Header Ads

ads header

Flash News

Hadi, Ahmad Samsuri kunjung Perdana Menteri


PUTRAJAYA: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menerima kunjungan Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang dan Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar di Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP), pagi tadi.

Turut sama hadir pada pertemuan itu adalah Penasihat Presiden PAS, Datuk Mustafa Ali.

Sementara itu, Mustafa ketika dihubungi berkata, pertemuan bermula jam 10 pagi dan ia berlangsung selama hampir sejam.



DR Mahathir menyambut ketibaan Hadi Awang dan Dr Ahmad Samsuri Mokhtar di Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP), pagi tadi. Hadir sama ketika kunjungan itu ialah Penasihat Presiden PAS, Datuk Mustafa Ali. - Foto ihsan Facebook Tun M

"Saya tidak dapat berkongsi apa intipati pertemuan dan perbincangan itu.

"Biarlah Presiden (Datuk Seri Hadi Awang) berkongsi perkara berkaitan pertemuan itu nanti. Saya hanya menemani mereka sahaja," katanya.

......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
Whatsapp MR | Telegram MR | Facebook MR

2 ulasan:

  1. Bila fitnah jadi lumrah, kebenaran tak diambil kisah, waima pertemuan yang tidak ada unsur2 kemungkaran dan semata2 untuk silaturrahim akan di putar ke kiri dan ke kanan agar nampak seolah2 ada kelemahan dan kemangkaran di pihak tetamu. Tak caya? Tunggu.

    BalasPadam
  2. Kat malaysia kini...mcm2 dah komen rakyat

    BalasPadam