Header Ads

ads header

Flash News

Isu Peguam Negara 2 lagi janji manifesto dilanggari


Malaysiakini melaporkan bahawa Perdana Menteri hari ini mengesahkan kerajaan tidak akan mengemukakan nama lain untuk mengisi jawatan peguam negara walaupun dilaporkan nama Tomy Thomas tidak mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Kata Tun Dr Mahathir Mohamad kerajaan percaya cadangan yang dikemukakan itu dibuat mengikut peruntukan undang-undang negara.

"Mengikut Perlembagaan Persekutuan Yang di-Pertuan Agong perlu bertindak (melantik peguam negara) berdasarkan nasihat perdana menteri.

"Jadi kita berpegang kepada prinsip itu," katanya pada sidang media di Alor Setar, Kedah petang ini.

Beliau juga memberitahu usaha sedang dijalankan bagi mengatasi masalah berkenaan.

Justeru, kata Dr Mahathir "tidak ada manfaat" bagi beliau memberi penjelasan lanjut mengenainya.

 Daripada kenyataan Tun Mahathir tersebut 2 janji manifesto Pakatan Harapan telah dilanggari iaitu Janji 11 dan Janji 15.

Muka surat 53 Manifesto Harapan menulis;
Peguam Negara adalah penasihat undang-undang utama kepada kerajaan dan peranan ini perlu dikekalkan. Tetapi wujud konflik kepentingan apabila Peguam Negara juga berfungsi sebagai Pendakwa Raya kerana kerajaan adalah seperti “anak guam”
kepada Peguam Negara. Adalah amat janggal apabila seorang peguam juga memegang kuasa mutlak untuk menentukan sama ada anak guamnya akan didakwa atau tidak.

Pakatan Harapan berpegang dengan pandangan bahawa adalah lebih baik sekiranya jawatan Peguam Negara dan Pendakwa Raya diasingkan agar konflik kepentingan boleh dihapuskan. Ini juga sesuai dengan amalan di negara-negara yang mengamalkan sistem Westminster seperti Malaysia.

Kerajaan Pakatan Harapan akan mengambil langkah segera untuk memisahkan tanggungjawab Peguam Negara daripada Pendakwa Raya.

Peguam Negara akan dilantik dari kalangan ahli parlimen yang berkelayakan, dan beliau akan menjadi seorang Menteri yang boleh meneruskan peranan sebagai penasihat undang-undang bagi kerajaan.
Jawatan Pendakwa Raya pula akan dipegang oleh individu lain yang bebas dan bertindak tanpa mengira kepentingan politik kepartian. 


Dalam JANJI PAKATAN HARAPAN kepada rakyat apabila menyokong mereka menumbangkan Najib Razak iaitu memastikan Peguam Negara menjadi penasihat undang-undang utama yang bebas bertindak tanpa mengira kepentingan politik kepartian.

Tapi malangnya manifesto ini seperti juga manifesto yang lain cuba dilanggari oleh kerajaan Harapan setelah mereka "membeli hati" rakyat. Tak sampai 100 hari kerajaan Harapan cuba 'kencing' rakyat dengan pelbagai alasan.

Apabila tidak mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong dan juga majlis raja-raja, kerajaan Harapan cuba pula membelakangi Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu. Adakah Tun Mahathir akan menjadi Tun Mahathir dulu akan membuang kuasa Agong lagi?

4 komponen parti dengan 113 MP dalam kerajaan "buta mata" untuk melihat janji mereka pada rakyat sebelum PRU-14 lalu. Dalam Janji 11 ada tercatat untuk tidak mencontohi BN dan UMNO dalam menerima nasihat raja-raja.

Lagi malang parti AMANAH yang sebelum ini lantang mengkritik PAS jadi bisu dan tuli dalam pelbagai isu. Mereka sibuk dengan "ghanimah" kejar ruang dan peluang untuk mengisi nafsu. Hilang pertimbangan agama selama ini menjadi panduan. Sekarang parti AMANAH adalah "PASU BUNGA" dalam kerajaan HARAPAN.

