ustaz dan ulama yang baik dipandang serong dan ostad pasu bunga dalam pakatan sekular liberal-kafir harbi pula dipandang baik kerana berdiam diri seperti syaitan bisu.

    BalasPadam
  4. Wahabi mmg suka guna mazhab rojak pasembur tu ustaz. Amek wudhu ikut syafie, batal wudhu ikut maliki, tanpa apa2 dharurat.

    BalasPadam