Header Ads

ads header

Flash News

Hishammuddin Rais diarah beri keterangan kes hina agong


KUALA LUMPUR - Aktivis sosial, Hishammuddin Rais yang didakwa memuat naik artikel berbaur hasutan terhadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, di blognya, hadir di Balai Polis Sri Petaling di sini bagi memberi keterangan malam ini.

Peguamnya, Zaid Malek, mengesahkan perkara itu.

"Ya betul. Saya akan mengeluarkan kenyataan setelah proses ini selesai," katanya.

Difahamkan, Zaid menemani Hishammuddin ke balai polis itu kira-kira 10.30 malam ini setelah berhubung dengan pihak polis yang menyiasat dakwaan tersebut.

Hari ini, lima pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam di Pahang membuat laporan polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan terhadap Hishamuddin yang didakwa memuat naik artikel berbaur hasutan terhadap Sultan Muhammad V di blognya, semalam.     

Hishamuddin didakwa memuat naik artikel itu di blognya www.tukartiub.blogspot.com.

Bagaimanapun, Hishamuddin difahamkan memadamkan kenyataan itu selepas salinan tangkapan skrin mengenainya tersebar di laman sosial.

Sementara itu dalam laporan polis yang dibuat, Hishammuddin menafikan tuduhan berkenaan kerana blog berkenaan telah disekat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multi Media Malaysia (SKMM)

Beliau percaya blog berkenaan digodam bertujuan untuk memfitnahnya.

......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
Whatsapp MR | Telegram MR | Facebook MR

# Boleh pilih (klik) nak komen guna facebook atau blogger

2 ulasan:

  1. Sume tahu, PH bukan BN. semenjak dua menjak ini bilan PH ganti BN, waima SR pun dah dibebaskan dari 'kuarantin'. Kalau masih ada laman yang menjalani kuarantina, ia hanya mengesahkan tanggapan ini: PH=BN2.0 adalah benar.

    Wakakaka

    BalasPadam
  2. Si penipu tua hishamuddin rais jangan cuba berdalih dengan mengatakan blognya digodam untuk pertamakali bercakap benar lah kerana Allah jika kamu masih islam.Aku mmg mengikuti blog tukar tiub dari dulu gaya penulisan sama selalu menghina dan mengejek orang budayanya.Banyak penulisannya juga menghina tun m dan muhyidin yang dapat gelaran sisembab sewaktu masih dalam umno.
    Berikan hukuman setimpal untuk kelancangan dan penghinaannya kepada agong. Biar dia merengkok dalam penjara balasan untuk penipu besar dan mulut paling jahat.

    BalasPadam