Muka surat 45 Manifesto Harapan menulis;
UMNO dan Barisan Nasional tidak memperdulikan nasihat dan kebijaksanaan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu. Sebaliknya mereka hanya mengambil pandangan yang memberi faedah politik kepada mereka sahaja, dan mengenepikan pandanganpandangan yang tidak selesa pada mereka Majlis Raja-Raja Melayu pernah bertitah agar kes 1MDB diselesaikan segera. Tetapi UMNO dan Barisan Nasional sehingga hari ini tidak mengendahkan titah tersebut.

Majlis Raja-Raja Melayu pernah bertitah agar institusiinstitusi kawal selia negara dijaga. Tetapi UMNO dan Barisan Nasional terus memanipulasi pasukan Polis DiRaja
Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Bank Negara, Jabatan Peguam Negara dan Badan Kehakiman, untuk kepentingan politik mereka. Duli-Duli
Tuanku berkali-kali mengingatkan agar keharmonian antara kaum dijaga. Tetapi UMNO dan Barisan Nasional terus membiarkan politik perkauman yang sempit dimainkan, termasuklah oleh pemimpin mereka.
Kerajaan Pakatan Harapan akan sentiasa meletakkan pandangan dan teguran Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu di tempat tertinggi, iaitu sesuai dengan kedudukan Raja Berperlembagaan dalam negara kita. Kuasa Raja-Raja Melayu dalam mentadbir agama dan adat istiadat Melayu akan dikembalikan ke negeri-negeri dan campur tangan kerajaan pusat akan dihentikan.

Yang sangat menghairankan kita ialah sikap DAP dalam isu Peguam Negara. Kalau dalam isu Menteri Pendidikan dan lain-lain isu yang melanggari JANJI PH mereka bersuara untuk mengikut manifesto. Tapi dalam isu ini mereka pula bersama-sama nak langgari Janji mereka buat sebelum ini.


Anggota Parlimen Bukit Gelugor Ramkarpal Singh mencadangkan agar janji Pakatan Harapan (HARAPAN) untuk melantik peguam negara (AG) dari kalangan anggota parlimen (MP) dikaji semula.

Menurutnya, dengan melaksanakan janji itu kononnya akan menghadkan bakat yang ada kerana kemungkinan yang bukan anggota parlimen lebih layak.

Katanya lagi "Situasi yang juga mungkin timbul apabila tiada anggota parlimen yang sesuai yang mana semestinya adalah tidak munasabah mengehadkan pilihan calon peguam negara hanya dari kalangan anggota parlimen.

Untuk berdalih Ramkarpal berkata "Tidak dapat diragukan, mungkin ada calon yang berpotensi untuk jawatan peguam negara yang kebetulan adalah anggota parlimen tapi tidak semestinya hanya anggota parlimen yang dipertimbangkan untuk jawatan itu.

Satu soalan saya nak tanya, berapa masa engkau orang ambil untuk membuat manifesto Pakatan Harapan setebal 203 muka surat itu. Lagi satu yang pergi membuat manifesto itu bodoh dan tak faham situasi negara ke?

Kenapa kamu berjanji sedangkan kamu tak mahu laksanakan?
Kamu ingat rakyat bodoh dan boleh dipermainakan sebagaimana UMNO dan Barisan Nasional mempermainkan rakyat? Kamu tahu ada ramai orang Islam yang berjuang Islam pun turut pangkat kamu ketepi perjuangan agama dengan harapan jatuh Najib dulu baru kita baiki negara dan buat Islam. Apa mereka ini nak jawab di sisi tuhan mereka kerana kebodohan mereka menyokong kamu?









......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
Whatsapp MR | Telegram MR | Facebook MR

14 ulasan:

  1. Janji harus ditepati melainkan kalau janji itu bertentangan dengan agama, perlembagaan atau prinsip kenegaraan.

    Dulu Mo1 (6) di kritik kerana berbohong dalam banyak isu lalu rakyat diminta untuk buat sesuatu.

    Kini setelah rakyat buat sesuatu, rakyat sepatutnya mendapat Mo1 (7) yang lebih baik: yang tidak berbohong.

    Rakyat tidak sepatutnya dapat Mo1 (7) yang tidak lebih baik dari Mo1 (6), yakni Mo1(7) dan Mo1(6) harus tidak 2x5=5×2.

    BalasPadam
  2. Sudah sampai masanya seluruh melayu islam bersatu untuk pertahankan tanah melayu dari anasir jahat pengikut dajal.Mulakan la wahai pemimpin islam melayu sekalian tanpa rasa ego masih memikirkan parti sendiri yang terbaik.

    BalasPadam
  3. Kalau PH tidak ada ahli parlimen yang sesuai untuk jawatan itu dan ini, itu boleh ditafsirkan sebagai pemilihan calon yang dibuat adalah secara 'bidan terjun' atau tidak dibuat berdasarkan apa yang calon MP itu tahu tapi atas dasar siapa yang MP itu kenali. Ini adalah budaya lama.

    BalasPadam
  4. "Kerajaan Pakatan Harapan akan sentiasa meletakkan pandangan dan teguran Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu di tempat tertinggi, iaitu sesuai dengan kedudukan Raja Berperlembagaan dalam negara kita. Kuasa Raja-Raja Melayu dalam mentadbir agama dan adat istiadat Melayu akan dikembalikan ke negeri-negeri dan campur tangan kerajaan pusat akan dihentikan".

    Komen:

    Manifestun ini dikarang untuk mendapatkan sokongan majoriti dan dalam masa sama mahu memadamkan kisah silam yang tercalit di dahi "Top Dog", tanpa pengetahuan Top Dog sendiri. Ini dalam bahasa Yahudi dikenali sebagai "merodok pendapat sendiri ke dalam kerongkong Top Dog". Dan tuailah apa yang di semai.

    BalasPadam
  5. Manifesto katun - Manifestun

    Hahaha...

    Pengomen tegar ph dlm malaysiakini sehari dua ni pakat jadi loyar pulak. Macam2 hujah nak membenarkan undian mereka di pru lepas...walaupun dah kena kencing !

    BalasPadam
  6. AGUNG tidak perlu tunduk kepada parti politik...AGUNG perlu tegas dalam menjalankan Tanggungjawab Besar sebagai ketua Negara...Inilah masanya Agung menggunakan kuasanya bagi menjaga keharmonian negara dan tidak sewenang wenangnya di perkotak katikkan oleh sesiapa...

    BalasPadam
  7. mader dah mula tunjukkan taiknya

    BalasPadam
  8. Inilah bahana bila perangai PH potong dulu kemudian baru ukur...sepatutnya ukur dulu kemudian barulah potong...samalah perangai mereka fitnah dulu kemudian baru cari bukti atau minta maaf kemudian... hari hari berita disensasikan bagi mengalih tumpuan rakyat dan isu isu panas dimomokkan kepada rakyat bagi meraih simpati....akhirnya rakyat menjadi bosan dengan perangai ahli politaik

    BalasPadam
  9. Kita harap cerdikpandai melayuIslam tampil mempertahankan Raja-Raja Melayu.Melayu tiada semangat Melayu dan Islam tidak boleh diharap lagi. Mereka mahu peguam sendiri, dikhuatiri ada agenda lain menyusul lagi selepas. Belum sampai 100 Hari mereka sedang memperkasakan bidak-bidak dipapan catur mereka.Dap senyap mungkin merangka strategi skrew Melayu. Jangan percaya tiada racist dihati mereka.

    BalasPadam
  10. Bongkak betul si tua ni... dgn agongpun dia nak bakul sampahkan... YDTA boleh merampas kuasa melalui ATM... klu baginda mahu

    BalasPadam
  11. Lupakah wahai orang melayu wajah PM ke-4 yang lucutkan kuasa raja-raja melayu selepas Tun Salleh Abas dibuang? Hang ni memang pelupa lar...

    BalasPadam
  12. apa macam melayu PH..sudah kena kencing kah

    BalasPadam
  13. apa macam melayu PH..sudah kena kencing kah

    BalasPadam
  14. PH tau isu ni sensitif, sengaja dorg mainkan untuk tenggelamkan isu janji yg 100 hari tu,,
    jangan tertipu.
    biar kita ukur 2kali dan potong hanya sekali.

    BalasPadam